Nama aku Bang Man . aku berasal dari Selangor .
hari ini aku ingin 
berkongsi satu lagi pengalaman misteri semasa tinggal di satu Bandar di 
daerah Sungai Petani Selatan. Kisah nya begini. Sekitar setahun lepas 
.Aku dan keluarga baru sahaja membeli sebuah rumah teres (secondhand) 
dari seorang pasangan suami isteri - no muslim. 
Seperti biasa aku mencuci dan buat apa yang patut.
Pada sebelah siang rumah ni macam biasa aje.
Tapi
 lain pulak sebelah malam . rumah ni menjadi rumah misteri . rumah ini 
suka di datangi jin jin kafir. Anak anak ku seringkali ternampak makhluk
 berwajah hodoh . 
Aku tak endahkan cerita cerita anak ku .aargh .mungkin mereka berkhayal agaknya. 
Pada
 suatu petang aku tertidur di dalam bilik . dalam bilik tu ada satu 
katil besar. Tidur punya tidur. Hari pun hampir maghrib. tiba tiba aku 
terjaga ingin menunaikan solat maghrib. 
Alangkah terkejutnya aku . Semasa aku menoleh ke sebelah kiri apa yang aku nampak ada 
sekujur tubuh yang mengerikan berselimut putih. Mukanya agak gelap 
sikit. Aku rasa benda ni jin perempuan la.barangkali nilah orang katakan
 namanya .Pocong….aku Nampak dalam masa beberapa saat je. Astaghfirullah
 Astaghfirullah al azim. Ya Allah.
Aku pun terus baca ayatul qur’an .Alhamdulillah tiba tiba pocong tu pun lenyap.
Selepas
 tu aku selalu memasang bacaan ayatul al qur’an yang ada dalam komputer 
dan telefon bimbitku. Alhamdulillah kuranglah sikit gangguan yang 
datang.
Pada suatu hari sekitar pukul 3 pagi aku terbangun dari tidur
 kehausan nak minum air. Dalam kegelapan malam tak pasang lampu di ruang
 tamu rumah. Aku ternampak sekujur tubuh wanita berambut panjang .rambut
 tu menutup mukanya. Berpakaian serba merah yang lusuh. Sedang duduk di 
sebuah sofa yang ada di ruang tamu.
Ya Allah . Ya Allah ..dalam hati
 aku tertanya tanya makhluk apakah ni. Biasanya yang orang Nampak 
bajunya warna putih. Tapi yang ni warna merah pulak. Tentu yang ni ketua
 dia. 
Tanpa berlengah lagi Aku pun membaca ayat ayat al qur’an . 
Tiba tiba kak pon tu pun terus lenyap.
Sejak malam tu aku sering berzikir bermohon perlindungan daripada Allah. 
Alhamdulillah sekarang ni rumah ku kurang di masuki jin kafir .
 
 
No comments:
Post a Comment