MENU| Home | Facebook

Friday 15 January 2016

suara hilaian di asrama


Sumbangan Hidayah Syibly

Assalamualaikum, buat pertama kali saya nak berkongsi sebuah kisah berkaitan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang kita kenal sebagai jin atau syaitan & ini merupakan pengalaman yang saya alami sendiri. Mohon maaf jika terdapat sebarang salah silap di sepanjang penceritaan ini. Peristiwa ini berlaku lebih kurang pada tahun 2000, ketika itu saya menuntut di Politeknik Johor Bharu, Pasir Gudang. Pembinaan institut itu sendiri diselebungi pelbagai kisah ganjil tidak kurang pula pengalaman seram pelajar2 senior yang yang menjadi bualan & diperturunkan setiap kali masuk semester baru.

Kisahnya begini, terdapat 6 buah hostel 4 tingkat & saya menghuni di salah sebuah hostel yang namanya Hi-Tech 3. Kebetulan saya dilantik sebagai ketua blok & pada malam itu blok kami mengadakan majlis makan2 di bilik aktiviti pelajar. Blok Hi-Tech 3 terdiri daripada 4 tingkat bangunan yang sangat besar & mempunyai puluhan bilik, kerana itu kami gelarnya sebagai 'Titanic'. Hi-Tech 3 hanya dihuni pelajar di aras 1 & ground Floor, sebaliknya tingkat 2 & 3 terbiar kosong tak berpenghuni sepanjang semester itu. Setiap kali waktu malam jika study di muka pintu, saya yang menghuni aras 1 tak dapat menghalang diri saya daripada tergoda untuk memerhatikan 2 tingkat atas yg kosong.Sebuah pemandangan yang mampu membuatkan bulu roma saya tegak berdiri! Sesekali terlihat kelibat susuk manusia berada di antara tiang2, sesekali terasa diperhatikan oleh 'sesuatu' dari celah2 tingkap bilik yang kosong & gelap.


Malam itu, setelah selesai jamuan saya & sekumpulan AJK blok bertugas membersihkan saki baki majlis. Setelah selesai, kami pun duduk2 di kaki lima berhadapan bilik saya sambil borak2 kosong. Macam biasa topik kegemaran penghuni hostel tatkala duduk sembang waktu malam begini tentulah kisah seram. Ketika itu kami sedang asyik bercerita tentang hantu tanpa badan yang kepalanya terapung-apung sedang 'mengganas' di kawasan taman perumahan berhadapan dengan Politeknik. Beberapa kali penduduk taman terserempak dengan objek misteri itu terapung-apung di atas bumbung rumah. Kami makin asyik berbual. Jam ketika itu melewati detik 12 malam & buat beberapa kali saya terasa angin dingin menyentuh belakang, leher & bahu saya. Serentak pada saat itu juga saya terlihat satu kilasan kain berwarna putih terbang sangat laju di ruang angkasa pergi & patah balik beberapa kali sepantas kilat. Kemudian pada aras 3 yang tidak berpenghuni, saya seolah2 terlihat satu susuk berdiri sebelah tiang memerhatikan kami yang sedang rancak berbual. Seingat saya, pada saat itu juga di antara sedar atau khayal saya terhidu bau yang wangi yg sukar saya jelaskan wanginya bagaimana. Semua itu saya alami sekilas dalam jangka masa beberapa saat sahaja. Saya memerhatikan gelagat kawan2 yang lain. Pada mulanya mereka nampak tenang2 saja seolah tak ada apa yang berlaku. Lama-kelamaan mereka kelihatan gelisah sehinggalah salah seorang dari kami yang dikenali sebagai mek memberitahu bahawa dia rasa tak sedap hati & rasa, nampak serta hidu sama sebagaimana yang saya alami. Setelah Mek membuka mulut, barulah seorang demi seorang mengaku mereka juga alami hal yang sama. Selaku yang paling senior di kalangan mereka, saya cuba berlagak tenang & memberitahu mereka supaya jangan tegur kejadian itu.

Sejujurnya saya bukanlah seorang yang berani, dalam hati ketika itu Tuhan sajalah yang tahu. Tidak pernah sepanjang hidup saya mengalami pengalaman seram sejelas itu. Saya mengajak mereka pulang ke bilik masing2 & anggap saja kejadian itu hanyalah lintasan hati dan bukannya apa2. Masing2 tidak mahu pulang ke bilik mereka
& dalam keadaan yang tegang itu kami terdengar satu suara jeritan yang sangat kuat. Tanpa fikir panjang berebut-rebut kami yang seramai 10 org tu berasak masuk ke dalam bilik. Tangan saya pantas menutup lampu & terus selak langsir tingkap mencari arah suara itu datang. Pada masa itu apa yang terlintas di fikiran saya suara jeritan itu datangnya dari blok lelaki bersebelahan blok kami. Mungkin budak-budak tu saja nak menyakat kami sebagaimana selalu. Mungkin juga suara penghuni hostel bergaduh atau tidak mustahil juga ada penghuni yang terkena histeria. Seakan rutin, tiada apa yang pelik tatkala menjelang minggu peperiksaan pasti ada yang terkena histeria. Ketika saya memerhatikan blok sebelah, amatlah menghairankan kerana saya dapati bilik mereka semua gelap & mereka juga berada di tepi tingkap memerhatikan blok kami. Situasi cemas itu berlangsung selama beberapa minit. Setelah saya amati, apa yang boleh saya katakan jeritan yang amat panjang itu seolah-olah datangnya dari kedudukan yang tinggi di tengah2 ruang langit antara blok Hi-Tech 3 & blok lelaki.

Masih terngiang-ngiang di pendengaran saya saat saya menaipkan kisah ini suara yang sangat mengerikan itu. Suara itu seolah-olah ketawa memperolok-olokkan kami, tetapi juga kedengaran seperti menjerit kemarahan tetapi juga jeritan itu kedengaran seperti mendayu-dayu kerana sedih. Itulah setepatnya yang mampu saya gambarkan jeritan yang berlangsung selama beberapa minit itu. Selepas jeritan itu berhenti keadaan sunyi sepi. Oleh kerana itu merupakan minggu peperiksaan saya lihat pelajar lelaki kembali membuka lampu & meneruskan aktiviti mengulang-kaji pelajaran seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kawan2 yang memenuhi bilik kembali ke bilik masing2 walaupun masing diselubungi perasaan seram. Saya sendirian malam itu.....dush! Teman sebilik saya mengulang kaji pelajaran & tidur di bilik kawannya di tingkat bawah. Malam itu saya dihantui jeritan yang saya dengar tadi & sukar untuk melelapkan mata.Berbungkuslah saya malam itu sambil berdoa agar malam lekas2 berlalu. Keesokkan harinya fellow yang menjaga blok kami memesan supaya tidak seorang pelajar pun membangkitkan hal itu lagi demi menjaga kenteraman hostel.

Rupa-rupanya gangguan itu tidak berakhir di situ. Sepanjang minggu itu saya sendiri mendengarnya sebanyak tiga kali. Sama mengerikan berlangsung selama 10 ke 15 minit....ketawa, marah & mendayu2 meratap kehibaan.

No comments:

Post a Comment