MENU| Home | Facebook

Thursday 14 January 2016

benda tu hisap kaki mak

Keinginan bersukaria dan menyambung pelajaran adalah impian seorang remaja perempuan ini tetapi nasibnya tidak begitu baik berbanding dengan orang lain.Dia anak kedua daripada 4 beradik.Abang Sulongnya meninggal dunia akibat kemalangan semasa umurnya belasan tahun.Jadi sepatutnya dialah menjadi tempat bergantung harap ibu bapa dan adik beradiknya namun harapan itu masih tinggal harapan; masih belum menjadi kenyataan.

Kesihatan Munirah sering terganggu, kerap dia sakit dan hospital itu sudah jadi sebahgian dari rumahnya.Pandangannya menjadi kabur kekadang berbayang-bayang dan sering jatuh dari tangga.Dia secara rutin dibawa oleh ibunya berulang alik untuk mengambil ubat dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital tetapi penyakitnya tidak nampak berkurang.Doktor pun sudah tak tahu nak bagi ubat jenis apa lagi kerana penyakitnya adalah penyakit misteri.Hanya ubat penenang menjadi makanannya.

Munirah boleh nampak hantu,boleh nampak jin,malah boleh nampak hantu yang mengigit dan menghisap darah ibunya.Dia juga boleh nampak toyol yang datang mencuri duit dirumahnya namun tidak berdaya untuk berbuat apa-apa hanya sekadar memberitahu ibunya saja.

Oleh kerana ia berlarutan begitu lama , ibu bapanya mengambil keputusan berpindah  ke rumah lain.Walaupun sudah berada di rumah yang baru , ‘benda’ yang sama masih ada, masih datang menghisap darah. Ibunya telah berjumpa dengan bomoh dan pawang malah ada diantara mereka berkata bahawa boleh melihat berbagai perkara ghaib itu suatu anugerah.Samada ibu bapanya percaya kepada dakwaan itu tidak dipastikan tetapi mengikut percakapan ibunya seolah-olah mempersetujui dengan apa yang dikatakan.

Kini umur Munirah sudah lewat usia 20’an tetapi dia tidak dapat menyambung belajar lagi kerana masaalah yang dihadapi.Lebih menyedihkan lagi , kedua ibu bapanya lebih percayakan kepada bomoh dah pawang dari berubat secara rawatan Islam. Mereka tidak menunjukkan kesungguhan apabila disarankan untuk menggunakan kaedah menepati hukum. 

Jikalau mereka terus berjumpa dengan bomoh dan pawang , keadaan Munirah tidak mungkin akan sembuh.Jika ada kesembuhan pun  ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.Ibarat basuh berak dengan air kencing , penyakit akibat dari tindakan hantu dan jin diubati pula dengan hantu dan jin.Maka masaalah tidak akan selesai malah berpanjangan dan berlarutan. Apa yang dirisaukan adalah Munirah sendiri,ibunya atau mungkin adik perempuannya terus di’gomoli’ oleh makhluk laknat itu. Hampir keseluruhan badan ibunya penoh dengan kesan lebam-lebam. Adakah mereka merelakan keadaan ini berlaku berterusan?

credit: http://duniaseram.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment