POLAND: Tindakan Pihak Jabatan Perhutanan yang meninggalkan kamera 
tersembunyi untuk menangkap gambar haiwan liar nampaknya telah berjaya 
menangkap kelibat kelibat seorang lelaki berbogel yang bergerak seperti 
seekor harimau, lapor Dailymail.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Marek H yang berasal dari 
Republik Czech dikatakan telah berlegar-legar di hadapan kemera 
berkenaan yang diletakkan jauh di dalam hutan.
Dia dikatakan melakukan aksi berkenaan dalam separa sedar selepas 
mengambil sejenis ubat penenang dikenali sebagai LSD secara berlebihan 
menyebabkan fikirannya mengalami halusinasi.
Pihak perhutanan yang mengambil kamera berkenaan untuk meneliti rakaman 
nyata terkejut melihat 'harimau jadian' berkenaan dan mereka telah 
menyerakah pita rakaman kepada pihak polis.
Pihak polis telah berjaya menahan Marek yang baru berusia 21 tahun 
berkenaan, dia mengaku telah mengambil dadah LSD secara berlebihan, 
katanya selepas menggunakan dadah berkenaan dia merasakan dirinya 
seolah-oleh seekor Harimau Siberia.
Semasa berkhayal, dia menyatakan dirinya ketika itu adalah diri sebenarnya dan berhubung dengan Harimau Siberia yang lain.
Dalam masa lapan jam dia 'menjadi' harimau Siberia, lelaki berkenaan 
telah merangkak sejuah 15.5 batu di sepanjang sempadan hutan Poland.
Beliau bagaimanpun hanya didenda kerana pihak berkuasa tidak menemui apa-apa jenis dadah padanya. - Siakapkeli.my
 



 
No comments:
Post a Comment