MENU| Home | Facebook

Monday 7 August 2017

Cara tukang sihir mendekati syaitan

Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan
Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir ke awalannya sehingga merosakkan ayat tersebut. Ada yang sembahyang tanpa wudu' atau tetap dalam keadaan junub. Ada yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan. Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan menjadi pesuruh(khadam) kepadanya melainkan dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan.Maka sejauh mana kekafiran seorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya.


Oleh: Ustaz Syarhan Syafie

sumber: hasnulhadiahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment