MACHANG - Kedudukannya yang dikelilingi bukit dan sungai, nama yang
unik dan suasana kampung yang mendamaikan, menjadikan Kampung Kok Kiak,
dekat sini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Melalui jalan kecil di tepi sawah padi dan parit tali air melahirkan suasana harmoni dan menyamankan, terutamanya bagi mereka yang sering berdepan kesibukan kota dan kesesakan lalu lintas.
Pada awal pembukaannya sekitar tahun 1880-an, kawasan kampung itu dikatakan dipenuhi busut semut dan haiwan itu akan keluar memenuhi kawasan kampung mulai waktu Maghrib.
Semut penuhi ruang kampung
Pengerusi Gerakan Daya Wawasan (GDW) kampung, Amran Fauzi berkata, dahulu orang kampung jarang pakai selipar tetapi penduduk di sini berbeza sedikit.
“Kalau tak pakai selipar untuk ke madrasah atau keluar rumah selepas waktu Maghrib, memang tak boleh berjalan. Semut yang dipanggil ‘Kok Kiak’ itu memenuhi setiap ruang kampung.
“Kok Kiak ini bukan semut biasa tetapi mempunyai badan yang besar dan penyengat. Kalau ia gigit, sengatnya akan melekat di tempat yang digigit.
“Memang sakit dan adakalanya berdarah. Mungkin sebab itu mereka namakan kampung ini Kok Kiak,” ceritanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Keturunan diraja
Amran berkata, kampung itu dibuka sekumpulan keluarga diraja dan keturunannya masih kekal di situ biarpun penduduk semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Katanya, kampung kecil yang terletak berdekatan Kampung Baka itu mempunyai kira-kira 370 penduduk dengan 100 keluarga dan kebanyakan penduduk terdiri dari kalangan warga emas serta anak-anak yang masih belajar.
Tambahnya, ramai penduduk mula keluar kampung apabila tamat pengajian sekolah menengah bagi menyambung pengajian dan juga mencari pekerjaan di kota.
“Kebanyakan penduduk di sini masih menjalankan kerja-kerja pertanian seperti menanam padi dan sayuran, selain menoreh getah dan sebahagian kecilnya bekerja makan gaji.
“Dulu jalan masuk ke kampung ini hanyalah denai kecil dan jika berlaku sesuatu kecemasan, penduduk terpaksa mengusung orang sakit dengan kain pelikat ke klinik atau ke hospital.
“Sekitar tahun 1978, jalan kampung yang hanya mampu memuatkan sebuah kereta mula dibina dan menjadi perhubungan utama penduduk sehingga kini,” katanya.
Jambatan runtuh
Isteri bekas ketua kampung, Azizah Yaakob berkata, suaminya, Pauzi Manaf mula mengusahakan jalan berturap apabila dilantik memegang jawatan tersebut.
Katanya, selain itu, penduduk juga dihubungkan dengan kampung berdekatan melalui jambatan namun malangnya, jambatan yang menghubungkan Kampung Kok Kiak ke Ayer Merah runtuh dan tidak boleh digunakan lagi sejak 1998.
Manakala tambahnya, jambatan yang menghubungkan penduduk ke Kampung Baka juga uzur dan memerlukan penambahbaikan demi kemudahan penduduk.
Jelasnya, selain Kok Kiak, Kampung Padang Pak Yam yang mempunyai penduduk kira-kira 20 keluarga juga turut berkongsi kemudahan sama.
“Kami harap jalan dan jambatan yang menjadi perhubungan utama ini ditambah baik memandangkan penduduk bertambah setiap tahun. Kehidupan di sini serba sederhana namun suasananya damai dan hubungan antara penduduk agak rapat.
“Sekitar 1986 kampung ini pernah muncul sebagai pemenang tempat ketiga bagi pertandingan GDW di peringkat negeri dan menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan bagi penuntut universiti.
“Kampung ini juga pernah terkenal dengan bomoh-bomoh hebat dan pelbagai permainan tradisional dan kebudayaan seperti seni mempertahankan diri dan Puteri.
“Malah seorang tok guru silat yang dikenali dengan nama Tok Ayah Kob sering membuat persembahan silat pada setiap sambutan Hari Keputeraan Raja di Kota Bharu sekitar tahun 1950-an,” katanya.

No comments:
Post a Comment