MENU| Home | Facebook

Thursday 8 September 2016

pengalaman di tempat2 seram di malaysia



Bila cerita tentang tempat-tempat menyeramkan, mesti korang terfikir kejadian lampau yang menyebabkan kejadian seram ini wujud, betul tak? Hari ni, MiG Online nak share sikit antara pengalaman ngeri 5 tempat paling seram di Malaysia yang korang kena tau. Jom kita intai satu persatu tragedi kejadian aneh sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan orang ramai.

1. Highland Tower



Highland Tower adalah sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Dan yang menyedihkan hanya segelintir saja mayat yang dijumpai. Selebihnya masih terkubur di sana dan dikatakan tempat ini mempunyai sesuatu kejadian misteri hingga ke hari ini.

Antara kisah yang MiG Online kongsi, ada seorang pemandu teksi yang mahu pulang ke rumahnya di Gombak, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi. Tiba-tiba teksinya ditahan oleh seorang wanita. Kerana kesian tengok wanita tu, pemandu teksi pun buat keputusan untuk menghantar wanita tersebut pulang.

“Cik hendak ke mana?”, tanya pemandu teksi itu dengan sopan.


“Saya hendak balik kerumah,” wanita tersebut menjawab dengan kepalanya tunduk kebawah.


“Saya boleh hantarkan jika cik mahu”, pemandu teksi itu menawarkan perkhidmatan teksinya, walaupun dia begitu keletihan ketika itu.

“Dimana rumahnya?”

“Di Taman Hill View, Higland Tower”.

Pemandu teksi tadi teringat peristiwa runtuhan bangunan disitu dan merasa ada sesuatu dengan yang tak kena dengan wanita itu. Pelbagai persoalan timbul difikirannya, siapa wanita ini? Masih ada lagikah penghuni yang belum berpindah? Jika ada pun, berani betul wanita ini tinggal disitu kerana sudah pasti kawasan itu sudah tidak selamat lagi untuk dihuni. Pemandu teksi itu terus bertanya kepadanya setelah sampai ke destinasi,

“Cik masih tinggal disini ke?”

Wanita itu terus menjawab,

“Masa bangunan tu runtuh, saya ada didalam, dan kedua-dua kaki saya telah putus. Cuba abang tengok kaki saya ni, kudung dan berdarah”.

Pemandu teksi itu tidak mahu melihatnya, tetapi kepalanya tetap menoleh ke belakang di kerusi penumpang dan dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, kedua-dua kaki wanita itu memang kudung dan dipenuhi darah. Lututnya lemah, kakinya tidak bermaya lagi untuk menekan pedal minyak. Dia hanya mampu memandang dan terkaku apabila wanita itu membuka pintu teksi dan turun sambil merangkak menuju ke arah runtuhan bangunan tersebut sehingga wanita itu hilang dari pandangan matanya.


2. Banglo Mona Fandey



Banglo yang menyimpan seribu satu rahsia disebalik kejadian yang menggemparkan tanahair. Mona Fandey seorang penyanyi, dan mengikut rekod, dia dan suami adalah pengamal ilmu-ilmu sihir. Mereka terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang. Pembunuhan ngeri itu dilaporkan mereka telah mengerat mayat sehingga menjadi 18 kerat dan di tanam di sebuah rumah kosong di kampung berkenaan.

Cerita ini bermula, seorang penduduk menunjukkan laluan ke arah rumah Mona Fandey,

“Kami anggap mereka yang datang itu hanyalah golongan penagih dadah atau pemuja nombor ekor kerana orang biasa tidak akan ke situ pada tengah malam.

Menurut Abdul Hadi, walaupun cerita kes pembunuhan ngeri itu telah menjadi sejarah, suasana di kampung tersebut mengalami perubahan mendadak selepas setahun kemudian.

“Dulu kami tidak kisah hendak keluar malam untuk ke mana-mana tanpa ada halangan dan kenderaan pun banyak yang keluar masuk walaupun hari telah gelap.

“Sekarang senario begitu sudah tidak wujud lagi malah sebelum pukul 5 petang lagi, kampung ini sudah sunyi sepi dan anak-anak pun tak dibenarkan bermain di luar rumah,” ceritanya yang tinggal selang tiga pintu dari rumah tinggal tersebut.

Kes pembunuhan ngeri itu telah menjadikan kampung tersebut dikenali ramai ekoran liputan meluas yang diberi oleh pihak media.

3. Lebuhraya Karak



Pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya yang melalui lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali menyebabkan kemalangan yang meragut banyak nyawa. Sehingga kini Lebuhraya Karak masih menjadi misteri kepada pengguna lebuhraya itu.

Cerita tentang Highway Karak pula, ada seorang pemandu bas disitu pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke Bentong lebih kurang pukul 9 malam, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi. Seperti biasa konduktor bas membeli tiket. Riuh rendah la dalam bas tu sebab ramai penumpang. Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung. Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?

4. Villa Nabila



Villa Nabila adalah sebuah bangunan misteri di Pantai Lido, Johor Bahru yang telah lama menjadi bualan masyarakat. Villa Nabila dikatakan sebuah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut didakwa mati dibunuh di rumah tersebut. Sehingga kini banglo tersebut masih menyimpan pelbagai kisah yang menyeramkan penduduk di sekitarnya.

Tentang Villa Nabila ni ada banyak versinya. Tetapi versi yang kebiasaan didengar, mengisahkan sebuah keluarga mendiami villa ini sewaktu 70 an dahulu. Keluarga tersebut golongan berada dan mempunyai anak bernama Nabila. Sehinggalah satu ketika setelah Nabila mewarisi harta peninggalan bapanya, ibu tirinya iri hati dan membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding. Ibu tirinya melarikan diri bersama harta tersebut. Sehingga sekarang dimana mayat Nabila masih menjadi satu tanda tanya kepada masyarakat.

5. Kemayan City, Johor Bahru

Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Tempat tersebut dipercayai telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus. Kompleks tersebut juga masih utuh dan wujud sehingga sekarang kerana tidak ada sesiapapun yang mampu merobohkan bangunan misteri tersebut.

Ini pula pengalaman dan kisah benar kepada warga Singapura, mereka mengalami pengalaman yang dianggap susah diterima akal. Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai di tepi Jalan Johor Bahru- Air Hitam pada satu malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemelapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Disebabkan tarikan yang luar biasa, mereka pun singgah “shopping”di pusat membeli belah tersebut. Mereka fikir Kemayan City telah pulih dan memulakan operasi pembukaan.

Selepas berada lebih setengah jam, mereka beredar dan menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak berdekatan tidak jauh dengan pusat-beli belah berkenaan. Sungguh mengejutkan bila mereka mendapat berita yang bangunan itu masih terbengkalai sehingga sekarang. Warga Singapura tersebut macam tak percaya tapi mereka sempat periksa barang-barang yang mereka beli hanya daun-daun kering je yang ada dalam plastik. Begitulah serba sikit kisahnya.





No comments:

Post a Comment