MENU| Home | Facebook

Friday, 6 December 2019

Tok Syair orang yang buka kampung Pantai Dalam ghaib sehingga kini

PERNAH dengar kisah orang yang tiba-tiba hilang tak dapat dijejaki dan dikatakan sudah masuk ke alam lain? Zaman dulu, sering kita dengar kisah-kisah begini.

Kononnya orang yang hilang itu telah dibawa masuk ke alam lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.


Sama ada anda mahu percaya ataupun tidak, terserah. Tetapi menurut Jamilah Haji Bujang, dalam kalangan keluarganya juga mempunyai kisah serupa. Perkara ini berlaku pada salah seorang moyang Jamilah yang dipanggil Tok Syair.


Tok Syair ini berasal dari Minangkabau dan antara orang yang terawal sama-sama membuka penempatan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1970-an sebelum beliau hilang, ketika itu usianya sudah 80 tahun. Walaupun begitu, orangnya masih kuat dan bertenaga macam orang berusia 50-an.


Dia masih gagah ke sana ke mari mengayuh basikal dan berkebun. Jarang sangat dia sakit.




Kawasan sekitar Bukit Gasing yang dipenuhi hutan belukar dikatakan mempunyai penempatan bunian.


Kata Jamilah, dia tidak ingat tahun yang tepat, tapi penghujung tahun 1970-an, suatu hari Tok Syair tiba-tiba saja menghilang, tidak lagi pulang ke rumah seperti kebiasaannya.


Tok Syair tiba-tiba hilang, 'suara' minta jangan carinya!


Bukan hanya keluarga, bahkan satu kampung cuba mencarinya, tapi Tok Syair tidak ditemui di mana-mana. Peliknya, tiada satu pun petunjuk yang ditemui berkaitan kehilangannya. Kehilangan Tok Syair jadi misteri.


Beberapa tahun kemudian, suatu hari ayah kepada Jamilah iaitu Haji Bujang Tanda membawa salah seorang cucu saudaranya berjumpa pengamal perubatan tradisional untuk berubat.


Pengamal perubatan itu seorang perempuan. Semasa berubat tu, tiba-tiba perempuan itu berubah personaliti dan suaranya bertukar garau, bagai ada sesuatu yang memasuki tubuhnya.


“Kau beritahu yang lain, tak payah cari Tok lagi,” begitu lebih kurang tutur kata yang keluar dari mulut perempuan itu dengan suara bagaikan lelaki tua.


Suara itu memperkenalkan diri sebagai Tok Syair. Dia berpesan pada Haji Bujang supaya memberitahu ahli keluarga tak usah lagi dicari kehilangannya.


Dia memberitahu bahawa dia sudah tenang duduk di sebuah kampung berdekatan Bukit Gasing. Dia datang melalui tubuh pengamal perubatan itu bagi meleraikan misteri kehilangannya.




Bapa penulis, Haji Bujang Tanda yang menyaksikan pertuturan Tok Syair melalui peranta yang menjelaskan kehilangannya.

Kalau dengar memang aneh... Apatah lagi berdekatan Bukit Gasing itu tiada sebarang penempatan, hanya hutan semata-mata.

Tok Syair dikatakan menetap di alam bunian


Ada orang tua-tua dahulu mengatakan Tok Syair sudah menetap di alam bunian kerana di kawasan bukit itu ada perkampungan bunian.

Kata mereka lagi, zaman dulu penduduk selalu meminjam pinggan mangkuk apabila kenduri di kawasan bukit tersebut. Benar atau tidak, wallahualam, hanya Allah yang lebih mengetahuinya.


Itu tentang kisah Tok Syair. Ada lagi satu kisah pelik yang menimpa salah seorang pakcik saudara Jamilah yang digelarkan sebagai pakcik Rahmat. Berlaku dalam tahun 1980-an. Di kawasan Pantai Dalam ini juga.


Pakcik Rahmat ini seorang yang rajin mengaji al-Quran dan suka belajar agama Islam. Suatu hari, dia berkelakuan aneh apabila memohon maaf pada semua penduduk kampung yang ditemuinya.


Apabila ditanya kenapa, katanya dia mahu meninggalkan kampung untuk berhijrah jauh ke Kedah bagi belajar agama.




Tok syair.


Hulur tangan bersalam, jangan sambut


Masa itu kami ahli keluarga agak hairan dengan gelagat peliknya itu. Kemudian, ada seorang orang tua yang agak tinggi ilmunya di kampung kami berpesan pada ibu bapa pakcik Rahmat.


Pesannya, jika pakcik Rahmat hulurkan tangan hendak bersalam, jangan sambut.


“Kalau kau sambut salamnya, dia akan ghaib. Kamu takkan dapat jumpa anak kamu lagi,” begitulah pesan orang tua itu pada ibu bapa Rahmat.

Kata orang tua itu lagi, pakcik Rahmat meminta maaf pada semua orang kerana mahu pergi jauh, masuk ke alam lagi satu. Tetapi syarat terakhirnya sebelum masuk ke alam itu, dia harus meminta maaf pada orang tuanya sebagai tanda restu.


Sebab itu apabila pakcik Rahmat hulur tangan hendak bersalam, orang tuanya tak mahu sambut. Atas nasihat orang tua itu juga, pakcik Rahmat dikurung di dalam rumah, tidak dibenarkan keluar jejak tanah selama 100 hari. Jika tidak, dia mungkin akan ghaib dibawa pergi ke alam lain.


Lubang sebesar ibu jari pada dinding pun dia jadi tak keruan cuba nak melepaskan diri. Pakcik Rahmat asyik ulang bahawa ada perempuan cantik menunggunya di luar rumah. Adakalanya dia bercakap-cakap seorang diri.

JAMILAH HJ BUJANG



100 hari yang getir


Sepanjang tempoh 100 hari dikurung itu bagaikan hari yang getir. Ahli keluarga semua sentiasa waspada supaya pakcik Rahmat tidak cuba keluar dari rumah.


Pintu tingkap sentiasa ditutup dan dikunci. Sepanjang waktu itu juga, pakcik Rahmat jadi tak tentu arah. Puas dia merayu minta dilepaskan.

Lubang sebesar ibu jari pada dinding pun dia jadi tak keruan cuba nak melepaskan diri. Pakcik Rahmat asyik ulang bahawa ada perempuan cantik menunggunya di luar rumah. Adakalanya dia bercakap-cakap seorang diri.


Tapi keluarganya tegas tetap mengurungnya. Dan selepas 100 hari itu, barulah keadaan pakcik Rahmat mulai pulih dan beransur sembuh. Malah, dia tidak ingat tentang dia meminta maaf pada semua orang dan mahu pergi ke mana.


Mujurlah pakcik Rahmat berjaya dikurung. Jika tidak, mungkin pakcik Rahmat ini akan menjejaki langkah Tok Syair, yang ghaib selama-lamanya tanpa dapat dijejaki.


Sama ada anda percaya ataupun tidak, terserah. Setiap orang ada penilaian masing-masing namun, apa yang berlaku pada Tok Syair dan pakcik Rahmat  itu adalah perkara yang benar-benar terjadi dalam sejarah keluarga Jamilah.

Hendak berkata takbur, juga tidak boleh kerana sesungguhnya di dunia ini bukan hanya didiami manusia semata-mata.



Source: mstar

READ MORE- Tok Syair orang yang buka kampung Pantai Dalam ghaib sehingga kini

Thursday, 21 November 2019

kuih rahsia mempunyai 6 pintu kebal

Ada 1 kuil d India di mana ia ada 6 pintu kebal semuanya tertutup lebih drp 500 tahun dulu.
Pada 2011 kerajaan india telah mmbuka 5 drp 6 pintu kebal & telah menemui harta $ 100 billion.
Tapi pintu kebal ke 6 tidak berjaya dibuka walaupun ia tidak berkunci, mnurut penduduk ia memerlukan jampi mentera utk mmbukanya & tiada siapa yg tahu mantera itu

READ MORE- kuih rahsia mempunyai 6 pintu kebal