Usahasama dengan Charles Alma Baker ternyata begitu menjadi, beliau berjaya mendapatkan 200 ekar tanah di Batu Gajah untuk diusahakan. William memilih untuk mengusahakan tanaman kopi mulai tahun 1896, namun ianya tidak bertahan lama kerana pasaran untuk kopi malaya telah merosot akibat kemunculan kopi dari Brazil yang sangat popular. William kemudiannya telah menggantikan tanaman kopi beliau dengan getah, ianya dianggap tindakan yang bersesuaian pada ketika itu kerana getah sangat diperlukan sebagai bahan mentah dalam pembuatan tayar pneumatik. Industri pembuatan kenderaan yang sedang meningkat naik di eropah menyebabkan permintaan terhadap getah menjadi tinggi dan lumayan. Ladang getah seluas 144 ekar itu diusahakan bersama rakan kongsi beliau, Alma Baker (Berita Harian, 17 September 2008),William Kellie Smiths akhirnya berjaya membeli sebuah ladang di kawasan Batu Gajah, estet berkenaan kemudiannya dinamakan Ladang Kinta Kellas. Selain itu, William Smith turut mengusahakan syarikat perlombongan bijih timah yang dinamakan Kinta Kellas Dredging Company. Menurut (Dr. Ho Tak Ming, 2007 ) , pada tahun 1903, William Smith terpaksa pulang ke Scotland bagi melawat ibu beliau yang sedang nazak, dalam perjalanan pulang inilah beliau bertemu bakal isterinya, Agnes. Setelah kembali semula ke Malaya, William telah menambah nama “Kellie” pada nama beliau, dan mahu dikenali sebagai William Kellie Smith. Nama “Kellie” adalah bersempena nama ibunya selain mengahwini Agnes. Agnes merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau, Agnes dikatakan bakal mewarisi dana sebanyak 300,000 pound.
Mendiang William Kellie Smith ( 1870 - 1926) - Gambar ihsan Lamography.com |
Karenah Agnes
Setelah mengahwini Agnes, William tinggal di rumah beliau yang telah dibina di kawasan ladang miliknya, rumah berkenaan dinamakan Kellas House. Kellas House dibina dari kayu, lalu dalam cuaca tropika, pada ketika suhu panas, suhu dalam rumah turut menjadi tinggi. Suhu yang panas sangat tidak menyenangkan Agnes, beliau tidak sukakan Kellas House dan mengindamkan sebuah rumah yang lebih sesuai. Sewaktu mengandungkan Helen, Agnes telah menyuarakan hasrat tersebut kepada William. Sudah menjadi kelaziman keluarga elit dari eropah pada ketika itu,untuk lari dari cuaca panas, mereka akan berkunjung ke Bukit Maxwell di Taiping atau Bukit Kledang di Menglembu, Ipoh.
Menyedari situasi kewangan beliau yang baik, William setuju dengan cadangan isteri beliau, tambahan pula isterinya itu bakal mewarisi dana sebanyak 300,000 Pound sterling yang dianggap lebih dari cukup untuk membiayai rumah idaman mereka. Setelah Agnes melahirkan anak sulung mereka Helen pada 1904, William tanpa lengah lagi terus mengusahakan pembinaan kediaman baru mereka. Dalam tahun yang sama, William telah berurusan dengan sebuah firma kewangan dari Singapura untuk memperolehi dana pendahuluan sebanyak 24,000 pound setahun selama 3 tahun. Pembiayaan kewangan ini dikatakan untuk pembangunan ladang milik beliau disamping pembinaan rumah baru keluarga tersebut, pembayaran balik atas dana pendahuluan tersebut akan dilunaskan sebaik sahaja pemegang amanah perniagaan keluarga Agnes melepaskan dana yang diamanahkan kepada mereka.
Masalah kewangan rencatkan proses pembinaan
Setahun selepas perancangan pembinaan dibuat, William telah menerima berita yang kurang menyenangkan, pemegang amanah dana milik isterinya telah memaklumkan bahawa dana berjumlah 300,000 pound itu hanya akan dilepaskan dalam tahun 1908. Tambah menyulitkan lagi, firma kewangan dari Singapura yang menyediakan dana pinjaman kepada william turut mengalami nasib malang, mereka terpaksa menghentikan pembiayaan kepada William kerana firma itu sendiri mengalami kegawatan ekonomi kesan prestasi perniagaan mereka yang teruk di Indonesia. Untuk keluar dari kemelut kewangan ini, William telah meminta Agnes menulis surat kepada kerajaan kolonial untuk memohon dana bantuan sebanyak 50,000 pound. Permohonan tersebut diterima, tetapi dengan nilai separuh dari yang dimohon, sebelum dikurangkan lagi, akhirnya nilai akhir yang setuju dipinjamkan oleh kerajaan kolonial kepada Agnes adalah sebanyak 10,000 pound. Karenah pemerintah kolonial yang dikatakan skeptikal terhadap keupayaan Agnes membayar balik pembiayaan yang dimohon telah mencabar William untuk meneruskan juga pembinaan kediaman baru mereka.
