MENU| Home | Facebook

Thursday 19 December 2013

Mengandung Tetapi Tidak Ada Bayi

Layane Santos. Pic: www.dailymail.co.uk Layane Santos. Pic: www.dailymail.co.uk BRASILIA: Doktor melakukan pembedahan Caesarean kecemasan terhadap seorang wanita yang sarat ‘mengandung’ namun terkejut apabila mendapati rahimnya kosong.
Wanita berusia 37 tahun itu dirawat bidan dari Cabo Frio sejak awal kehamilannya sebelum dibawa ke hospital selepas merasa sakit bersalin, kelmarin. Dia yang kelihatan sarat mengandung turut membawa bukti rawatan pranatal yang mengatakan kandungannya berusia 41 minggu.
Pengarah hospital berkenaan Rosalice Almeida berkata, dia dihantar menjalani pembedahan kecemasan apabila doktor gagal mengesan degupan jantung bayinya.
“Disebabkan ‘kandungannya’ sudah melebihi masa, doktor berpendapat tiada masa untuk melakukan ultrasound.
“Doktor terus melakukan pembedahan namun terkejut apabila mendapati rahimnya kosong,” katanya.
Sehubungan itu, kes berkenaan direkodkan sebagai kehamilan palsu dan wanita itu dirujuk kepada pakar psikiatri.
Sementara itu, suami wanita berkenaan yang berusia 23 tahun berkata, ini kali kedua isterinya ‘mengandung’.
Menurutnya, isterinya ‘mengandung’ tahun lalu namun mendakwa anak itu meninggal dunia di hospital tanpa menunjukkan sijil kematian kepadanya.
Sebelum ini, pada Disember tahun lalu seorang lagi wanita, Layane Santos, 19, mendakwa bayi perempuan yang baru dilahirkan dicuri di hospital selepas dia tersedar daripada pembedahan Caesarean dan dimaklumkan mengalami kehamilan palsu.
Layane mendakwa dikejarkan ke hospital pada usia kandungannya 38 minggu selepas mengalami sakit perut dan pendarahan.
Wanita itu menerima rawatan pranatal sepanjang kehamilannya, malah bidan turut merekodkan pembesaran bayinya termasuk ultrasound yang turut merakamkan degupan jantung menunjukkan dia hamil anak perempuan.

No comments:

Post a Comment