Wednesday, 31 July 2013
Ketika Mendalang, Saya Diganggu Penunggu Pohon Berbahasa Cina
DiGanggu Penunggu Hutan Simpan
Diganggu Penunggu Rumah Banglo
Peristiwa ni terjadi pada tahun 2006 selepas beberapa bulan arwah ayah aku meninggal dunia.
pada masa tu aku rasa kehilangan dan risau dengan keadaan mak yang keseorangan di kampung,.
aku pun bertekad untuk lari dari kl dan mulakan bisnes urut di kampung,
aku menyewa sebuah rumah lot tak jauh di belakang rumah mak aku dengan penyewa sebelum tu adalah 1 keluarga hindu,
jiran sebelah plak cina dan sebelah lagi 1 keluarga hindu,
sewa rumah memang murah cuma rm250 jer sebuah rumah lot banglo yang di tinggal lebih dari 3 tahun.
masa mula2 sebelum menyewa di situ aku tengok dan lihat2 sekeliling
okey aje la tapi keadaan dalam rumah mmg usang lah sebab rumah tu mmg
dah lama ditinggalkan,
dalam rumah tu ada lah tinggalan penyewa lama seperti patung2 hindu dan poster2 keagamaan hindu,.
Setelah berpindah aku dan adik beradik aku pun buat lah kerja2
pembersihan yang mana patung2 hindu tu aku bagi kat jiran sebelah rumah
sebab diorang pun beragama hindu dan yang mana2 poster2 keagamaan hindu
tu aku bakar setelah merujuk jiran yang beragama hindu
diaorang kata boleh bakar tapi lepas bakar abu dia kasi tanam lah,.
pastu buat samak seluruh rumah sebab dikatakan penyewa sebelum ni ada bela anjing,
macam2 kerja nak buat bila pindah rumah baru ni dengan semak samun yang harus di cantas di halaman,
bawak masuk perabot2 dari kl ke rumah baru buat kerja cat mengecat dan macam macam kerja yang perlu dibuat.
tapi aku terlupa satu perkara apabila pindah rumah baru ni, aku terlupa
nak buat majlis tahlil atau bacaan yassin sebab dah penat sangat kan,.
setelah penat berhempas pulas malam tu aku kepenatan jadi aku pun rasa mengantuk bila dah mengantuk aku pun rasa nak tidur jer,
aku pun tidurlah dengan nyenyak nya malam tu,
keadaan pada masa tu sunyi sepi tapi ade lah bunyi salakan anjing2 jiran2 aku,
aku dah tak hirau kan dah dengan bunyi2 macam tu sebab masa duduk di
rumah lama aku di taman cahaya ampang dulu pun tiap2 malam ada bunyi
salakan anjing
aku pun buat tak tau lah dengan gangguan bunyi anjing tu dan terus lena tidur dan tutup lampu segala.
malam tu aku tidur seorang diri di rumah sewa baru aku tu sebab saje je nak testing rumah baru kan,
sedang aku nyenyak tidur aku rasa badan aku di tindih sesuatu makhluk
besar yang berbulu aku rasa susah nak bernafas dalam keadaan macam tu
aku terkejang aje tak boleh nak buat apa2 aku pun baca lah ayat seribu
dinar empat kul dan ayatul kursi itupun hanya boleh baca dalam hati
sebab dah tak boleh nak bersuara,.
tiba tiba makhluk yang tindih aku tu pun terus beransur hilang
aku pun ubah posisi tidur aku kali ni tidur secara mengiring supaya makhluk tadi tu tak ganggu aku lagi,.
tapi belum sempat aku nak lelapkan mata secara tiba tiba,...
aku rasa belakang badan aku dibelai sesuatu dan badan aku dipeluk oleh sesuatu,
aku rasa ada makhluk lain yang tengah peluk aku, aku pejamkan mata kali
ni aku boleh bersuara dan kesempatan tu aku baca ayat2 kursi dan ayat
seribu dinar dan empat kul.
