Lagenda kehidupan di Planet Marikh telah dimulai oleh seorang penulis, ahli perniagaan dan juga ahli astronomi, Parcivel Lawrence Lowell.
 Lowell menyakini bahawa Planet Marikh berpenghuni setelah berjaya 
meneliti rupa bumi planet Marikh yang menyerupai sebuah terusan dengan 
menggunakan teleskop berkuasa tinggi miliknya.
Beliau yang juga menjadi perintis kepada 
penemuan planet Pluto telah mencetuskan lagenda kehidupan di planet 
Marikh sejak daripada detik tersebut. Liputan meluas media mengenai idea
 Lowell telah menyemarakkan penulis terkenal, H. G. Wells untuk 
menghasilkan sebuah novel paling terkenal pada dekadnya, War of the Worlds. Novel
 tersebut antara lainnya mengisahkan makhluk asing daripada planet 
Marikh telah menyerang bumi dan penduduknya sehingga mencetuskan 
kekacauan dan huru-hara.
Lagenda planet Marikh berterusan dan sentiasa menjadi bahan kontroversi. Pada Julai 1976, prob tanpa pemandu, Viking I telah menghantar kembali sekeping imej yang memaparkan salah satu kawasan di planet tersebut yang dikenali Cydonia Mesas.
 Imej tersebut terhasil dalam bentuk hitam putih. Apa yang mengejutkan 
mengenai imej tersebut adalah imej permukaan di Cydonia Mesas itu mirip 
kepada bentuk wajah manusia. Bagi Richard Hoagland, ia 
adalah bukti sebenar kepada kehidupan lampau di planet yang pernah yang 
mempunyai tamadun yang hebat. Ia turut disokong oleh seorang journalis, Walter Cronkite.
 Sejak daripada detik Julai 1976,  bertambah ramai penduduk dunia 
percaya bahawa planet Marikh sememangnya berpenghuni ataupun 
sekurang-kurangnya pernah dihuni oleh makhluk yang benar-benar hebat dan
 cerdik.
Akan tetapi benarkah planet Marikh 
berpenghuni atau pernah berpenghuni sebagaimana yang didakwa? Bagi 
seorang pengemar teori konspirasi, ia adalah sesuatu yang hebat yang 
diperkatakan. Akan tetapi, bagi seorang saintis, ia adalah sesuatu yang 
perlu dikaji dan diselidiki dahulu kerana bagi mereka, banyak lagi 
kawasan dan material-material daripada planet tersebut yang perlu 
diselidik untuk dijadikan asas kepada sesuatu teori.
Konspirasi melibatkan planet Marikh
Setelah isu batuan yang mirip wajah 
manusia pada tahun 1976, banyak lagi kontroversi dan misteri 
menyelubungi planet ini. Namun, ia langsung tidak meredakan lagenda 
kehidupan di planet Marikh. Ia ditambah dengan institusi yang 
bertanggungjawab dengan penerokaan luar angkasa iaitu NASA dilihat 
seperti sengaja untuk menyembunyi banyak bukti dan fakta penting 
mengenai planet Marikh.
Langit Marikh berwarna Biru?
Sekian banyak konspirasi dan kontroversi 
menyelubungi planet berwarna perang kemerah-merahan ini, namun ia tidak 
dapat dikalahkan melalui kontroversi yang telah dicetuskan oleh para 
pengkaji tegar planet Marikh apabila mereka menuduh NASA telah sengaja 
menyembunyikan fakta penting berkenaan warna sebenar langit planet 
Marikh.
Mereka mendakwa langit planet Marikh 
sebenarnya adalah berwarna biru persis langit bumi dan bukannya berwarna
 merah sepertimana yang kita ketahui pada hari ini. Ia disokong oleh 
saintis yang digelar Jet Propulsion Labaratory(JPL) yang mendedahkan 
bahawa Planet Marikh sebenarnya mempunyai langit yang berwarna biru 
sepertimana langit bumi dan ia hanya akan bertukar perang apabila 
menjelang senja dan mengalami ribut pasir yang dasyhat.! Fakta yang 
didedahkan oleh saintis daripada JPL ini telah mengoncangkan kewibawaan 
institusi berprestij seperti NASA.

