Aku nak berkongsi pengalaman seram semasa memandu pada waktu tengah malam.
Ini adalah kisah benar dan bukan khayalan!
Aku tidak pernah memandu pada lewat malam untuk pulang ke kampung.Ini 
kerana aku rabun malam dan memang menyakitkan hati juga apabila mata 
terkena silaun lampu kereta dan bas.Entah kenapa , pada malam itu hati 
aku tergerak untuk pulang pada malam itu juga untuk menghantar adikku 
yang baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital selepas kemalangan 
jalan raya beberapa hari yang lalu.
Isteri dan ibuku mendesak agar kami bertolak pada keesokan pagi namun aku membantah.
Kami sekeluarga bertolak dari klang pada pukul 5 petang dan bergerak ke 
Kelantan melalui Lebuh Raya Kesas dan terus menuju ke tol 
Gombak.Beberapa jam kemudian , kami melalui kampung lurah bilut di 
pahang.
Ini adalah babak menarik yang untuk diceritakan.
Jalan di kawasan tersebut tidak rata dan beralun. Sewaktu sampai 
diselekoh lurah bilut , aku sedikit terperanjat dan hampir terbabas 
apabila melihat sesusuk tubuh kehitaman di sign board kampung itu 
berpusing sebanyak dua kali dan melompat tinggi. 
Bulu romaku dah tegak berdiri dan sepantas kilat aku bergerak pantas meninggalkan kawasan itu.
Untuk memberi keadilan kepada diri sendiri , aku cuba melakukan 
demosntrasi pemanduan di kawasan beralun itu dengan melihat papan tanda 
di tepi jalan yang lain. Hasilnya , papan tanda tidak pula kelihatan 
seperti melompat dan berpusing.
Babak kedua seterusnya pula menimbulkan misteri tersendiri,
Selepas meninggalkan jauh kawasan itu , kereta yang aku pandu sering 
kali di suluh lampu tinggi oleh kereta dan bas dari arah bertentangan.
Pelik! lagipun lampu kereta aku tidak pula disuluh tinggi. Kereta pula tidak di pandu secara laju.
Apabila sampai di Kelantan , aku tidak menceritakan perkara ini kepada 
ahli keluarga sehinggalah aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur beberapa 
hari kemudian.
Sewaktu sampai di lurah bilut iaitu di kawasan yang aku melihat sesusuk 
tubuh kehitaman itu , ada kawasan perkuburan islam dan jirat cina yang 
berdekatan.
Sehingga ke hari ini , aku masih lagi memikirkan perkara itu dan pengalaman seram itu masih menimbulkan pertanyaan.
1. Apakah makhluk yang aku jumpa ?
2. Kenapa kereta aku disuluh lampu tinggi oleh bas dan kereta
Sekian , terima kasih kerana sudi membaca pengalaman seram aku ini.
credit: fazarudin
 
 
 
No comments:
Post a Comment