MENU| Home | Facebook

Sunday, 27 January 2013

PONTIANAK


Pontianak 


Menurut cerita orang dulu-dulu Pontianak dikatakan wujud hasil daripada wanita yang mati ketika melahirkan anak..kedua-dua ibu dan anak mesti mati barulah ia menjadi Pontianak..


google image
Pontianak juga disebut kuntianak di Indonesia..selain itu nama lain bagi Pontianak adalah kakak cantik,cik pon,ponti,kunti dan sebagainya mengikut sesuatu tempat..


Tapi menurut pakar Pontianak adalah di kalangan jin atau manusia yang membezakannya adalah amalannya…mungkin ada maksud yang tersirat yang diperkatakan oleh pakar ini…


google image
Pontianak digambarkan sebagai suatu makhluk yang menyerupai manusia berpakaian serba putih dengan rambut yang panjang dan rupa yang menakutkan..


Pontianak dikatakan suka mengilai untuk menakutkan mangsaa-mangsanya..jika kita terdengar hilaian yang jauh awas kerana kemungkinan Pontianak ini berada sangat dekat dengan anda..tetapi jika anda mendengar hilaian yang dekat kemungkinan dia masih berada jauh dangan anda..


Pontianak juga gemar membaling batu dari atas pokok untuk menakutkan mangsanya..jika mangsanya memandang keatas untuk melihatnya orang itu akan berada dalam bahaya kerana Pontianak itu akan mengikutnya.. 
                             

Pontianak juga dikaitkan dengan selendang Pontianak,menurut kepercayaan sesiapa yang menemui selendang Pontianak hajatnya akan dikabulkan…selendang ini digambarkan sebagai satu selendang yang bewarna putih..


Menurut kata orang-orang tua jika kita memaku tengkuk Pontianak dia akan menjadi perempuan cantik tetapi menurut sesetengah orang memaku tengkuk lebih kepada mengunci Pontianak daripada mengganas…



Admin-bacalah surah 3 kul sebelum melangkahkan kaki ke rumah utk mengelakkan jin   mengikut  masuk kedalam rumah…





No comments:

Post a Comment