Seram! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai Tangan | Siapa yang tidak terkejut jika kita sedang melalui kawasan perkuburan tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari dalam kubur.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita dari Brazil apabila terdengar
bunyi bising dari sebuah kubur di kawasan berkenaan. Kemudian dia
ternampak tangan ‘mayat’ berkenaan melambai-lambai ke arahnya. Sejurus selepas itu, niat untuk melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terbantut apabila mengalami ketakutan yang amat sangat. Wanita itu juga bergegas membuat laporan polis setelah melihat kejadian tersebut.
BRAZIL – Seorang wanita yang melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terkejut selepas melihat `mayat’ hidup yang melambaikan tangan kepadanya dari dalam kubur.
Jelas wanita berkenaan, dia amat terkejut selepas mendengar bunyi bising di kubur bersebelahan.
“Saya amat takut kerana menyangka melihat
hantu yang cuba keluar dari dalam kubur dan melambai serta menggerakkan
tangannya untuk membolehkan dia keluar dari situ,’’ katanya yang enggan
namanya didedahkan.
Wanita itu berkata, dia kemudiannya berlari sambil menjerit, namun kembali semula ke kubur itu untuk memeriksa keadaan kubur berkenaan.
Selepas mendapati mayat itu adalah seorang manusia yang masih hidup, dia bertindak memanggil ambulans.
Pada mulanya, kata wanita itu, polis tidak percaya akan laporan yang dibuatnya dan dia dituduh membuang masa mereka dengan membuat lawak bodoh.
“Polis berulang kali bertanya pada saya adakah saya serius dan adakah ini satu jenaka,’’ katanya.
Selepas gagal meyakinkan pihak polis, dia
kemudiannya meminta penjaga kubur supaya memberitahu polis bahawa
laporan yang dibuatnya itu adalah betul.
Susulan itu, pasukan menyelamat
digegaskan ke situ dan mereka menyelamatkan lelaki itu yang sebahagian
besar badannya sudah tertanam dalam tanah.
Mangsa kelihatan tidak bermaya namun masih bernafas.
Polis percaya lelaki itu mangsa
dalam satu pergaduhan sebelum penyerangnya mencampakkannya dalam lubang
kubur yang kosong kerana menyangka dia sudah mati.
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana penyerang tidak sempat menimbun habis tanah di kubur berkenaan.
No comments:
Post a Comment