Kisah yang aku nak kongsikan kali ini berlaku kira-kira 10 tahun dulu ketika aku belajar di sebuah institut pengajian tinggi. Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke hostel setelah sekian lama tinggal dengan mak ayah sampai habis SPM.
Bila dah pertama kali, semua benda kena buat sendiri seperti membasuh baju, gosok baju dan kemas bilik. Biasanya kat rumah mak buatkan.
Blok asrama yang aku duduk ketika tu berbentuk segi empat. Ada Wing Utara, Wing Barat, Wing Timur dan Wing Selatan. Bilik aku berada di tingkat dua wing timur. Bilik numbor 6. Aku suka bilik tu sebab bila bangun pagi buka tingkap, nampak gunung berkabus tak jauh kat sana.
Gunung yang cukup popular kat Malaysia dengan kisah lagendanya. Tidak jauh dari bilik aku, adalah bilik no 4 yang sering menjadi perbualan hangat penghuni blok tu ketika itu. Sebab apa? Sebab bilik nombor 4 ini sahaja yang tak ada penghuni. Dikosongkan.
Kemudian diletakkan tanda “surau” diatasnya. Dan tak pernah langsung digunakan sebab masjid tak jauhpun dari kolej. Macam-macam spekulasi pasal bilik tersebut di bawa dari satu mulut ke mulut.
Aku jenis yang senang tidur. Lepas isyak je confirm aku tidur, lepas tu tengah malam mula lah terjaga. Hampir setiap hari macam tu dah jadi macam rutin. Bila tengah malam terjaga, aku biasanya akan study, basuh baju ataupun gosok baju.
Pada tahun aku tu, pihak kolej mengharamkan seterika sendiri di bawa ke hostel. Hanya boleh gunakan seterika yang disediakan oleh pihak kolej sahaja. Setiap blok asrama setiap tingkat memang ada bilik pantri khas untuk gosok baju dan masak air panas.
Tapi masalahnya budak-budak blok aku ni jenis malas nak ke pantri. So, adalah yang gatal tangan ambik seterika tu dengan papan alas tu bawak ke depan bilik masing-masing.
Depan bilik ada plug soket tu. So, aku pun merantau la cari dan rupa-rupanya salah satu seterika ada dekat depan bilik no 4 tu. Malas aku nak cari yang lain, aku guna je seterika tu.
Tengah aku gosok baju kemeja aku, tiba-tiba aku dengar pintu bilik no 4 tu kena ketuk dari dalam. Kuat dan jelas. Mencarut kuat aku ketika tu. Tapi aku ni jenis separuh berani. Separuh je la. Separuh lagi kalau ada benda muncul memang aku pecut terus la.
Aku pikir gosok baju tu lebih penting jadi aku teruskan la menggosok. Bam! Bam! Sekali lagi pintu tu kena ketuk dari dalam. Masa ni aku dah mula cuak. Jantung memang laju gila dub dab dub dab. Aku pandang dekat bawah pintu, aku nampak ada cahaya lampu.
Masa tu aku terpikir, maybe ada orang kot. Entah camane aku boleh pulak duk melutut nak telek apa yang ada dari bawah pintu tu. Mengucap panjang aku bila aku nampak ada mata tengah pandang aku jugak. Selepas tu jugak ada darah memercik keluar dari bawah pintu tu, mengalir keluar banyak.
Aku dah tak boleh tunggu lagi. Aku capai semua baju aku yang tak siap gosok lagi. Seterika tu pun aku tak tutup suis. Terus aku berlari masuk bilik. Humban baju aku atas kerusi. Aku lompat naik atas katil, berselubung bawah selimut.
Esoknya aku demam. Nak bangun pergi klinik ambik mc pun aku tak larat. Aku ceritakan apa yang berlaku dekat budak bilik aku je. Seminggu berlalu aku terus jadi budak popular kat blok.
Cepat betul cerita tersebar. Kemudian, mulalah keluar pelbagai cerita dan pengalaman dari budak blok tu yang terdengar macam-macam bunyi. Dari bilik nombor empat setiap tingkat yang berbeza.
Kalau pandang ke arah blok dari luar pada waktu malam, memang boleh nampak bilik no 4 di tingkat 1,2,3 dan 4 tidak berlampu dalam satu baris dari atas ke bawah. Tapi, entah kenapa pada suatu malam tu, semua bilik tu berlampu.
Aku baru balik dari bilik kawan aku di blok sebelah masa tu. Bila aku pandang ke arah blok, aku assume bilik tu digunapakai. Tapi, bila aku lalu depan bilik tu, nak ke bilik aku, aku tengok ke bawah pintu, tak ada cahaya lampu pun. Gelap je.
Baru je aku nak menapak masuk ke dalam bilik, satu jeritan yang sungguh nyaring macam pompuan menjerit tu, kedengaran dari dalam bilik no 4 tu. Sambil itu, pintu bilik tersebut diketuk-ketuk dari dalam.
Aku ingatkan aku je yang dengar, ramai penghuni bilik lain keluar tengok apa yang terjadi. Termasuklah budak bilik aku. Masing-masing pandang ke arah bilik no 4 tu. Budak bilik no 3 awal-awal lagi berlari keluar menjauhi bilik tersebut sebab mereka antara yang paling dekat.
Yang lebih memeranjatkan bilik no 4 di tingkat 1, 3 dan 4 pun berlaku benda yang sama juga. Ada jeritan dari dalam dan pintu diketuk-ketuk dengan kuat.
Tak lama selepas itu, warden asrama datang bersama-sama seorang ustaz dan beberapa anak buah dia. Warden mintak kami semua berkumpul di dataran bawah di tengah-tengah blok. Masa ni kami dapat dengar macam-macam bunyi. Bunyi menjerit di tingkat 3.
Bunyi mengerang di tingkat 2. Bunyi orang berlari di tingkat 1. Bunyi ustaz baca ayat kursi kuat-kuat kat tingkat 2. Bunyi-bunyi tu pulak sekejap arah sana, sekejap arah sini. Al-quran yang ada kat tangan masa tu dah tak termampu nak baca sebab takut sangat.
Lama juga la pertarungan tu berlaku. Kira-kira jam 3 pagi barulah semuanya berjaya dibersihkan. Setelah beberapa hari kejadian, barulah kami dapat tahu bahawa ada benda yang menghuni bilik no 4 tu. Setaip aras ada penghuninya.
Penghuninya tak suka diganggu. Pelajar pula suka buat bising, nak nak kalau waktu malam. Ada perjanjian dah dibuat antara tuan tanah kolej tersebut dengan benda asal tempat tu, sebab itu bilik tu dikosongkan. Ada student yang main spirit of the coin dalam bilik no 4 di tingkat 4. Sebab tu benda tu mengamuk.
Lepas kejadian tu, pelbagai lagi siri seram bilik no 4 berlaku dekat kolej tu. Kalau bukan blok aku tu, pasti berlaku kat blok lain. Kolej tu ada 6 blok asrama semuanya.
Semuanya ada 4 aras. Semua aras bilik no 4 nya dikosongkan. Itu perjanjian antara tuan tanah dengan puteri. Siapa puteri tu? Sampai sekarang ianya masih menjadi misteri.
No comments:
Post a Comment