Bismillahirrahmannirrahim...
Rupa-rupanya banyak kisah seram di
lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Ingatkan lebuhraya Karak je yang banyak
cerita mistik. Mungkin sebab tak berapa dihebohkan. Tak ramai yang tahu.
Bila google, baru lah tahu ada juga yang diganggu bila melalui
lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Kisah makhluk menumpang, kisah wanita dan anak lelaki nak isi tong minyak, kisah berentap dengan Daihatsu Charade putih, dan macam-macam lagi.
Dan ini adalah pertambahan terkini
kepada kisah-kisah mistik tersebut. Alkisahnya, lewat petang semalam,
saya dan encik suami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Skudai setelah
selesai segala urusan. Dalam pukul 6.30 petang macam tu kami keluar
dari tol Skudai. Saya yang mula-mula memandu kereta. Kami plan berhenti
solat di R&R Machap. Lepas solat dan mengalas perut, encik suami
menawarkan diri untuk memandu kereta.
Kami pun menyambung perjalanan. Saya
duduk sebelah encik suami tersengguk-sengguk menahan mata yang
mengantuk. Sesekali saya terlelap sebab tak tahan sangat dah mata yang
berat. Dalam kereta, kami banyak diam sambil mendengar radio. Sampai la
satu kawasan tu, saya terjaga dari terlelap, jalan raya sangat-sangat
gelap. Tak banyak lampu jalan di kiri kanan jalan. Jarak kereta di depan
dan di belakang sangat jauh. Tiba-tiba encik suami memperlahankan
kenderaan dan memandu di lorong kiri. Terlalu perlahan yang sangat pelik
bagi saya sebab encik suami suka memecut laju melebihi 130 km/j. Kenapa
perlahan sangat dan masuk ke lorong kiri, padahal tak ada kereta pun
kat belakang yang nak memotong bila saya jeling cermin sisi yang nyata
gelap gelita. Agak lama juga encik suami memandu perlahan hingga timbul
dalam hati saya, kereta 'berat' ke?
Lepas papan tanda Pagoh, encik suami
memecut semula. Tapi saya tak bertanya apa-apa sebab mungkin tadi dia
mengantuk. Sampai la dekat Senawang, saya perasan encik suami asyik
menguap. Saya bersuara sambil memicit-micit bahunya untuk hilangkan
mengantuk, "ok ke?"
Encik suami macam sangat terkejut
bila saya sentuh bahu dia. Tapi dia still jawab, "tak....ngantok!" Huhu.
Kesian encik suami, memandu sampai mengantok. Saya offer untuk tukar
driver. Tapi encik suami tak menjawab. Sebaliknya, dia bertanya, "nampak
kan ape yang abang nampak?"
Saya pelik. Saya jenguk jalan raya terang di depan, kemudian menoleh ke encik suami. "Nampak ape?"
Suami diam dua saat. "Dekat area bukit yang gelap tadi, yang tak banyak kereta, tahu tak abang nampak ape?"
"Tak...." Saya mula rasa semacam.
"Abang nampak benda dalam kereta. Dalam cermin pandang belakang."
"Allahuakbar. Sebab tu ke kereta perlahan sangat tadi, sebab berat?"
"Aha. Berat. Muka dia betul-betul nampak full dan jelas dalam cermin pandang belakang."
Allah. Allah. Allah.
"Perasan kan tadi kat bukit tu?" tanya encik suami lagi. Mungkin dia nak pastikan bukan dia berimaginasi sendiri.
"Aha, perasan...abang bawak slow."
"Kejap je kat situ tadi, lepas tu hilang. Menumpang kot."
Kemudian kami diam. Selang beberapa
minit saya pandang muka encik suami. Dalam hati saya, saya bersyukur
sangat-sangat, encik suami tenang menghadapi situasi tu, dia tak melatah
dan hilang kawalan. Saya fikir, kalau lah saya yang memandu, apa
agaknya yang akan saya buat? Boleh ke saya jadi setenang encik suami?
Ada hikmahnya Allah tukarkan driver kat Machap tadi. Subhanallah!
Saya masih bimbang. Saya fikir lebih
baik saya drive, encik suami dah mengantuk dan penat, ditambah dengan
apa yang dah berlaku. Tapi saya sendiri rasa takut dan gerun kalau-kalau
ada lagi gangguan lain. Ya Allah, bertawakkal saja lah, Allah Maha
Berkuasa. Dia yang lebih patut kita takuti berbanding segala makhluk di
muka bumi.
"Abang ok tak?"
Encik suami menggeleng kepala. "Masih terbayang-bayang muka dia."
"Takut tak muka dia?" Ya ampun, stop it Hasunah!
"Seram gila." Kesian encik suami.
Dia geleng-gelengkan kepala laju-laju seolah-olah nak hilangkan bayangan
wajah makhluk yang menumpang kereta kami. "Perempuan."
Saya tak bertanya lebih lagi
sedangkan dalam hati nak tanya ade darah ke, baju putih ke, rambut
panjang ke. Bimbang dalam keadaan encik suami macam tu, soalan-soalan tu
buat dia tak dapat hilangkan bayangan makhluk tu.
Bila nampak papan tanda RnR
Seremban, encik suami bagi signal untuk masuk ke kiri. Kami isi minyak
kereta, encik suami pergi toilet, kemudian saya mengambil alih memandu
kereta. Dengan lafaz doa naik kenderaan dan tawakkal, kami menyambung
perjalanan hingga selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah.
Moga encik suami dan saya dalam kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan Allah selalu.
P/S: Lepas ni, tak berani dah
kot nak drive seorang diri malam-malam, balik or dari Johor.
Alhamdulillah, bulan puasa tu tak jadi apa-apa.
UPDATE: Encik suami dah cerita details dekat saya rupa makhluk yang menumpang tu. Wajahnya pucat putih, nampak segala urat, paling ketara urat pada bibirnya, dia duduk tengah-tengah seat belakang, tapi dia hanya diam dan matanya hanya memandang ke bawah. Dia berpakaian warna merah. Rambutnya tak seserabut macam hantu dalam cerita-cerita seram. Encik suami tergerak dalam hati mahu menegur dan bertanya, dia hendak ke mana, tetapi tidak terkeluar, mulutnya seolah-olah terkunci rapat. - Kredit
UPDATE: Encik suami dah cerita details dekat saya rupa makhluk yang menumpang tu. Wajahnya pucat putih, nampak segala urat, paling ketara urat pada bibirnya, dia duduk tengah-tengah seat belakang, tapi dia hanya diam dan matanya hanya memandang ke bawah. Dia berpakaian warna merah. Rambutnya tak seserabut macam hantu dalam cerita-cerita seram. Encik suami tergerak dalam hati mahu menegur dan bertanya, dia hendak ke mana, tetapi tidak terkeluar, mulutnya seolah-olah terkunci rapat. - Kredit
No comments:
Post a Comment