Rawatan
Orang yang terkena sihir akan menerusi tiga peringkat rawatan.
Pertama: Peringkat sebelum rawatan;
1) Mewujudkan suasana yang benar-benar sesuai dengan kehendak islam.
2) Bersihkan rumah dari sebarang azimat atau penangkal yang ada pada pesakit dan bakarlah azimat tersebut.
3) Jauhkan rumah dari lagu-laguatau alat muzik atau suara muzik.
4) Jangan sekali-kali melakukan perbuatan dosa dan maksiat di rumah itu seperti lelaki memakai emas dan wanita membuka aurat atau menghisap rokok.
5) Mengajar akidah yang betul kepada pesakit dan keluarganya hingga hati mereka tidak memiliki pergantungan selain daripada Allah.
6)Berwuduk sebelum memulai rawatan dan suruh pula orang yang bersama anda mengambil air sembahyang.
7) Sekiranya pesakit itu seorang wanita, janganlah anda memulai rawatan sehingga anda pastikan dia telah menutup auratnya supaya tidak terbuka ketika rawatan.
8) Janganlah anda mengubati seorang wanita ketika dia dalam keadaan melakukan pelanggaran syariat seperti mendedahkan aurat, memakai wangian atau memakai pewarna seperti wanita-wanita kafir.
9) Jangan anda mengubati seorang wanita melainkan ditemani oleh muhrimnya.
10) Jangan anda masukkan bersama anda orang yang bukan muhrim.
11) Bacalah:
Kedua : Peringkat Rawatan;
Letak tangan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah di telinganya dengan tertil dan suara yang kuat.Kemudian baca ayat-ayat berikut :
1) Surah AL-Fatihah
2) Surah Al-Baqarah : 5
3) Surah Al-Baqarah :102
4) Surah Al-Baqarah : 163 & 164
5) Surah Al-Baqarah : 255
6) Surah Al-Baqarah : 285 & 286
7) Surah Ali Imran : 18 &19
8) Surah Al-A’raf : 54-56
9) Surah Al-A’raf : 122
10) Surah Yunus : 81-82
11) Surah Thaha : 69
12) Surah Al-Mukminun : 115-118
13) Surah As-Shoffat : 1 -10
14) SurahAl-Ahqaf : 32
15) Surah Ar-Rahman : 36
16) Al-Haysr : 24
17) Surah Al-Jin : 9]
18) Surah Al-Ikhlas
19) SurahAl-Falaq
20) Surah an-Nas
Ketiga : Peringkat Setelah Selesai Rawatan;
Sekiranya Allah{s.w.t}telah menyembuhkan melalui usaha anda dan dia sudah merasa sihat maka pujilah Allah yang telah memperkenankan usaha dan doa anda. Tingkatkan pergantungan anda kepada Allah supaya Allah memberikan taufiq-Nya kepada anda menghadapi keadaan-keadaan yang lainnya. Janganlah sampai perkara tersebut menjadi kesombongan anda. Pada peringkat ini pesakit terancam disebabkan datangnya sihir baru kerana kebanyakkan orang yang mengerjakan sihir apabila tahu bahawa pesakit telah pergi kepada salah seorang Mu'alij untuk berubat, maka akan kembali lagi kepad tukang sihir untuk menyihirnya lagi. Maka, pesakit hendaklah jangan memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa pun. Selain itu berilah beberapa pembenteng diri berikut ini:
1) Memelihara sembahyang berjemaah.
2) Menghindari lagu-lagu dan muzik.
3) Mengambil air sembahyang sebelum tidur dan membaca ayat Kursi.
4) Bacalah basmalah setiap kali memulai sesuatu.
5) Sesudah sembahyang Subuh bacalah sebanyak 100 kali zikir yang berikut:
"LAAILAAHAILLALAH WAH DAHUULAA SYARIKALAH LAHULMULKUWALAHULHAMDU YUHYI WA YUMIIT WAHUWA A'LAAKULLI SYAIIN QADIR"
6) Mesti membaca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit atau sekurang-kurang mendengarkanya andainya tidak boleh membaca.
7) Berkawanlah dengan orang-orang yang baik .
8) Jangan tinggalkan zikir-zikir waktu pagi dan petang.
Maklumat-Maklumat Berharga Tentang Sihir:
1) Rasa sakit terus menerus di perut orang yang kena sihir, petanda bahawa sihir tersebut berupa makanan dan minuman.
2) Tidak dapat melakukan secara islam melainkan 2 syarat:
*Istiqomah orang yang melakukan rawatan{mu'alij} dengan perintah Allah s.w.t.
*Keyakinan pesakit atau kemujaraban berubat dengan Al-Quran.
3) Hampirsemua jenis sihir memiliki tanda ini iaitu merasa sesak di dada terutama pada waktu malam.
4) Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatussauda', lalu anda menggosok di bahagian yang sakit dengan minyak tersebut tiap pagi dan petang.
5) Untuk mengubati orang terkena sihir dan juga kerasukan, anda boleh mengubatinya melalui mendengar kaset yang telah dirakamkan khusus, yang mana dalam kaset tersebut mengandungi ayat-ayat jampi yang boleh menyakitkan jin serta membakarnya didalam tubuh manusia. Apabila pesakit mendengar kaset ini kemungkinan perkara ini akan berlaku seperti berikut:
• Pesakit akan terus pengsan apabila mendengarnya.
• Pesakit akan menunjukkan reaksi ganas apabila mendengarnya.
• Pesakit mungkin terus tertidur.
• Kemungkinan juga kaki pesakit akan merasa sejuk.
Sekiranya perkara ini berlaku biarkan saja pesakit itu dengan izin Allah s.w.t jin akan keluar dari tubuh pesakit tersebut.
6) Antara makhluk kejadian Allah yang ditakuti oleh jin dan syaitan{makhluk halus} ialah sejenis kayu yang dinamakan Kemuning Hitam. Dalam sebuah kitab perubatan kayu ini boleh menyembuh 9999 jenis penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara kegunaan dan kelebihannya sebagaimana dilampirkan.
Wallahu'alam....
Oleh: Ustaz Syarhan Syafie
sumber: hasnulhadiahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment