Pengertian Sihir
Syeikh al-Azhar membuat penta'rifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.
Manakala dalam kamus Muhit disebut :
"Sihir ialah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik sehingga sesuatu itu mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya."
Pengertian Sihir Dari Segi Syariah
Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan atau ditulis atau dibuat sesuatau yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.
Maka dengan taarif ini dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan antara penyihir dan syaitan.Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara yang dingininya
Oleh: Ustaz Syarhan Syafie
sumber: hasnulhadiahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment