Pada entry kali ini,agak lain daripada entry aku sebelum ni sebab kali 
ini aku akan share pengalaman seram yang pernah aku lalui semasa 
aktiviti mengembara aku terutama semasa driving. Namun sebelum itu,aku 
nak tegaskan yang ini adalah pengalaman peribadi aku sendiri. Nak 
percaya atau tidak itu terpulang sebab yang mengalaminya ialah aku.
Kisah 1:
 Ia berlaku pada tahun 2011. Seingat aku hari itu merupakan hari 
terakhir aku mengikuti sebuah kursus anjuran bahagian Human Resources di
 UIAM Gombak. Kursus tersebut lebih kepada meningkatkan kemahiran soft 
skills para pekerja dan juga communication skills antara pekerja dengan 
majikan dan juga pelanggan. Namun agak pelik juga lah sebab aku ni 
bekerja dalam bidang healthcare. Radiation workers pulak tu hahaha..tapi
 difikirkan untuk menimba ilmu baru dan juga nak kutip CTD point maka 
aku pun join jugak lah. Tempoh kursus itu berlangsung selama 2 hari 
bermula hari Isnin ( 25 Julai 2011) hingga Selasa (26 Julai 2011). Habis
 sahaja berkursus aku pun pulang ke rumah sepupu aku (aku panggil dia 
abe yeng,nama sebenar dia Hazreen bekerja sebagai technical operator di 
sebuah anak syarikat TNB yang menghasilkan peralatan transformers. Bukan
 transformers Decepticon dan Autobots tu),. Niat asal nak balik terus ke
 Kuantan selepas berehat dan makan malam tapi aku cancel kan sebab 
sebelah malam tu sepupu aku ajak pergi makan di satu kedai makan dekat 
dengan AU Lembah Keramat. Jadi aku tukar lah pelan nak balik ke Kuantan 
pada esok harinya dan kebetulan pula minggu tu aku sudah appply cuti 
seminggu dan diluluskan oleh bos.
 Pada jam 9 pagi 27 Julai 2011, aku bertolak dari rumah sepupu aku di 
Ulu Kelang menghala ke Kuantan selepas selesai bersarapan dengan sepupu 
aku. Pergh, sarapan macam tak ingat dunia,mentang mentang lah sepupu aku
 masa tu dapat gaji dan dia pulak belanja aku makan so macam macam lah 
aku santap. Lagi satu masa tu duit poket aku pulak kering sebab tak 
pergi ke mesin ATM untuk withdraw duit walaupun pada date tu juga gaji 
aku sudah masuk. Semasa dalam kereta,entah kenapa mata aku ni asyik 
terpandang kepada signboard Bentong dan Kampung Orang Asli di Gombak. 
Kemudian timbul niat nak lalu jalan lama Gombak-Karak-Bentong. Pertama 
sebab duit poket kurang maka memang aku nak avoid guna highway tol. 
Kedua pula aku nak rasa apa yang orang selalu perkatakan bahawa jalan 
itu kononnya dikatakan keras. Keras?? Yup itu lah yang sering aku dengar
 semenjak aku belajar di matrikulasi UIAM di Petaling Jaya pada tahun 
2002 hingga kini. Sebelum tu aku langsung tak tahu apa apa pasal jalan 
lama itu. Di tambah pula tak silap aku masa tu kan filem Karak sudah 
ditayangkan di cinema,maka makin famous lah jalan lama tu termasuk juga 
highway Gombak-Karak.
| Filem Karak yang dibuat berdasarkan kisah kisah seram di laluan Karak. Tapi ramai orang fikir highway Karak tu sedangkan kebanyakkan kisah seram berlaku di jalan lama Gombak-Karak-Bentong. | 
| Ini lah jalan lama Gombak-Karak. Laluan ini dikatakan sudah wujud sejak zaman kolonial British lagi atau lebih tepat lagi sebelum Perang Dunia Kedua meletus. | 
| Jalan lama Gombak-Karak yang banyak selekoh,bercuram dan dipenuhi hutan tebal kiri dan kanan jalan serta tiada lampu jalan menjadikan ia bertambah seram terutama menjelang malam. | 
| Ini pula lebuhraya tol Gombak-Karak. Tak silap aku yang ni dekat Gombak,seberang jalan pula laluan dari arah Karak menghala ke KL dan ada R&R di situ. Bayaran tol RM5.00 masuk/keluar tol Gombak dan RM3.00 masuk/keluar tol Bentong. | 
 OK berbalik lah cerita masa aku driving tadi, aku keluar dari MRR2 dan 
menyusuri masuk ke jalan Gombak lama. Buat satu jam pertama semuanya 
berjalan lancar bermula dari simpang lampu isyarat dekat dengan Sekolah 
Antarabangsa Islam Malaysia hingga lah melepasi Klinik Kesihatan di 
Gombak lama. Selepas aku melepasi satu selekoh dan mendaki tiba tiba 
perasaan berdebar debar dan bulu roma meremang. Aku mula jadi gelisah 
seketika,aku tenangkan hati dengan bacaan ayat ayat suci Al quran yang 
aku tahu dan mujur lah juga aku ada baca CD Al quran maka aku pun pasang
 dan tinggikan speaker volume agak kuat (kalau aku tutup semua tingkap 
kereta aku,mahu rasa macam nak pecah gegendang telinga sebab kuat volume
 speaker aku pasang). Selain tu hati aku agak sedikit lega apabila 
semasa melalui jalan lama Karak itu ada juga lah beberapa buah lori dan 
motorsikal berselisih. Tapi agak seriau jugak sebab jalan lama Karak ni 
sempit sebenarnya jadi aku pun tak berani lah nak memotong mana mana 
kereta atau lori jika berada di depan. Selang beberapa minit 
kemudian,sekali lagi aku melalui satu selekoh tajam dan laluan mendaki 
yang pendek. Namun semasa memandu di laluan menurun dengan tiba tiba 
kereta aku menjadi agak berat seolah olah memandu dengan brek tangan tak
 diturunkan. Bila aku periksa brek tangan,ia masih berada dalam posisi 
free brake. Aku periksa pula gear dan pedal klac (masa tu aku bawa 
kereta manual),pun tiada apa apa problem dan gear aku gunakan pula gear 
rendah. Nak berhenti pula,tiada ruang sebelah kiri dan kanan sebab jika 
aku berhenti di sebelah kiri adalah jurang manakala sebelah kanan pula 
tebing tinggi yang sempit. Nak tak nak,aku terpaksa teruskan pemanduan 
tapi tanpa disangka sangka kereta tiba tiba 'ditarik' ke belakang. Yup 
macam tarik tali tu lah,aku tekan pedal minyak lebih kuat lagi dan masa 
tu jugak lah ada 'benda' menarik kereta aku ke belakang. Rasa macam nak 
tercabut body kereta aku tu,dah lah kereta VIVA 850cc,body kereta VIVA 
mana lah kuat mana pun. Masa tu aku dah tak ingat apa apa dah kecuali 
mulut aku terkumat kamit baca semua surah ayat Al-Quran yang mana aku 
ingat dan masa tu jugak lah tiba tiba je mulut aku rajin nak azan. 
Alhamdulillah, selesai sahaja aku azan tiba tiba kereta aku bergerak 
meluncur yang amat laju menuruni laluan berbukit itu. Terpaksa brek 
mengejut kerana kereta yang dipandu sangat laju dan dekat pula dengan 
satu selekoh tajam. Selepas itu aku terus pandu laju tapi berhati hati 
juga lah hingga aku sampai di Genting Sempah. Masa tu aku tak fikir 
panjang terus masuk ke highway Karak-Bentong lagipun dalam drawer duit 
kereta aku ada duit RM5.00 jadi cukuplah untuk bayar tol di Bentong 
nanti. Sebaik melepasi tol Bentong aku mengambil jalan Karak- Kuantan 
(jalan lama) tapi yang ini tak sunyi sebab banyak pekan dan kampung 
serta bandar di sepanjang jalan tu. Hampir 4 jam kemudian,aku sampai di 
Kuantan,aku pergi lah ke sebuah workshop kereta di Indera Mahkota 3, 
bila siap diperiksa oleh mekanik dia kata kereta tiada apa apa masalah 
pun. Wah...terpinga pinga aku dibuatnya, nak dipendek cerita aku terus 
balik ke Terengganu dan 2-3 hari jugak lah demam.huhuhu....
Kisah 2:
Kisah seram (tapi yang ni bukan mistik sangat walaupun ada sedikit 
elemen mistik) kedua ini turut berlaku pada tahun 2011. Tak silap aku 
sekitar akhir Oktober 2011. Tempat berlaku kisah ini di Gambang,Pahang. 
Ok, masa itu aku memandu di tengah malam tanpa tujuan sebab boring duduk
 kat rumah sewa. Masa itu aku baru sebulan duduk di rumah sewa di Indera
 Mahkota 2, Kuantan. Housemates aku pula ada 3 orang, seorang staf 
programmer di JBA Pahang (sekarang ni sudah dikorporatkan dan tukar nama
 kepada PAIP akronim daripada Perbadanan Air Negeri Pahang) dia ni jenis
 workaholic iaitu gila kerja. Masuk jam 8.30 pagi balik 10-11 malam dan 
kadang tu tengah malam. Lagi 2 orang housemates pula warga tua tapi 
masih kuat dan perasan muda. Hahaha...memang pun tapi kedua dua kerja 
sendiri yang mana sampai sekarang ni aku masih tak tahu apa kerja mereka
 yang sebenar.
Ok balik semula kepada driving tadi. Dalam jam 12 - 12.40 pagi macam tu,
 aku memandu kereta aku dan melalui jalan lama Kuantan - KL. Sebaik aku 
melepasi satu selekoh selepas kawasan Paya Bungor, aku dikejutkan dengan
 bunyi ngauman yang sangat kuat. Ngauman harimau.. ye ke? Yup betul aku 
dapat dengar dengan begitu jelas sekali bunyi ngauman harimau dan 
berulang sebanyak 2 kali. Masa aku drive tu,aku buka tingkap kereta 
sebelah driver seat sampai habis (konon nak feel angin tengah malam) 
tapi tak sangka pulak dapat dengar bunyi ngauman tu. Aku decide untuk 
teruskan driving menghala ke Sri Jaya di Maran dan memasuki ke Lebuh 
raya Pantai Timur dan balik semula ke Kuantan. Sebab fikirkan 
keselamatan,maka aku pun pecut lah ke sana tapi sesudah masuk ke highway
 kena drive ikut peraturan lah sebab bimbang pulak kena saman speed trap
 camera. Sampai sekarang aku masih tertanya adakah ngauman harimau itu 
benar benar datang daripada seekor harimau yang mungkin sesat atau ada 
'benda' lain yang menyerupai dengannya. Setakat finding personal yang 
aku usahakan,pada zaman dulu sebelum adanya projek LPT ni kawasan 
Gambang ini sememangnya hutan tebal dan hutan sekunder yang besar dan 
dulu juga dikatakan ada beberapa penduduk sekitar Gambang dan Lepar 
Hilir terserempak dengan harimau belang dan harimau kumbang yang 
berkeliaran di sini. Namun setelah adanya projek LPT dan beberapa projek
 pembangunan perumahan dan pusat pengajian di sekitar Gambang ini sudah 
tidak nampak lagi kelibat Pak Belang dan Pak Kumbang yang merayau rayau 
di sini.
| Walaubagaimanapun pada tahun 2013,seekor bangkai harimau bintang (leopard) ditemui di sebuah takungan air di Kampung Sentosa di Maran,Pahang. Adakah ini menunjukkan bahawa masih ada spesis harimau masih lagi berkeliaran di kawasan tengah Pahang ini terutama di Temerloh,Maran dan hulu Kuantan termasuk juga Gambang? | 
|  | 
| Pak Belang mengaum..adakah Pak Belang ini yang mengaum atau 'something' yang menyerupai dengannya? | 
Kisah 3:
Kisah seram yang ketiga ni,aku sendiri tak pasti sama ada ia benar 
berlaku atau tak. Eh kenapa aku kata macam ni ek?? Well bro and sisters,
 ini lah cerita aku. Terpulang kepada korang nak percaya atau tak sebab 
aku tak nampak tau 'benda' tu tapi orang lain yang nampak.
 Ia berlaku sekitar awal Januari 2012 di jalan Endau-Mersing-Kota 
Tinggi. Tempat aku tak pasti tapi seingat aku lah kiri dan kanan ada 
estet kelapa sawit,dekat dengan selekoh tajam dan berhampiran dengan 
sebuah hutan simpan (based on the Google Maps result ia adalah Hutam 
Simpan Gunung Arong klik sini).
 Pada masa tu hujan lebat al maklum lah masih dalam musim tengkujuh maka
 boleh kata setiap hari akan ada hujan cuma tak pasti hujan turun bila. 
Nak jadikan cerita malam itu sebenarnya aku dalam perjalanan pulang dari
 Johor Bharu ke Kuantan setelah habis bercuti hujung minggu. Biasa lah 
nak ubah selera bercuti hujung minggu daripada balik kampung di Seberang
 Takir,Kuala Terengganu atau duduk di Kuantan tanpa buat apa apa 
melainkan buat kerja overtime atau lokum duty.
Pada waktu itu sudah menghampiri tengah malam. Aku memandu pada kelajuan
 70 - 80 km/j sahaja tidak seperti kebiasaan iaitu 100 km/j. Lagipun 
banyak juga selekoh tajam dan laluan curam di sepanjang jalan ini 
ditambah pula faktor hujan maka terpaksa lah aku memandu perlahan 
sedikit daripada kebiasaan. Seingat aku semasa aku memandu, aku memotong
 sebuah lori treler di depan aku. Sebaik sahaja aku memotong dan memandu
 sedikit laju kerana nak elak daripada lampu tinggi yang dipasang oleh 
lori treler tersebut, tiba tiba selepas melepasi satu selekoh dekat 
dengan Hutan Lipur Gunung Arong. Aku dikejutkan oleh nyalaan lampu 
secara berkelip kelip dan berterusan dari lori treler yang aku pintas 
tadi. Pada mulanya aku fikir, mungkin ada binatang yang melintas di 
depan lori treler itu. Beberapa minit kemudian ada sebuah lori treler 
yang datang dari arah bertentangan pun buat perkara sama dan aku fikir 
mungkin driver lori treler belakang aku ni kawan dia lah kot. Maka aku 
jadi rasa pelik namun aku tak layan perasaan rasa pelik tu bahkan aku 
siap pasang CD lagu lagu favourite yang aku download daripada notebook 
ASUS dan kuatkan speaker volume serta sekali sekala aku ikut menyanyi 
lagu lagu yang aku pasang.
 Nak jadi ceritanya apabila aku sampai di sebuah medan selera dekat 
Tanjung Gemok di Kuala Rompin,Pahang bersempadan dengan Endau,Johor. Aku
 berhenti kereta untuk rehat,stretching badang dan singgah di satu gerai
 makan yang ada di situ. Aku lihat driver lori treler yang berada di 
belakang aku tadi pun turut berhenti di tempat sama. Masa itu jam sudah 
menunjukkan jam 3 pagi. Wah..lambat lagi nak sampai ke Kuantan,ikut 
perkiraan aku mungkin aku akan sampai dalam jam 5.30 pagi atau 6 pagi. 
Itupun kalau aku tahan lasak mata,badan dan otak. Kalau mengantuk sangat
 terpaksa lah cari hotel bajet yang berdekatan atau mungkin juga tidur 
di mana mana stesen minyak atau masjid yang berdekatan. Ok lah sesudah 
berada di kedai makan so mesti lah aku order makanan dan minuman. Menu 
yang aku order Nasi Goreng Kampung campur dengan cili potong dan telur 
dadar serta air kopi suam (gelas sederhana besar aku mintak tau bukan 
cawan yang biasa dihidangkan). So sedang sedap aku menjamu selera dan 
menonton cerita di TV yang entah apa apa entah,aku didatangi oleh 2 
orang lelaki. Nampak macam india tapi rupa rupanya orang melayu. Mula 
mula aku risau jugak kot diorang ni gengster atau samseng nak pau mintak
 duit ke ape ke. Akan tetapi bila mereka beri salam,perkenalkan diri dan
 tanya soalan sama ada aku yang drive kereta VIVA warna kelabu nombor 
plat TAU 7**2 maka sangkaan buruk aku ternyata meleset. Setelah aku 
mengiyakan soalan yang ditanya tadi salah seorang bertanya ' Awak 
perasan tak kenapa tadi saya nyalakan lampu tinggi tadi?' Aku balas kata
 tak tahu. Dia sambung lagi 'Sebenarnya masa driving tadi ada 'cik 
ponti.....' yang terbang di atas kereta encik'. Aku masa tu tengah sedap
 minum kopi suam tiba tiba terbelahak dan batuk sekejap tapi mujur lah 
tak bersembur kat muka abang driver lori treler ni. Aku bertanya kat 
mereka 'eh betul ke bang? saya drive tadi takde rasa apa apa pun'. Abang
 tu nak konfem kan lagi ' Betul,saya dan kawan saya ni nampak. Rasa 
memang tak silap apa yang kami tengok tadi'. Dalam hati aku kata 'alahai
 tak kan kena lagi kot' sebab mengenangkan peristiwa semasa di jalan 
lama Karak pertengahan 2011 lalu. Muka memang suddenly jadi pucat 
sedikit namun abang driver lori treler tu beri tips kat aku. Menurut dia
 lah,jika perkara macam tu berlaku, pertama sekali jangan terus balik ke
 rumah bila sampai dekat rumah. Maksud abang tu kita jangan terus masuk 
ke rumah tapi kena drive ke tempat lain sebelum sampai ke rumah supaya 
'benda' itu tidak mengekori masuk ke dalam rumah kita. Last but not 
least abang tu bertanya lagi ' Masa awak beli kereta ni tak baca apa apa
 doa ke?' Aku kata tak tahu sebab kereta tu bukan lah aku punya tapi 
parents aku punya dan diberi kepada aku setelah aku dapat kerja. Dia 
beritahu lagi ' Sebaiknya bila kita beli sesuatu macam rumah,tanah dan 
kereta hendak kita baca doa selamat. Mohon kepada Allah supaya apa 
sahaja aset yang kita beli tu diberkati dan dijaga dengan izin Nya'. 'Oh
 gitu...' balas aku. Erm sebijik macam apa yang mama aku kata dulu tapi 
ye lah time tak kena memang lah degil dan tak dengar tapi bila dah kena 
ni baru nak beringat hahaha....Namun tentang kisah cik ponti.....tu aku 
tak pasti untuk percaya atau tak. Bahkan semasa aku sampai di rumah sewa
 aku di Kuantan tiada sebarang kejadian aneh berlaku. Aku bilang rasanya
 kes itu dengan sendirinya ditutup.
Kisah 4:
 Kisah ini pula berlaku pada tahun lepas iaitu 6 September 2013 semasa 
dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Seberang Jaya di Seberang 
Prai,Penang sebab menghadiri kursus di USM Penang. Aku bertolak agak 
lewat dari Kuala Terengganu lebih kurang pada jam 10 pagi (pelan asal 
nak bertolak pada jam 7 pagi). Aku menunaikan solat zohor (Jumaat) di 
Masjid Kubang Kerian,Kelantan dan aku sendiri tak tahu kenapa lah aku 
nak drive sangat di Kelantan pada hari Jumaat ni. Ok selesai menunaikan 
solat Jumaat,aku terus bertolak menuju ke Penang. Berhenti makan 
seketika di R&R Banjaran Titiwangsa walaupun snek banyak dalam 
kereta. Nak pendekkan cerita, pada jam 7.30 malam selepas aku melepasi 
satu jalan di antara Kulim dan Baling di Kedah dekat dengan sebuah 
kawasan estet kelapa sawit suddenly mata aku tertumpu pada tengah jalan 
kerana apa yang ada di depan aku ialah satu objek yang tinggi lebih 
kurang 5-6 kaki (1.5 - 1.8 meter) dan rupa objek itu ialah seperti leher
 lonjong,kepala botak,perut buncit,badan berbulu warna keperangan serta 
kaki yang agak besar dan cara ia berjalan seperti manusia. Aku terpaku 
dan tiba tiba sahaja ia menghilang terus daripada pandangan dan aku 
terkejut kerana di depan aku pula ialah sebuah lori. Rupa rupanya aku 
sudah masuk ke laluan bertentangan tapi mujur lah aku sempat mengelak 
dan masuk semula ke laluan asal. Sambil itu mulut aku terkumat kamit 
membaca ayat Kursi dan istighfar serta selawat sepanjang perjalanan 
hingga lah aku sampai di hotel bajet penginapan di E-Red Hotel Seberang 
Jaya, Penang. Memang betul lah apa yang mama aku selalu pesan kepada 
aku,sebelum drive baca lah doa naik kenderaan di samping baca juga surah
 Al-Fatihah,selawat dan ayat Kursi.
