MENU| Home | Facebook

Monday 9 May 2016

melihat syurga di bulan puasa

sempena bulan puasa yang sudah menghampiri kita ini saya teringat cerita seseorang yang berlaku pada bulan puasa yang lepas..

ceritanya berlaku apabila pertengahan bulan puasa di waktu malam, ketika sedang tidur beliau menyatakan yang beliau tersedar dari tidur apabila terasa diri nya diangkat tinggi keudara.

bila ia memandang dia ternampak empat orang lelaki yang berpakaian putih sedang menjulang beliau keudara, dua orang di bahagian kaki dan dua lagi di bahagian bahu. bila ia memandang ke atas kelihatan seolah olah beliau melihat syurga.

menurut beliau apa yang dia nampak adalah sungai yang mengalir dalamnya susu, bunga bungan yang cantik dan warnanya belum pernah kelihatan di bumi serta ramai wanita yang cantik-cantik melambai lambai ke arahnya.

persoalannya adakah apa yang beliau nampak itu adalah syurga?
atau beliau hanya bermimpi?
dan siapakah empat orang lelaki berpakaian putih tersebut?
adakah ia malaikat?
adakah ia jin islam ataupun adakah ia hanyalah tipu helah jin kafir yang terlepas dari ikatan?

persoalannya hanya boleh terjawab oleh seorang yang betul-betul pakar dalam bidang ini..

jika betul gambaran tersebut adalah syurga sebenar milik Allah...maka sungguh beruntung lah saudara kita itu...

No comments:

Post a Comment