MENU| Home | Facebook

Saturday 6 February 2016

bacaan untuk mengelakkan santau

DALAM sebutan rumi :
” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “

Ertinya :

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”

bacalah sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Santau ini ada 2 jenis. Ada yang dipanggil santau angin iaitu santau yang dihantar melalui angin dengan menggunakan khidmat jin. Satu jenis lagi ialah santau yang diletakkan ke dalam makanan mangsa.

Apakah yang dipanggil santau ini? Ia adalah sejenis racun yang ramuannya dibuat daripada bahan-bahan yang berbisa dan kotor yang diserrtai dengan pemujaan syaitan ataupun jin. Mangsa yang terkena santau selalunya dibinasakan dengan perlahan-lahan samada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan di dalam ramuan santau ialah:
1. Bahan Bisa yang boleh diperolehi daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Santau ini jika tidak disedari dan lambat dirawat, mangsa boleh menemui ajal ataupun menderita sakit yang teruk. Keadaan penyiksaan sebeginilah yang diingini oleh penghantar santau untuk membalas dendam.
Hukum pengamal santau ini adalah syirik dan berdosa besar.

No comments:

Post a Comment