Tuesday, 29 August 2017

Hantu di Asrama Sekolah di Ipoh, Perak




Benda ni terjadi masa tahun 97.. masa tu aku form 5 kat satu skolah asrama penuh kat ipoh, perak.. kalau orang sana mesti tau la kot.. peristiwa ni terjadi pada junior aku.. masa tu diorang form 2..

Malam tu seperti biasa setiap student form 2- form 3 diwajibkan untuk memasang kelambu.. diorang ni semua dok katil double decker.. so kalau malam dalam kul 10 lepas prep tu.. semua kelambu dah tergantung la..

Nak dijadikan cerita.. pada satu malam ni.. aku masih la belum tido.. tengah lepak2 ngan kawan2 and masih buat keje2 gila.. biasa la kan.. student dok asrama.. semua lelaki pulak tu.. so banyak la project kitorang.. tengah seronok2 berbual, melepak2, isap2 rokok ni, tiba2 kami terdengar bunyi bising kat dorm sebelah.. masa tu form 5 dok dorm hujung.. dipisahkan dengan toilet and bilik mandi baru la sampai dorm junior ni..

Kitrang yang senior ni ingat ada junior tak tido lagi, memang nak kene la.. huhuhuh (garang).. atau ada apa2 masalah la.. terus la kitorang cargas nak pg tengok.. apa dah jadi.. masa tu kan samseng.. hahahaa.. so bila kitorang sampai kat dorm diorang.. lampu dah terpasang.. seluruh dorm.. terang benderang.. and diorang dok berkumpul atas lantai dengan tilam yang diturunkan.. duduk keliling seorang budak form 2 yang tengah terbaring pucat.. and diorang semua duduk keliling tapi mengadap keluar.. ada yang pegang yassin.. ada yang baca yassin.. ada yang dok peluk lutut.. macam2 la.. tapi semua muka pucat lesi.. mula2 nak marah terus tak jadi..

Bila kitaorang tanya.. ape masalah?.. ape jadi?.. so ketua dorm tu cerita la.. masa tu dalam kul 3 pagi dah.. semua junior memang dah tido la di katil masing2.. dalam kelambu.. lampu dorm memang dah switch off.. cuma limpahan lampu koridor je yang menerangi sesetengah tempat.. tiba2 budak yang terbaring tengah2 tu terbangun sebab dia dengar pintu dorm terbukak.. dia pun pandang la arah pintu sebab katil dia berdepan dengan pintu.. masa tu dia nampak sesusuk tubuh seperti perempuan dekat pintu tu.. tak nampak sebab cahaya tak begitu terang lagipun dia pakai kelambu jenis kain yang tebal tu.. bukan jaring2 plastik tu..

Pastu dia buat tak tau la sebab dia fikir mungkin warden nak check.. sebab memang selalu warden akan check.. tapi dia tak terpikir la time tu, mana ada warden perempuan akan check malam2 buta.. sorang2 pulak tu.. ni kan sekolah lelaki.. mungkin sebab mamai jadi dia tak terpikir la sampai situ..

Dalam masa dia mamai2 tu.. dia nampak sesusuk lembaga tu jalan ke arah katil dia.. masa tu dia dah rasa lain macam tapi takde la sampai nak menjerit ke.. dia cuma dok relax.. pastu lembaga tu macam berdiri sebelah katil dia.. dia dok katil bawah.. lembaga tu macam cakap2 dengan member dia yang kat katil atas (slow2 je) .. so dia fikir ok la.. maybe warden sebab atas dia tu katil ketua dorm.. maybe warden nak bagi arahan ape2.. lepas 2-3 minit macamtu.. lembaga tu membongkok dan terus bukak pintu kelambu dia and masukkan kepala..

Muka dia buruk seburuknya.. and dia tanya "dik, kenapa orang atas taknak bangun" dia punya terkejut.. sampai tak boleh keluar suara.. dia terus berpusing sampai jatuh dari katil and kelambu dia terus koyak rabak.. dia kejut orang katil sebelah dengan muka pucat lesi.. lepas tu bila tengok balik perempuan tu dah takda.. so bila dah bising2 tu.. semua orang dikejutkan.. time tu la kitorang dengar bunyi bising2 sebab diorang sibuk tarik tilam turun atas lantai.. sebab tak ada siapa yang berani tido kat katil masing2 malam tu.. besoknya kami lak kene berjaga depan dorm diorang.. lesen besar beb.. warden bagi stay up.. sebab kisah tu dah kcoh satu skolah.. so warden suruh jaga junior.. budak yang kene sakat tu demam seminggu, balik kampung..

No comments:

Post a Comment