
Pemegang
 rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba 
menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang 
diikat di zip wire.Roy, dikatakan
 tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada 
roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.Ketika
 cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung 
dan meninggal dunia. Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang. Namun 
mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu 
keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai. Roy
 dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal 
dunia. Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan 
bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.Roy
 merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling
 laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya. 
Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut
 pada jarak 2.5 meter, beberapa tahun lepas.



 
 
No comments:
Post a Comment