Kalau Allah Baik Kenapa Cipta Neraka | Ini
 kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek 
pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang 
melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa 
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan 
dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis 
berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan 
sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan 
diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih 
enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap 
operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai 
pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat 
secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu 
memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, 
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di 
Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
 Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai 
PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan
 dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis
 perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,
 kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di
 syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak 
sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha 
Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak 
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh 
sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi
 dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati 
panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh 
rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun 
jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen
 sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. 
hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… 
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak 
nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua 
jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia 
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara 
macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang 
baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? 
Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua
 orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh 
dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di 
syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima
 hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? 
Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni 
kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga 
Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya 
yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa
 awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad 
kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk 
berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, 
sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati 
segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
 

 
No comments:
Post a Comment