Tahukah
 anda terdapat beberapa filem seram antarabangsa berdasarkan kisah 
sebenar? Tapi kalau anda kata filem-filem ni tak cukup seram untuk anda,
 baik fikir balik.
Berikut merupakan antara filem seram yang diinspirasikan dari kisah-kisah benar.
1. The Exorcist (1973)

Filem ini berdasarkan buku yang 
mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Roland Doe yang 
dirasuk iblis apda tahun 1949. Ianya terlalu mengerikan sehingga ada 
saksi yang menulis kisah tersebut berdasarkan kejadian.
2. The Amityville Horror (2015)

Kisah ini berdasarkan kejadian yang 
berlaku dalam sebuah rumah baru yang didiami oleh sebuah keluarga 
bernama Lutz di Amityville pada tahun 1975. Kejadian ini berlaku di 
rumah bernombor 112, Ocean Avenue.
3. The Exorcism Of Emily Rose (2005)

Filem ini berdasarkan kisah Anneliese 
Michel, remaja berusia 17 tahun yang dikatakan dirasuk oleh syaitan pada
 tahun 1968. Upacara menghalau syaitan dilakukan namun dia dikatakan 
mati selepas upacara itu selesai. Salah satu babak dalam filem berkenaan
 dikatakan merupakan rakaman asal ketika menghalau syaitan.
4. The Possession (2012)

Sebuah kotak dybukk yang dibeli melalui 
Ebay dikatakan berhantu. Sesiapa yang memilik kotak tersebut akan 
berdepan dengan benda-benda paranormal.
5. Anabelle (2014)

Anak patung tersebut dikatakan berpuaka. 
Roh budak yang mati dibunuh telah melekat pada anak patung tersebut 
sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie. Sehingga kini,
 anak patung Annabelle disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau 
disentuh oleh sesiapapun walaupun kotak tempat simpanannya. Satukejadian
 aneh berlaku kepada orang yang mengejak patungitu di muzium akan 
berhadapan dengan mereka hampir maut 
Dan cerita itu berterusan dengan anak 
patung memiliki paling menakutkan di sana dahulu. Ia juga benar bahawa 
orang-orang yang mengejek anak patung di muzium yang dihadapi hampir 
mati atau kemalangan maut. Ketakutan? Begitu juga kita
6. The Conjuring

The Conjuring menceritakan tentang pasangan penyiasat 
paranormal, Ed dan Lorraine Warren yang diminta untuk menolong mengusir 
hantu dari sebuah rumah milik keluarga Perron. Semua kisah dalam cerita 
tersebut merupakan kisah sebenar, terutama tentang boneka Annabelle pada
 awal filem tersebut.
Ed dan Lorraine Warren, pasangan suami 
isteri yang merupakan penyiasat paranormal dan menurut mereka ini kes 
ini paling sukar untuk mereka selesaikan.
 
 
No comments:
Post a Comment