**Bahan di bawah dikarang oleh salah seorang yang merupakan bekas pelajar UiTM Lendu, Melaka.
Tidak sangka nama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Lendu, Melaka 
tiba-tiba menjadi popular bukan sebab kisah pelajanya mencipta rekod 
bersejarah atau sebagainya, tetapi kisah hantu!
Sebenarnya, kisah Uitm Lendu berhantu sudah wujud sejak sekian lama 
lagi, tapi tidak sangka ia mendapat perhatian luas sejak malam tadi 
apabila terus trending di Twitter.
Terus terang penulis katakan, kejadian pelajar dirasuk, 
histeria atau sasau (menjadi gila) memang benar-benar berlaku dan ia 
bukan cerita dongeng.
Penulis yang pernah menuntut di sana selama tiga tahun turut pernah 
berhadapan dengan situasi begini, tetapi bukan penulis dirasuk 
sebaliknya kawan terdekat.
Sepanjang belajar di sana, hampir dua atau tiga bulan sekali ada saja pelajar yang akan terkena penyakit rasuk ini.
Mereka yang dirasuk ini memang mempunyai kuasa luar biasa, dengan tiba-tiba akan menjadi kuat dan sukar dikawal.
Percakapan pula ada yang boleh difahami dan ada pula yang sepatah apa pun tak faham.
Antara kata-kata yang dikeluarkan pelajar itu adalah ‘Jangan 
ganggu tempat aku!’, ‘Jangan baca (Yassin) aku panas’, ‘Kau banyak 
dosa’,  dan ‘Dia ada dekat situ’.
Lebih teruk ada yang meracau sampai nak terjun dari tingkat 
empat kolej kediaman, mujur ada kawan-kawan lain yang mengawal keadaan.
Pasal pelajar berlari-lari dari satu tingkat ke satu tingkat pernah 
juga penulis dengar, tapi penulis tidak melihat dengan mata sendiri jadi
 agak sukar untuk mengambarkan keadaan pada masa itu.
Sementara itu, kejadian pelajar diirasuk akan berlaku sekitar waktu 
peralihan masa seperti waktu Zohor, Maghrib dan pukul 12 tengah malam 
serta ia memakan masa hingga berjam lamanya untuk pelajar berkenaan 
pulih.
Sampaikan ada di antara pelajar-pelajar lain sudah lali dengan keadaan ini.
Dah tahu dah bila dengar ada orang kena rasuk, mereka (pelajar) 
dengan sendiri akan ambil air sembahyang dan baca Yassin di ruang tempat
 tinggal masing-masing.
Pernah pada satu ketika, seorang pelajar perempuan di 
tinggkat atas kolej terkena rasuk, tidak semena-mena ia berjangkit pula 
ke tingkat bawah!
Kemudian seorang lagi pelajar turut disampuk sama, menjadikan
 jumlahnya tiga orang! Bayangkan pada ketika itu keadaan punyalah tidak 
terkawal.
Dengan ada pelajar yang lemah semangat dengan tiba-tiba pengsan. Itu belum lagi ada yang menangis ketakutan.
Sampaikan pada satu tahap Yassin dan bacaan doa terpaksa 
dibuat di Masjid Al-Hikmah, Uitm supaya bacaan itu dapat berkumandang di
 seluruh Uitm.
Ada juga pada satu tahap, yang pelajar kena rasuk itu tidak dapat dipulihkan dan dia terpaksa dibawa pulang ke rumah ibu bapa.
Menurut cerita pelajar senior yang terlebih dulu tinggal di sana, 
terdapat sebuah tangki air yang terletak di atas bukit berhampiran kolej
 kediaman perempuan, mereka berkali-kali berpesan agar tidak menjejakkan
 kaki ke sana.
Malah, penulis sendiri pernah dengar dari mulut Ketua Residen Kolej sendiri tentang amaran berkenaan.
Tetapi biasalah, pelajar degil. Lagi cakap jangan pergi, lagilah perasaan ingin tahu itu membuak-buak.
Bukannya apa, kawasan atas bukit itu terpencil, biasanya tempat 
terpencil dan tidak didiami manusia akan didiami oleh siapa? Tentunya 
jin, iblis dan makhluk halus lain.
Selain itu, ada juga amaran mengenai jangan berjalan di tepi tasik 
Tun Fatimah yang menghubungkan antara kolej dan kelas pada waktu senja.
Mereka kata, Tun Fatimah suka berjalan pada malam hari untuk ambil 
angin! Tetapi tentang cerita tasik itu penulis tidak tahu sejauh mana 
kebenarannya, tak usahlah percaya seratus peratus.
Tetapi, kadang-kadang pelajar tak boleh mengelak daripada melalui 
tasik itu terutamanya apabila ada kelas malam atau kelas habis sekitar 
pukul 7pm.
Ustaz di Uitm, Lendu pernah berkata, makhluk halus suka pada orang 
yang lemah. Lagi-lagi pada masa minggu peperiksaan, semasa tu semua 
tengah stress dan berfikiran serabut.
Jadi masa tulah yang digunakan untuk masuk ke dalam tubuh manusia.
Lagi satu, perkara dirasuk ini sering berlaku kepada pelajar 
perempuan terutamanya apabila mereka datang bulan (period). Pada ketika 
itu, badan kotor dan hormon tidak stabil.
Jadi makhluk halus ini akan cuba mengambil kesempatan.
Pada pendapat penulis, ikut sajalah nasihat daripada orang yang lebih
 lama duduk di sana. Kalau orang dah kata jangan tu, ikutkan saja, ia 
bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini.
Apa-apa pun sentiasalah dekatkan diri dengan Allah SWT, kerana dia pasti melindungi umatnya. Insyallah…
(Surah Al-Aaraf, Ayat 201)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa 
gangguan dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga 
mereka melihat kesalahan-kesalahannya.
Oleh: KASIH ISA
 
 
No comments:
Post a Comment