Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan menjadi pesuruh(khadam) kepadanya melainkan dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan. Maka sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya.
Berikut adalah cara-cara untuk mengenali tukar sihir:
- Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya
- Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ketempat yang sunyi.
- Memberi azimat-azimat tertentu
- Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami
- Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor
- Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
- Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masui sinar mentari
- Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah
- Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap denganya
- Dia membaca sesuatu yang tidak difahami
- Memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan
- Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.
No comments:
Post a Comment