makhluk tu pun lesap seketika,
kali ni aku ubah posisi lagi mengiring ke sebelah lain pula, tapi sebelum aku sempat nak pejamkan mata aku lagi tiba tiba,.
makhluk tadi betul2 tunjukkan muka dia kat aku dan baring sebelah aku sambil menjelir2 lidahnya yang panjang,
kali ni aku pejam mata rapat2 tapi aku rasakan makhluk tu menjilat jilat muka dan leher aku,
kali ni aku baca lagi ayat suci yg aku tau terus makhluk tu ghaib dan tak muncul2 hingga lah ke azan subuh,
bila dah habis azan aje terus aku lari balik rumah mak aku dan
sembahyang subuh kat rumah mak pas subuh baca yassin untuk bagi semangat
aku tak dikacau lagi.
selepas kejadian malam tu aku dah tak berani lagi tidur sorang sorang kat rumah tu lagi,
kalau nak tidur pun aku ajak anak buah aku atau adik aku untuk teman tidur sekali..
rumah tu pun aku sewa tak lama sebab bisnes urut kat kampung kurang dapat sambutan.
orang orang kat kl je yang perlukan urut ni, aku tinggal kat rumah tu
pun 3 bulan aje. sebab tak tahan anjing jiran suka ceroboh masuk rumah
entah mana lubang entah dia boleh bolos,
pastu jiran yang sebelah
lagi satu tu suka bawak kawan kawan dia minum air mabuk kat depan rumah
dia pastu botol dibuang kat dlm longkang rumah aku,.
kejadian
tu betul2 telah memberi pengajaran kepada aku jika sekiranya nak cari
rumah cari lah rumah yang jiran jiran nya yang baik.
dan kena siasat dulu lah asal usul rumah tu baru boleh nak sewa.
-HM-
hidup tanpa ketakutan menurut pandangan Fr Ron Rolheiser
Dalam kehidupan ini, kita mempunyai terlalu banyak ketakutan terhadap Tuhan. Ini adalah disebabkan oleh banyak faktor, mungkin disebabkan ketakutan tidak berasas kerana pengetahuan yang cetek atau disebabkan oleh peraturan-peraturan ketat sehingga menimbulkan perasaan takut yang terlampau, atau mungkin juga terlalu takut akan pembaharuan.
Pada akhirnya, semua kita bergelut untuk mempercayai bahawa Tuhan adalah Orang terakhir yang perlu ditakuti. Namun, kita semua mempunyai sebab tersendiri dan perjuangan peribadi menghadapi ketakutan terhadap Tuhan.
Sudah tentu, terdapat perasaan takut yang baik, ia bukan sahaja rasa takut kepada Tuhan yang baik tetapi juga rasa takut kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi. Alkitab menjelaskan bahawa “takut akan Tuhan merupakan permulaan kebijaksanaan” tetapi ketakutan di dalam konteks ini bukanlah takut pada hukuman atau fanatisme.
Takut kepada Tuhan dalam erti kata yang sihat adalah berdasarkan kasih iaitu takut menjalani hidup yang bertentangan dengan semangat menghormati dan menghargai di kalangan orang tersayang. Dalam kata lain, kita takut kita melanggar batas-batas kasih yang sewajarnya.
Ketakutan seperti itu bukanlah takut kepada api neraka. Ketakutan merupakan lawan kepada iman dan timbulnya rasa takut yang tidak wajar adalah tanda ada sesuatu yang tidak kena dengan cinta kasih kita. Kita seharusnya tidak takut terhadap apa yang kita kasihi dan apa yang benar-benar mengasihi kita.
Segala elemen iman Kristian mengajak kita untuk bergerak ke arah Tuhan dengan intim, bukan takut. Malah, hampir setiap contoh di dalam Alkitab dengan nyata mengatakan Tuhan menjalani kehidupan biasa, meskipun kedatangan-Nya bermula dari pengumuman seorang Malaikat, sebuah fenomena yang luar biasa atau melalui penampilan Kristus dibangkitkan, tetapi perkataan pertama yang diucapkan, biasanya, “Jangan takut!” Ia jelas menenangkan kita, bukan memberi tekanan, kata-kata lembut dan menghiburkan ini adalah berasal daripada rasa kasih yang amat dalam.
Sambil menghayati perkara ini, saya ingin menawarkan sepuluh prinsip, semuanya berakar umbi daripada peribadi dan pewahyuan Yesus. Saya berharap, prinsip-prinsip yang saya nyatakan ini dapat membantu kita “menyucikan” imej Tuhan di dalam fikiran kita agar iman kita dapat mengusir ketakutan yang tidak wajar serta dapat menyemarakkan lagi iman kita.
Saya mulakan dengan sebuah kisah benar namun ia boleh dijadikan sebuah cerita perumpamaan untuk menyerlahkan dan mendedahkan rasa takut terhadap Tuhan yang tidak disedari. Ketakutan-ketakutan yang tidak kita sedari ini mungkin dalam bentuk takut bahawa Tuhan tidak memahami dan berbelas kasihan. Takut jika Tuhan tidak murah hati, berasa ragu jika Tuhan dapat memahami hati dan takut Tuhan tidak dapat membezakan di antara kelukaan serta kedinginan hati di antara ketidakmatangan dan dosa.
Ada juga yang berasa takut jika Tuhan hanya memberikan kita satu peluang sahaja dan takut kita tidak dapat menanggung apa-apa kesilapan atau ketidaksetiaan lagi. Takut bahawa Tuhan tidak menghormati kemanusiaan kita, bahawa Tuhan mencipta kita untuk satu tujuan sedangkan kita mahu cara lain untuk diselamatkan. Takut jika pencapaian- pencapaian kita tidak disukai oleh Tuhan dan dianggap sebagai orang zalim. Takut Tuhan tidak boleh menerima keraguan atau persoalan kita, menganggap Tuhan seperti pemimpin yang sentiasa resah. Takut jika Tuhan tidak memihak kepada kebudayaan dan intelektual dunia kita sebaliknya mahu ia diasingkan serta dilindungi seperti novis yang terlampau alim. Takut jika Tuhan kurang berminat dalam kehidupan kita, kurang prihatin akan penyelamatan dan dalam hal orangorang yang kita sayangi. Dan kita juga takut Tuhan tidak terdaya di dalam hal moral.
Berikut merupakan kisah perumpamaan. Beberapa tahun lalu, saya menghadiri majlis pengebumian seorang pemuda yang telah meninggal dunia akibat kemalangan kereta.
Pada masa kematiannya, jika dilihat pada luaran, hubungannya dengan Gereja dan beberapa prinsip moralnya juga tidak ideal: Beliau jarang menghadiri Gereja, hidup dengan teman wanitanya tanpa ikatan perkahwinan, tidak prihatin terhadap golongan miskin atau tidak bergaul dengan masyarakat, ringkasnya, beliau lebih suka hidup bersendirian.
Tetapi semua orang mengenalinya sebagai seorang yang berhati mulia dan penuh dengan sifat-sifat kebaikan. Hatinya tidak tercemar dengan sezarah niat jahatpun dan syurga akan menjadi tempat yang kurang lengkap serta kurang indahnya jika beliau tidak berada di situ.
Semasa majlis selepas upacara di Gereja, salah seorang ibu saudaranya berkata kepada saya, “Beliau seorang yang sangat baik, sekiranya saya sedang melalui pintu syurga, saya pasti akan bertemu dengan dia.” Saya bersetuju dengan wanita itu dan menambah, pasti Tuhan juga merasakan begitu kerana pemahaman dan pengampunan Tuhan mengatasi kemampuan akal fikiran kita.
Apakah sepuluh prinsip yang mengajak kita untuk mengurangi rasa takut di dalam hidup?
1. Pengetahuan dan pemahaman Tuhan mengatasi pengetahuan dan pemahaman kita sendiri.
2. Belas kasihan dan pengampunan Tuhan mengatasi rasa belas kasihan dan pengampunan kita sendiri.
3. Tuhan, menghormati alam semula jadi, sifat semula jadi manusia, cara dan kecenderungan semula jadi kita.
4. Tuhan adalah rahmat, bukan ancaman.
5. Tuhan mampu menjawab persoalan, keraguan dan kemarahan.
6. Tuhan mengetahui isi hati kita dan tahu membezakan antara kelukaan dan niat jahat.
7. Tuhan memberikan kita lebih daripada satu peluang, membuka pintu yang lain setiap kali kita menutup sebuah pintu.
8. Tuhan sentiasa mengharapkan keselamatan kita dan orang-orang yang kita sayangi lebih daripada yang kita sangkakan.
9. Tuhan adalah pencipta segala yang baik.
10. Tuhan boleh dan mampu turun ke neraka untuk membantu kita.
Sunday, 28 July 2013
Pengalaman Naik Bus Hantu di indonesia
MyMisteri Leony Li - Bagi pembaca yang suka bepergian dengan bus malam, ada baiknya untuk berhati-hati. Selain rawan kecelakaan, juga terkadang bisa mengalami pengalaman mengerikan, seperti kisah yang dialami teman kakakku, sebut saja namanya Rini.
Gadis cantik ini bekerja di pabrik tekstil di Surabaya, jauh dari kota asalnya di Banyuwangi. Sebulan sekali dia pulang mengunjungi keluarganya di banyuwangi. Kebiasaan Rini pulang dengan bus malam. Alasannya, tak suka berdesak-desakan di siang hari.
Seperti biasa, ia berniat pulang kampung. Malam itu ia menumpangi bus Kramatjati, sekira pukul 11 malam. Dia duduk di bangku kedua sebelah bapak-bapak. Tiba-tiba angin berdesir. Bulu kuduknya berdiri. Perasaan Rini mulai tak enak. Dia melihat ke sekeliling.
Wajah penumpang lainnya pucat pasi, bagai mayat. Anehnya, semua penumpang berbaju putih. Tak lama kemudian kernet bus menghampirinya, meminta ongkos. Kernet itu hanya mencolek Rini. Lalu Rini pun memberi uang 50 ribuan, dan kernet itu memberi kembalian. "Terima kasih," ucap Rini yang dibalas dengan senyuman oleh si kernet.
Setelah berjam-jam di dalam bus, akhirnya tiba juga di terminal Banyuwangi, lalu dia turun dan duduk di sebuah kursi tunggu terminal. Dia masih heran dengan kejadian yang baru dialaminya.
Seorang petugas terminal datang menghampirinya dan bertanya, "Permisi, mbak mau kemana dan darimana?" tanya dia. "Oh saya baru aja tiba dari Surabaya," kata Rini "Emang mbak naik bus apa? Dari tadi gak ada bus yang datang," kata lelaki itu dengan heran "Kramatjati," jawab Rini singkat.
Jawaban Rini ini malah membuat pria itu tercengang. Lalu pria itu menceritakan pada Rini perihal bus Kramatjati. Ternyata, sekitar pukul 7 malam di daerah Jurang Tangis, ada bus masuk jurang dan semua penumpang serta sopir dan kernetnya tewas di tempat, yaitu bus Kramatjati.
Mendengar kisah ini, Rini kaget setengah mati. Dia ambil uang kembalian yang dia dapat dari kernet bus. Ternyata tak ada uang kembalian, yang ada hanyalah kapas dan darah. Seketika itu dia pingsan tak sadarkan diri. Dia pun jera naik bus malam lagi.
busut
Assalamualaikum...
Korang pernah dengar tak pasal busut anai-anai?Busut jantan?
Busut anai-anai selalu dikaitkan sebagai tempat tinggal jin atau syaitan.
Ikut cerita orang dulu-dulu, inilah tempat manusia/harimau kerinci bertenggek bila nak bertukar bentuk dari manusia ke harimau.Aku ada pernah terbaca pasal pantang larang menembak Ayam hutan yang bertengek atas busut.Mengikut pencerita di dalam buku bertajuk " PEMBURU", dia terpaksa menembak beberapa kali sebelum dapat menumpaskan ayam hutan tersebut.Akibatnya, kalau tak silap aku(dah lama tak baca buku tu), anak lelaki dia meninggal selepas kejadian menembak ayam hutan di atas busut.