Lain lain:
Kisah seram yang lain yang telah aku alami pula, well ia memang ada namun bukan lah semasa memandu. Banyak kisah mistik aku alami semasa di zaman persekolahan,universiti dan tempat kerja serta aktiviti perkhemahan sekolah. Kisah itu nanti akan aku paparkan di entry yang lain pula.
Pengajaran / Moral Values:
Banyak pengajaran yang aku dapat berdasarkan kisah kisah mistik yang menimpa kepada diri aku. Antaranya ialah:-
Banyak pengajaran yang aku dapat berdasarkan kisah kisah mistik yang menimpa kepada diri aku. Antaranya ialah:-
1) Kena percaya adanya alam ghaib termasuk lah juga golongan yang 
dipanggil jin,iblis dan syaitan. Mereka ini tugasnya menyesatkan manusia
 dan menghasut manusia ke arah kejahatan. Maka hendaklah kita sentiasa 
bermohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah s.w.t
2) Jangan memandai menggunakan laluan yang jarang digunakan oleh orang 
ramai. Bukan sebab takut gangguan hantu tetapi kena fikir juga jika 
berlaku kecemasan yang lain seperti kereta rosak atau kemalangan di 
kawasan tersebut siapa nak tolong kita kan?
3) Sebelum menaiki kenderaan kena lah baca doa naik kenderaan. Di 
samping itu tak salah sekiranya kita baca juga surah Al-Fatihah,ayat 
Kursi dan selawat sebelum memulakan perjalanan. Semasa perjalanan pula 
seboleh bolehnya hendaklah kita 'seri' kan perjalanan kita dengan alunan
 zikir,selawat atau bacaan ayat suci Al-Quran. Nak dengar lagu boleh 
juga tapi yang baik baik lah tak kira apa genre lagu dan irama pun.
4) Jangan sesekali bercakap besar.
5) Memandu jarak dekat dan jarak jauh kena lah sediakan duit secukupnya. Selain itu condition kenderaan pun kena lah dalam keadaan bagus dan tip top.
6) Kurangkan memandu di waktu maghrib dan lewat malam. Kita kena percaya akan wujudnya jin sebab mereka juga makhluk Allah. Jin Iblis dan Syaitan memang suka akan suasana gelap gelita kerana masa itu lah mereka akan buat kerja jahat mereka. Itu lah kenapa kita sering digalakkan mengamal surah 3 Kul iaitu surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Dalam surah Al-Falaq jika kita lihat pada ayat tersebut;

Bukan setakat jin,syaitan dan iblis tetapi juga gangguan manusia dan binatang buas.
4) Jangan sesekali bercakap besar.
5) Memandu jarak dekat dan jarak jauh kena lah sediakan duit secukupnya. Selain itu condition kenderaan pun kena lah dalam keadaan bagus dan tip top.
6) Kurangkan memandu di waktu maghrib dan lewat malam. Kita kena percaya akan wujudnya jin sebab mereka juga makhluk Allah. Jin Iblis dan Syaitan memang suka akan suasana gelap gelita kerana masa itu lah mereka akan buat kerja jahat mereka. Itu lah kenapa kita sering digalakkan mengamal surah 3 Kul iaitu surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Dalam surah Al-Falaq jika kita lihat pada ayat tersebut;

Bukan setakat jin,syaitan dan iblis tetapi juga gangguan manusia dan binatang buas.
 
 
No comments:
Post a Comment