Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur
singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak
iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi
ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk
ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik
dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam
botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut
orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya
supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.
Jam di dinding berdenting menandakan
12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai
mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya
tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut
pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari
makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur,
tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara.
Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku
sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.
Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap
dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke
arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola
api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan.
Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah,
mulutku mula membaca ayat Al Quran.
Pontianak itu tiba-tiba berlalu,
menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah
duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu
pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa
ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu
ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap
penjuru dan tingkap di rumahku.
Oleh sebab itulah pontianak itu tidak
boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan
ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan
disemua tingkap.
Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan
hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak
abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di
hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak
henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi
pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian
malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.
Sumber : Misteriousgrapersz
No comments:
Post a Comment