MENU| Home | Facebook

Sunday, 17 November 2013

DIMARAHI LEMBAGA WANITA TUA HIGHLAND TOWER.




KUALA LUMPUR, ibu kota yang menyimpan 1001 kisah tersirat dari yang tersurat. Ingatkah kita lagi pada kejadian dimana runtuhnya condominium highland tower? Kisah yang menyayat hati dan yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu.
Kejadian yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu sudah bertahun-tahun berlaku, namun ada cerita-cerita mistik dan paranormal yang dikaitkan dengannya. Ada saksi yang melihat sendiri kelibat wanita tua berjubah putih dan bertongkat muncul dikawasan itu.
Kali ini penulis cuba merungkai rahsia dan cerita disebalik pengalaman mereka yang pernah terdengar atau melihat sendiri lembaga atau perkara-perkara mistik dan paranormal yang pernah mereka alami. Menceritakan pengalamannya yang pernah terserempak dengan wanita itu, Muzaini, 26, atau lebih suka dikenali Muz. Dia yang baru 2 bulan ditugaskan disini menggantikan rakannya yang sudah berhenti kerja.
Disebalik kerjanya yang sebagai seorang pemotong rumput tidak pernah terfikir untuk mengalami perkara-perkara yang sebergini. Menurutnya lembaga yang menyerupai wanita tua itu mempunyai rambut yang panjang dan jubah yang berwarna putih serta memegang tongkat kayu ditangannya.
Diceritakan kejadian itu berlaku sewaktu dia sudah hampir untuk menyiapkan kerjanya memotong rumput disekitar kawasan itu. Pada masa itu, hari hampir senja dia mahu menyiapkan sedikit lagi tugasnya supaya esok boleh la dia memotong dikawasan lain pula.


Menurut Muz, dia mendapat panggilan telefon dan menjangka panggilan itu daripada rakan-rakannya yang kebiasaannya bila sampai waktu habis kerja dia akan menunggu rakan-rakannya disuatu tempat dan mereka akan menjemputnya pulang. Tapi apa yang peliknya, nombor dan suara pemanggil itu tidak pernah dia lihat dan dengar. Pemanggil itu bertanya apa yang dia lakukan disini dan menyuruhnya balik dalam nada yang marah.
Menurut Muz lagi, setelah dia mematikan telefon matanya tiba-tiba tertumpu ke arah banggunan itu dan disitulah dia terserempak dengan wanita itu. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat seorang wanita tua berjalan menghampirinya dan berdiri tidak jauh dari tempat dia berada.
"Pelik juga, sebelum ni tak pernah pula dia melihat wanita itu sebab kawasan ini memang jarang ada orang," bisik hatinya.
 Katanya lagi, wanita tua itu menghayun-hayunkan tongkatnya seolah-olah memarahinya dan mahu menghalaunya dari situ. "Bayangkanlah waktu itu saya berseorangan dan hari sudah hampir menjelang senja," ujarnya. Oleh karana kawasan itu dipenuhi pokok-pokok besar jadi kawasan disitu sudah gelap sedikit tetapi dia tetap dapat melihat wanita itu dengan jelas.
 Menurut Muz lagi, waktu itu dia cepat-cepat menoleh kearah lain mana tahu kalau-kalau ada sesiapa yang berada disekitar. Namun apabila dia menoleh kembali ke depan kelibat wanita tua itu sudah tidak kelihatan lagi. Pada keesokkannya perkara yang sama berlaku, wanita itu masih melakukan perkara yang sama seolah-olah mahu menghalaunya dari situ.
 Katanya lagi, kejadian misteri itu tidak berakhir disitu. Menurutnya disitu terdapat sebuah rumah kosong yang telah ditinggalkan kerana dahulunya penghuni rumah itu kuatir kalau-kalau berlaku perkara yang tidak diingini berlaku pada dua lagi banggunan yang belum runtuh itu.
 Menurutnya lagi, seminggu selepas itu dia kembali kesitu mengikut rutin jadual kerjanya. Waktu dia sedang sibuk membersihkan kawasan sekeliling dia terdengar bunyi bising yang datangnya dari arah dalam rumah kosong berkenaan. Dia berasa hairan kerana setahunya rumah itu kosong dan tidak berpenghuni. Jadi dia memberanikan diri untuk meninjau-ninjau kawasan sekelilikng rumah itu. Sekali lagi dia terdengar seolah-olah ada orang sedang mengetuk sesuatu dengan kuat tapi apa yang peliknya tiada seorang pun yang berada dirumah itu dan keadaan waktu itu sungguh menyeramkan.
"Kadang-kadang kedengaran sayup seperti berlaku runtuhan disekitar kawasan itu, sedangkan tidak ada apa-apa yang berlaku," sambung Muz lagi.
"Sekarang saya tak berani lagi untuk buat kerja sehingga lewat petang, kerana waktu-waktu itulah sering diganggu oleh lembaga wanita berkenaan dan bunyi-bunyi pelik yang datang dari rumah kosong itu.
Sekarang dia hanya melakukan kerja-kerja pada waktu tengah hari dan akan cuba siapkan sebelum menjelang petang dan dia sentiasa mengharap kelibat wanita tua itu tidak lagi mengganggunya.
Mengakhiri ceritanya, sambil tersenyum dia memberitahu surah yasin yang dibelinya dikedai buku agama sering dibawanya, kerana untuk menghilang takut dan sentiasa berdoa pada tuhan untuk menjauhkan perkara-perkara buruk serta mempermudahkan urusan tugasnya.

No comments:

Post a Comment