Bismillahirrahmanirrahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Cuba tonton video ini tentang satu kejadian melibatkan janazah seorang remaja yang digali semula hanya selepas beberapa jam dikebumikan dan saksikan kesan 'azab kubur' pada jasadnya?
Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Ini adalah bacaan talqin bilamana kita sudah dikuburkan nanti, Insya Allah.
Wahai (simati) bin (nama ibu), wahai (simati) bin (nama ibu),wahai (simati) bin (nama ibu), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai (simati) bin (nama ibu), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai (simati) bin (nama ibu), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka akan bertanya (soalan bocor) :
- Siapakah Tuhan kamu?
- Siapakah Nabi kamu?
- Apakah agama kamu?
- Apakah kiblat kamu?
- Siapakah saudara kamu?
- Apakah pegangan iktikad kamu?
- Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
- Allah Taala Tuhanku,
- Muhammad Nabiku,
- Islam Agamaku,
- Kitab suci Al-Quran ikutanku,
- Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
- Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
- bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".
Wahai (simati) bin (nama ibu) tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai (simati) bin (nama ibu), bahawasanya:
- mati ini adalah benar,
- soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
- bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
- berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
- dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
- minum di kolam air nabi adalah benar,
- ada syurga dan neraka adalah benar.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati :
185.Qullu nafsin itzha-iqatu almawti wa-innama tuwaffawna ojoorakum yawma alqiyamati faman zuhziha AAani alnnari waodkhila aljannata faqad faza wama alhayatu alddunya illa mataAAu alghuroori185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
185. Every soul shall have a taste of death: And only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. Only he who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): For the life of this world is but goods and chattels of deception.
http://www.sacred-texts.com/isl/quran/00319.htm
Malaikat Mungkar dan Naqir tidak akan bertanya :
- Kamu ini Melayu ke Mamak?
- Kamu ini China ke India?
- Kamu ini Tuanku ke Tengku?
- Megat ke Raden?
- Tun ke Tan Sri?
- Dato Paduka ke Dato Seri?
- Kamu ni UMNO ke PAS?
- Kamu ni PKR ke AKIM?
- Kamu ni oghe Kelate ke orang Perak?
- Kamu ni naik Mercedes ke Camry?
- Kamu ni orang Barisan ke Pakatan?
- Kamu ni itu ke ini?
Kita tidak akan disoal tentang siapakah kita?
Yang sudah pasti adalah kita kan disoal tentang apa yang ditulis di atas dan saya terbitkan semula disini:
- Siapakah Tuhan kamu?
- Siapakah Nabi kamu?
- Apakah agama kamu?
- Apakah kiblat kamu?
- Siapakah saudara kamu?
- Apakah pegangan iktikad kamu?
- Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
No comments:
Post a Comment