Kesempitan kewangan ini menyebabkan William terpaksa menjual 2/3 kawasan ladang milik beliau bagi tujuan pembayaran balik dana yang dipinjam. Malang kemudian berkunjung lagi, kali ini permit konsesi milik William melalui aktiviti perlombongan bijih timah telah ditamatkan selain kehilangan ternakan kuda dan lembu akibat wabak penyakit.
Dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu
Ciri-ciri senibina yang terdapat pada bangunan sekretariat kolonial di Kuala Lumpur turut diselitkan, bagi mengatasi masalah suhu panas dalam rumah yang menjadi isu kepada Agnes, William menggunakan dinding batu yang tebal, selain laluan berkoridor yang akan membantu pengudaraan yang baik. Intana Kellie sebenarnya pernah mendapat liputan sebuah akhbar inggeris di London, iaitu London Financier pada 15 September 1911. Menurut laporan akhbar berkenaan, istana kellie dianggap unik dari sudut rekabentuk binaan serta keluasannya.
Istana Kellie dari seberang Sungai Kinta. |
Penulis bersama anakanda Ziyad di bahagian atas Istana Kellie. |
Penulis di koridor Istana Kellie. |
Bilik Khas yang dipercayai untuk menyimpan minuman keras. |
Ukiran pada dinding salah satu bilik di Istana Kellie |
Bingkai serta daun tingkap yang diperbuat dari kayu cengal |
Lubang udara dari terowong yang menghala ke Kuil Sri Mariamman |
Meskipun masalah kewangan dapat diatasi oleh William, proses pembinaan kediamannya kali ini diancam pula dengan krisis perang dunia pertama yang berlaku di eropah. Bekalan bahan mentah dari luar negara melalui jalan laut menjadi sangat lambat, sementara kos perdagangan cara darat meningkat berkali ganda kosnya. William sangat terdesak untuk menyiapkan segera kediaman tersebut, tambahan pula Agnes telah melahirkan anak kedua mereka, Anthony.
Kematian William Kellie Smith
Pembinaan istana terbengkalai
Setelah kematian suaminya, Agnes telah meninggalkan Malaya, sebelum itu beliau telah bertindak menjual segala harta milik mereka, termasuk Istana Kellie (NST, 27 Mei 2008). Ladang milik Kellie telah dijual kepada Syarikat Harrisons and Crosfield. Syarikat yang mulai mengambil alih ladang berkenaan ternyata tidak berminat dengan projek istana tersebut, lalu pengarahkan pembinaanya tidak diteruskan dan dibiarkan begitu sahaja, maka pembinaan istana Kellie terhenti pada tahun 1926.
Waris William Kellie Smith
Tidak dapat dipastikan sama ada pernah ada usaha untuk menjejaki waris William Kellie Smith, namun berdasarkan rekod, anak lelaki beliau, Anthony William Kellie-Smiths pernah berkhidmat dalam pasukan tentera British sewaktu perang dunia ke2, Anthony kemudiannya terbunuh pada 9 Jun 1942, pada ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Hasil semakan daripada laman web “The Peerage : A genealogical survey of the peerage of Britain as well as the royal families of Europe”
( http://www.thepeerage.com/) , keturunan William Kellie Smiths yang seterusnya ialah cucu beliau, David Anthony Kellie-Smith yang dilahirkan pada 4 jun 1940, serta dua orang cicit, iaitu Samuel Anthony Kellie-Smith ( dilahirkan pada 12 May 1966) dan Owen William Kellie-Smith ( dilahirkan pada 20 julai 1968), jurai keturunan ini adalah daripada anak lelaki beliau, Anthony, sementara jurai keluarga dari sebelah anak perempuan Smith, Helen tidak dapat dikesan.
Antara sudut Istana yang gagal disiapkan |
Terbengkalai.... |
Roh William Kellie menjaga istananya
Roh William Kellie Smith juga dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya itu.(NST, 27 Mei 2008). Ketika ditemuduga dalam satu rancangan dokumentari, Tajuddin Yaakob, Pengarah Aqfast Enterprise, iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Istana Kellie turut berkongsi kisah misteri. Beliau merujuk peristiwa dimana sekumpulan ahli naturalis saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada waktu malam di kawasan berkenaan. Sekitar tengah malam, setelah selesai mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan tersebut dikatakan telah terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki bangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di Istana berkenaan, lembaga tersebut dipercayai roh William Kellie Smith.
Di koridor inikah Roh William Kellie Smith dikatakan dilihat merayau-rayau ? |
Adakah di bilik ini "lembaga budak perempuan" itu muncul ? |
Disinikah lokasi Pak Naman diganggu Langsuir ? |
Seram...Istana Kellie dalam tahun 1970. (Gambah Ihsan NST) |
Indah...Istana Kellie dalam tahun 2012 :credit |