MENU| Home | Facebook

Monday, 7 August 2017

Jenis2 sihir dan pengaruh trhadp mangsa

Jenis-Jenis Sihir Dan Pengaruhnya Terhadap Mangsa

1.Memisahkan suami isteri dengan sihir

2. Guna-guna atau sihir percintaan
3. Memperdayakan pandangan silap mata(hipnotis)

4. Sihir yang membuat gila

5. Sihir membuat orang tidak bermaya

6. Sihir mendengar panggilan

7.Sihir membuat penyakit

8. Sihir melakukan pendarahan

9. Sihir menahan penikahan
Sihir Memisahkan Suami Isteri
Takrif dan pengertiannya
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi.

Jenis-jenis sihir memisah

1) Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya.

2) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya

3) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya

4) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawan nya

5) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam peniagaan atau
seumpamanya

6) Memisahkan antara suami dengan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah

1) Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci

2) Berlaku keraguan antara suami isteri

3) Enggan meminta maaf

4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil.

5) Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik

6) Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya

Guna-Guna Atau Sihir Percintaan
Tanda-tanda sihir percintaan

1) Gejolak cinta yang keterlaluan

2) Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual

3) Sukar mengawal cinta

4) Rindu bayang yang berlebihan

5) Patuh secara membuta tuli
Cara sihir percintaan berlaku:
Pertengkaran suami isteri selalunya belaku,hal itu sudah lumrah kehidupan rumah tangga,dan biasanya cepat mereda dan kembali seperti biasa.Namun ada beberapa wanita yang tidak sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya tetap mencintainya.Tindakan ini tentu kerana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana kejahilannya bahawa tindakan itu haram dan tidak boleh.

Kesan dari sihir percintaan:

1) Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangkamasa yang lama

2) Adakalanya kesan daripada sihir itu terbalik sehingga suami menbenci isterinya.ini ajkibat tidak mengetahui kebanyakan tukang sihir tentang dasar-dasar sihir

3) Adakalnya seoarang isteri mengerjakan sihir berganda-ganda kepada suaminya dengan tujuan dia membenci setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang masih ada hubungan kerabat.

Sebab-sebab sihir percintaan.

1) Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri

2) Perasaan cemburu wanita memang hebat,mereka selalu cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.

Sihir yang dihalalkan.

Saya ingin menyampaikan kepada setiap muslimah bahawa sesungguhnya wanita boleh menyihir suaminya dengan cara yang dihalalkan oleh Allah, iaitu dengan berhias dan mempercantikkan suami di hadapan suami.Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidag sedap, selalu senyum manis, berkata baik ,lembut,menjaga harta suami,merawat anak-anak dengan kasih sayang,mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

Sihir Memperdayakan Pandangan(Hipnopsis)
Tukang sihir mendatangkan sesuatu yang diketahui orang,kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramao melihat sesuatu itu tidak sebagaimana sebenar.Tukang sihir pernah menceritakan kepada saya bahawa dia meletakkan telor di hadapan mereka kemudian dia membaca jampi-jampi kepadanya sehingga mereka melihat telor bergerak dengan cepat.

Tanda-tanda Hinoptis:

1) Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.

2) Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.

3) Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya , seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.

Sihir Yang Membuat Gila:

Tanda-tanda Sihir Gila:

1) Melatur, benggung dan lupa sesuatu.

2) Kacau dalam perbicaraan.

3) Mata kuyu{moyok}

4) Tidak boleh tenang di satu tempat.

5) Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu.

6) Tidak mengambil berat tentang penampilan {selekeh}.

7) Sampai kesatu tahap bahawa berjalan tidak tahu dan adakalanya tidur di tempat- tempat sunyi.

Cara Berlaku Sihir Gila:

Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk kedalam tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikir dan daya ingatan.

Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya:

Tanda-Tanda Sihir Ini:

1) Suka berseorangan.

2) Diam terus.

3) Tidak suka berbagai-bagai pertemuan.

4) Fikiran meracau.

5) Selalu pening.

6) Selalu lesu dan tidak bermaya.

7) Menutup diri sepenuhnya.

Cara Berlaku Sihir Tidak Bermaya:

Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang disihir dan disuruhkan supaya tinggalkan di otaknya serta membuat mangsa mengeramdan menutup diri.Kemudian jin melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala{tidak bermaya} pada orang yang disihir.

Sihir Mendengar Panggilan
Tanda-tandanya:

1) Selalu mengalami mimpi ngeri.

2) Bermimpi mendengar orang memanggil nama.

3) Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.

4) Selalu was-was.

5) Selalu meragukan teman dan orang-orang yang mencintainya.

6) Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.

7) Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Cara-cara berlaku Sihir Ini:

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikaan tugasnya untuk menyibukkan orang yang disihir pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidurnya berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya ketika jaga kadang-kadang dengan suara manusia yang dikenalnya atau dengan suara-suara aneh.

Sihir Membuat Penyakit:

Tanda-tandanya:

1) Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

2) Saraf tersumbat.

3) Lumpuh salah satu anggota tubuh.

4) Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

5) Lumpuh menyeluruh.
Cara berlakunya Sihir Ini:
Sekiranya ada orang yang kena sihir ini maka jin akan menetap di otak, benar-benar ditempat yang dikehendaki oleh yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya.Ketika itu, anggota tubuh berada di antara 3 keadaan:
Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit mengalami bisu, buta, tuli dan lumpuh.
Adakalanya membiarkannya sehingga adakalanya anggota tubuh berfungsi dan adakalanya tidak. Menyebabkan otak memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa sebab sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak sekalipun tidak sampai lumpuh.

Sihir Pendarahan:

Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita. Seorang perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, dengan cara tersebut dan jin akan berjalan bersama darah.
Sabda Rasullulah{s.a.w}:

" Syaitan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran darah"
Pengertian Pendarahan:
Adapun sihir pendarahan ini ialah apa yang disebut oleh ahli feqah dengan istihadah dan dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan.Kemungkinan pendarahan ini berlangsung sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya sedikit atau banyak.

Sihir Menahan Pernikahan:

Tanda-tandanya:

1. Pening kepala yang berterusan, tidak terhenti sekalipun diberikan ubat oleh doktor.

2. Sesak di dada terutamanya setelah asar hingga tengah malam.

3. Melihat pelamar bermuka hodoh.

4. Banyak berfikir{fikiran melayang}

5. Selalu gelisah waktu tidur.

6. Selalu rasa sakit di perut.

7. Rasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir Ini:

Tukang sihir menugaskan beberapa jin mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu diantara dua:

. Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

. Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

Oleh: Ustaz Syarhan Syafie

sumber: hasnulhadiahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment