Mungkin ada di antara kita  masih tidak mengetahui tentang sebuah kisah seram yang berlaku di sekitar Masai, Johor. Maka kali ini saya mahu mengajak anda mendengar sebuah cerita berkisar tetang misteri kehilangan rumah banglo yang pernah mengemparkan suatu ketika dahulu. Walaupun cerita ini sudah lama, namun ia masih lagi segar di ingatan kerana kehilangan banglo tersebut menjadi bualan misteri sehingga ke hari ini.
Kisah cerita ni memang banyak versi, ada 
penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan
 ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.
 Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite 
berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah 
melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi.
 Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat
 alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat 
tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, 
ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, 
tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu 
mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu 
lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate 
yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang 
berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai 
seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak!
 Seorang lagi ‘berisi’ mimpi seorang tua memakai pakaian putih 
nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung 
simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat 
mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?

HILANG,
 gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan 
bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah 
yang hilang.

Sebelah
 kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. 
sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah. Kawasan kosong tu 
sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol 
swastika Buddha.
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 
2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti 
gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je,
 siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.
Yul selitkan salah 1 story dari seseorang nie.
“Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya 
tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie 
hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab 
waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  
masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah.
 So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie.
 Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam 
pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak.
 hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang
 Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, 
tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya 
nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya 
lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je
 lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, 
Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk 
melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.
Memang ternyata banglow tu dulu dibuat 
sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang 
ipar balik rumah kat taman daya.
Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi 
abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. 
Kemudian dia cakap entah kat sapa,
“Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam“.. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.
Kemudian abang ipar panggil dan cerita 
tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. 
Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It’s means, Orang India tu
 sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah 
kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat 
duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu.
 Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu 
hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah
 kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian 
ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..
Waktu progress work, abang ipar saya tak 
terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy 
dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang 
ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang
 ader banglow tu.. tapi selepas proses ‘hand over keys’ tetiba banglow tu hilang..
 tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy
 samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg 
lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory 
ehh.. wassalam”
Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting,
 tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo 
tersebut tidak upload pun gambar yang di maksudkan. Misteri menjadi 
semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.
Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku?
 Wallahualam. Yul pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah 
ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma allah je
 yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Yul memang pernah dengar cite
 tu, tapi entah la erk.
Sumber : Nana92
 


 
No comments:
Post a Comment