Imej di Marikh yang sebenarnya. Kelihatan langit berwarna biru dan bukannya perang seperti yang sebelumnya.
Pendedahan imej beresolusi tinggi
Imej pepohon di Kutub Marikh
Tidak seperti imej yang didedahkan pada 
tahun 1976, imej yang didedahkan baru-baru ini jauh lebih jelas dan 
beresolusi tinggi. Ia sebenarnya telah membantu para pengemar lagenda 
planet Marikh untuk terus meneliti dan mengkaji setiap gambar dan imej 
yang didedahkan oleh NASA dan institusi-institusi lain. Antara imej yang
 sangat mengejutkan adalah imej yang memaparkan rimbunan hutan di kutub 
utara yang seakan-akan diselaputi oleh salji. Imej yang sangat jelas itu
 menarik minat pengemar lagenda Marikh untuk mengaitkan Marikh sebagai 
penempatan yang seterusnya jika Bumi tidak boleh dihuni lagi.
Imej Danau dan Hutan Belantara
Imej yang seterusnya pula adalah danau 
dan tasik yang seakan-akan imej yang diambil di hutan Amazon. Ia terus 
melonjakkan rasa ingin tahu ramai orang kerana danau diketahui sebagai 
punca utama air dan mineral-mineral yang diperlukan hidupan.
Imej Lautan dan Sungai Mengalir
Tidak cukup dengan itu, imej lautan turut
 berjaya dirakam oleh satelit yang mengelilingi Planet Marikh. Ia jelas 
sekali menunjukkan paras air yang membatasi tebing. Bergitu juga dengan 
imej aliran sungai yang sangat mengujakan.
Imej Tiub-tiub gergasi
Pendedahan imej yang dilakukan oleh Richard Hoagland di
 dalam laman web kelolaannya jelas menunjukkan tiub gergasi yang berada 
di Marikh. Apakah ia tinggalan tamadun lampau atau ia adalah rupabentuk 
semulajadi di Planet Marikh?

Kelihatan terusan atau tiub yang dipaparkan oleh imej dihantar oleh satelit yang mengelilingi Marikh.
Imej Fosil yang terdedah di permukaan Marikh
Teori hidupan di planet Marikh terus 
menerus menjadi pendebatan apabila banyak imej yang dihantar menunjukkan
 pelbagai bentuk fosil. Ia boleh dilihat dengan beberapa imej di bawah. 
Bandingkan dengan fosil-fosil yang berjaya ditemui di bumi. Adakah ia 
sama seperti di Marikh?
Imej Tamadun dan Bandar di Marikh
Tidak lengkap artikel ini jika tidak 
dimasukkan dengan imej yang menyerupai bandar di Planet Marikh. Pembaca 
boleh menilai sendiri beberapa imej yang dipaparkan di bawah.
Persoalannya sekarang, kenapa NASA masih 
berdalih dengan setiap bukti yang dikaitkan dengan kehidupan di Marikh. 
Apakah ia menunjukkan bahawa NASA mempunyai agenda lain yang mesti 
dirahsiakan daripada umum? Atau adakah NASA telah menemui bukti bahawa 
terdapat hidupan di Marikh namun mereka menyembunyikannya kerana bimbang
 ia akan cuba diterokai pula oleh negara-negara yang menjadi musuh 
Amerika Syarikat. Walauapapun teori yang dikemukakan, kita hanya tunggu 
dan lihat apa yang seterusnya didedahkan oleh NASA mahupun pakar teori 
dan konspirasi Planet Marikh mengenai planet yang bermisteri ini.
 









 
No comments:
Post a Comment