MENU| Home | Facebook

Monday 7 August 2017

Cara tukang sihir mendatangkan jin

Cara Tukang Sihir Mendatangkan Jin

1. Menerusi sumpah atas nama jin atau syaitan
Tukang sihir masuk ke dalam bilik gelap kemudian menyalakan api dan
Meletakkan kemenyan atau yang sejenisnya di atas api tersebut sesuai dengan
tujuan yang di minta.

2. Menerusi penyembelihan.
Tukang sihir mendatangkan haiwan seperti burung,ayam atau yang lainnya
dengan sifat-sifat tertentu sesuai dengan permintaan jin.Biasanya jin suka dengan warna hitam,kemudian menyembelih tanpa menyebut nama Allah.

3. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis
Biasanya tukang sihir menuliskan ayat al-Quran menggunakan darah haid atau benda-benda najis yang lain.Setelah itu,dia mengucapkan jampi-jampi yang mengandungi unsur syirik hingga datang jin yang diinginkan.

4. Menulis ayat-ayat al-Quran terbalik
Ayat al-Quran ditulis dengan huruf-huruf terpisah secara songsang ya'ni dari belakang ke depan.

5. Menggunakan bintang
Cara ini seolah-olah mengintai bintang kerana tukang sihir menunggu-nunggu kemunculan bintang tertentu kemudian bercakap kepadanya denag bacaan sihir lalu membaca jampi-jampi lain yang mengandungi unsur syirik dan kekufuran kepada Allah.

6. Menerusi tapak tangan
Cara ini yang digunakan oleh tukang sihir untuk mencapai maksudnya.Dengan menggunakan kanak-kanak yang belum baligh dengan syarat kanak-kanak itu tidak dalam keadaan berwudu' setelah itu dia mengambil tapak tangan kiri anak tersebut lalu menggambarkan segi empat kemudian dijampi dengan unsur syirik.

7. Menerusi apa yang dipakai
Cara ini digunakan oleh tukang sihir dengan meminta dari pesakit apa sahaja yang dipakainya seperti sapu tangan,serban,baju,dan sebagainya kemudian dilanjutkan dengan jampi seperti dengan cara yang lepas.

Mengenali Tukang Sihir

Sekiranya anda melihat salah satu tanda dari tanda-tanda berikut ini pada salah seorang pengubat maka tidak diragukan lagi bahawa dia adalah tukang sihir.Tanda-tanda itu ialah:

1) Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah pesakit seperti kain,baju,sapu tangan dan sebagainya.

2) Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu dipakai oleh untukdisembelih tanpa menyebut nama Allah;Adakalanya juga melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang sunyi(tidak ada penghuni).

3) Memberi azimat-azimat tertentu.

4) Membaca jampi serapah ke atas azimat itu menggunakan bahasa yang tidak difahami.

5) Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor.

6) Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya empat puluh hari.Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian

7) Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak dimasuki sinar mentari.

8) Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.

9) Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan di suruh berasap dengannya

10) Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.

11) Memberitahu pesakit tentang namanya,negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan.

12) Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit
melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

Oleh: Ustaz Syarhan Syafie

sumber: hasnulhadiahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment