Hantu
Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu
tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang
menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini
mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang
dengan tali perut terurai-urai.
Darah
yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan
kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya
akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut
sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya
tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum
secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan
sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat
tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa
dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri.
Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan
tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu
Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang
wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga
tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.
Hantu
Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina.
Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan
manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas
di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.
Manananggal
dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan
mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan
pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh
ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi
Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan
badan bukan hanya kepala sahaja.
Tetapi,
kami difahamkan sekarang banyak pengamal ilmu penanggal ini kurang berminat
dengan ilmu ini kerana mereka kuatir apabila mereka terbang dengan isi perut
yang berjuntai itu akan terkena renjatan elektrik. Maklum la sekarang kan
banyak tiang elektrik.
Akhir
kata..
Firman
Allah s.w.t maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)
beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta
pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu
mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”(Surah al-Jinn ayat
6)
Dan
ingatlah Allah telah berfirman dalam Kitab sucinya Al-Quran:
Firman
Allah s.w.t maksudnya : “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut
ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang
menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir
(dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah
mereka menasihatinya Dengan berkata: “Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan
(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka
berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya,
padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan)
Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya
mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi
manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun
mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian
Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih
untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”(Surah al-Baqarah ayat 102)
- See more at:
http://fuh.my/kisah-seram-hantu-penanggal-yang-ngeri/#sthash.3DLJfFQJ.dpuf
No comments:
Post a Comment