Orang-orang tua pun selalu berpesan jangan sepak busut.
Aku pernah terbaca artikel yang orang dulu-dulu hantar 'ancak' ke busut jantan untuk diberi makan pada Lembaga Hitam...
PERSOALANNYA..Kenapa busut banyak dikaitkan dengan kisah-kisah misteri?Apa yang ada pada Busut tersebut sehinggakan Mahkluk Tuhan tersebut menjadikannya tempat persinggahan?Dan apa perbezaan diantara busut dan busut jantan?:hmm:
Kalau ada diantara forumer yang pernah terdengar cerita atau pengalaman sendiri tentang busut boleh berkongsi bersama.
Friday, 26 July 2013
Hantu Tak Berkepala
Hantu Tak Berkepala (Kisah Seram)
Bermulanya cerita ini dari kawan saya yang bernama Maslinda. Dia selalu ceritakan yang tempat kawasan rumahnya itu keras. Ianya terletak di kawasan Clementi. Bila saya dengar, saya mentertawakan dia. Saya kata, "Mestilah keras kerana kawasan yang kamu jalan semuanya batu..." Lalu kawan2 saya yang lain pun sekaki ketawa.
Pada malam itu saya terjaga sekitar waktu satu pagi kerana saya hendak buang air kecil. Selalunya kebiasaan saya, bila waktu malam saya hendak ke tandas, saya suka jenguk2 ke luar tingkap. Sebelum saya ke tandas, saya terlihat benda hitam di bawah blok sebelah. Benda hitam itu betul2 menghadap ke arah tingkap saya. Ia sedang duduk di bangku bulat di bawah blok .Tapi saya tak rasa takut pun kerana bawah blok itu terang. Saya pun masuk ke tandas.
Selepas keluar dari tandas, saya rasa tak puas hati. Saya pandang lagi benda hitam itu. Pandang punye pandang, rupanya benda hitam itu berpakaian Cheongsam Cina, tapi tak berkepala. Benda hitam itu duduk macam wanita tertib. Tangannya diletak di atas lutut dan tubuhnya menghadap betul2 ke arah tingkap saya berdiri. Saya baca macam2 ayat pun tak jalan2. Saya terus masuk bilik dan tidur.
Keesokan harinya saya ceritakan apa yang terjadi kepada bapa saya. Saya ceritakan yang makhluk hitam itu berpakaian seperti Cheongsam Cina. Bapa saya mentertawakan saya pula. Dia kata saya baca macam2 ayat tapi makhluk hitam itu tidak takut kerana makhluk hitam itu mungkin hantu Cina bukan hantu Melayu. Dah terkena balik!!!
Rupanya blok itu sudah empat kali orang terjun diri dan semuanya orang Cina. Bila saya dah tahu terus saya demam selama empat hari. Ia satu pengajaran untuk saya agar jangan ketawakan orang lain, kalau tak, diri sendiri yang terkena dan merana.
Terima kasih,
Dina
hantu budak lidah hijau
gambar ni amik sekitar tahun 2008 masa wa skolah asrama dekat melaka.ni gambar barbeque lepas amali sembelih ayam (petang) sebelum barbeque(malam). lu perati ada lembaga belakang ustaz wa yang pakai baju celcom tu. setahu wa memang tak ada member wa muka cenggitu. dekat mulut lembaga tu ada warna hijau. nampak gaye macam budak kecik.
Rupa gambar hantu ni memang macam budak kecik. Kalau nak kata budak tu dukung belakang brader tu pun tak logik jugak. Ini memang kes hantu menumpang dalam gambar. Klik untuk dibesarkan dan terserah kepada anda untuk menilainya.
Terima Kasih kepada Afiq
http://gambarhantu.blogspot.com/2010/05/gambar-hantu-lidah-hijau.html