MENU| Home | Facebook

Wednesday, 31 July 2013

Diganggu Penunggu Rumah Banglo



Peristiwa ni terjadi pada tahun 2006 selepas beberapa bulan arwah ayah aku meninggal dunia.
pada masa tu aku rasa kehilangan dan risau dengan keadaan mak yang keseorangan di kampung,.
aku pun bertekad untuk lari dari kl dan mulakan bisnes urut di kampung,
aku menyewa sebuah rumah lot tak jauh di belakang rumah mak aku dengan penyewa sebelum tu adalah 1 keluarga hindu,
jiran sebelah plak cina dan sebelah lagi 1 keluarga hindu,
sewa rumah memang murah cuma rm250 jer sebuah rumah lot banglo yang di tinggal lebih dari 3 tahun.

masa mula2 sebelum menyewa di situ aku tengok dan lihat2 sekeliling okey aje la tapi keadaan dalam rumah mmg usang lah sebab rumah tu mmg dah lama ditinggalkan,
dalam rumah tu ada lah tinggalan penyewa lama seperti patung2 hindu dan poster2 keagamaan hindu,.

Setelah berpindah aku dan adik beradik aku pun buat lah kerja2 pembersihan yang mana patung2 hindu tu aku bagi kat jiran sebelah rumah sebab diorang pun beragama hindu dan yang mana2 poster2 keagamaan hindu tu aku bakar setelah merujuk jiran yang beragama hindu
diaorang kata boleh bakar tapi lepas bakar abu dia kasi tanam lah,.
pastu buat samak seluruh rumah sebab dikatakan penyewa sebelum ni ada bela anjing,
macam2 kerja nak buat bila pindah rumah baru ni dengan semak samun yang harus di cantas di halaman,
bawak masuk perabot2 dari kl ke rumah baru buat kerja cat mengecat dan macam macam kerja yang perlu dibuat.
tapi aku terlupa satu perkara apabila pindah rumah baru ni, aku terlupa nak buat majlis tahlil atau bacaan yassin sebab dah penat sangat kan,.

setelah penat berhempas pulas malam tu aku kepenatan jadi aku pun rasa mengantuk bila dah mengantuk aku pun rasa nak tidur jer,
aku pun tidurlah dengan nyenyak nya malam tu,
keadaan pada masa tu sunyi sepi tapi ade lah bunyi salakan anjing2 jiran2 aku,
aku dah tak hirau kan dah dengan bunyi2 macam tu sebab masa duduk di rumah lama aku di taman cahaya ampang dulu pun tiap2 malam ada bunyi salakan anjing
aku pun buat tak tau lah dengan gangguan bunyi anjing tu dan terus lena tidur dan tutup lampu segala.
malam tu aku tidur seorang diri di rumah sewa baru aku tu sebab saje je nak testing rumah baru kan,

sedang aku nyenyak tidur aku rasa badan aku di tindih sesuatu makhluk besar yang berbulu aku rasa susah nak bernafas dalam keadaan macam tu
aku terkejang aje tak boleh nak buat apa2 aku pun baca lah ayat seribu dinar empat kul dan ayatul kursi itupun hanya boleh baca dalam hati
sebab dah tak boleh nak bersuara,.
tiba tiba makhluk yang tindih aku tu pun terus beransur hilang
aku pun ubah posisi tidur aku kali ni tidur secara mengiring supaya makhluk tadi tu tak ganggu aku lagi,.
tapi belum sempat aku nak lelapkan mata secara tiba tiba,...
aku rasa belakang badan aku dibelai sesuatu dan badan aku dipeluk oleh sesuatu,
aku rasa ada makhluk lain yang tengah peluk aku, aku pejamkan mata kali ni aku boleh bersuara dan kesempatan tu aku baca ayat2 kursi dan ayat seribu dinar dan empat kul.
makhluk tu pun lesap seketika,
kali ni aku ubah posisi lagi mengiring ke sebelah lain pula, tapi sebelum aku sempat nak pejamkan mata aku lagi tiba tiba,.

makhluk tadi betul2 tunjukkan muka dia kat aku dan baring sebelah aku sambil menjelir2 lidahnya yang panjang,
kali ni aku pejam mata rapat2 tapi aku rasakan makhluk tu menjilat jilat muka dan leher aku,
kali ni aku baca lagi ayat suci yg aku tau terus makhluk tu ghaib dan tak muncul2 hingga lah ke azan subuh,
bila dah habis azan aje terus aku lari balik rumah mak aku dan sembahyang subuh kat rumah mak pas subuh baca yassin untuk bagi semangat aku tak dikacau lagi.

selepas kejadian malam tu aku dah tak berani lagi tidur sorang sorang kat rumah tu lagi,
kalau nak tidur pun aku ajak anak buah aku atau adik aku untuk teman tidur sekali..
rumah tu pun aku sewa tak lama sebab bisnes urut kat kampung kurang dapat sambutan.
orang orang kat kl je yang perlukan urut ni, aku tinggal kat rumah tu pun 3 bulan aje. sebab tak tahan anjing jiran suka ceroboh masuk rumah entah mana lubang entah dia boleh bolos,
pastu jiran yang sebelah lagi satu tu suka bawak kawan kawan dia minum air mabuk kat depan rumah dia pastu botol dibuang kat dlm longkang rumah aku,.

kejadian tu betul2 telah memberi pengajaran kepada aku jika sekiranya nak cari rumah cari lah rumah yang jiran jiran nya yang baik.
dan kena siasat dulu lah asal usul rumah tu baru boleh nak sewa.

-HM-

No comments:

Post a Comment