MENU| Home | Facebook

Thursday, 15 December 2016

Pengalaman Seram Memandu Tengah Malam

Aku nak berkongsi pengalaman seram semasa memandu pada waktu tengah malam.

Ini adalah kisah benar dan bukan khayalan!

Aku tidak pernah memandu pada lewat malam untuk pulang ke kampung.Ini kerana aku rabun malam dan memang menyakitkan hati juga apabila mata terkena silaun lampu kereta dan bas.Entah kenapa , pada malam itu hati aku tergerak untuk pulang pada malam itu juga untuk menghantar adikku yang baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital selepas kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu.

Isteri dan ibuku mendesak agar kami bertolak pada keesokan pagi namun aku membantah.

Kami sekeluarga bertolak dari klang pada pukul 5 petang dan bergerak ke Kelantan melalui Lebuh Raya Kesas dan terus menuju ke tol Gombak.Beberapa jam kemudian , kami melalui kampung lurah bilut di pahang.

Ini adalah babak menarik yang untuk diceritakan.

Jalan di kawasan tersebut tidak rata dan beralun. Sewaktu sampai diselekoh lurah bilut , aku sedikit terperanjat dan hampir terbabas apabila melihat sesusuk tubuh kehitaman di sign board kampung itu berpusing sebanyak dua kali dan melompat tinggi.

Bulu romaku dah tegak berdiri dan sepantas kilat aku bergerak pantas meninggalkan kawasan itu.

Untuk memberi keadilan kepada diri sendiri , aku cuba melakukan demosntrasi pemanduan di kawasan beralun itu dengan melihat papan tanda di tepi jalan yang lain. Hasilnya , papan tanda tidak pula kelihatan seperti melompat dan berpusing.

Babak kedua seterusnya pula menimbulkan misteri tersendiri,

Selepas meninggalkan jauh kawasan itu , kereta yang aku pandu sering kali di suluh lampu tinggi oleh kereta dan bas dari arah bertentangan.

Pelik! lagipun lampu kereta aku tidak pula disuluh tinggi. Kereta pula tidak di pandu secara laju.

Apabila sampai di Kelantan , aku tidak menceritakan perkara ini kepada ahli keluarga sehinggalah aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur beberapa hari kemudian.

Sewaktu sampai di lurah bilut iaitu di kawasan yang aku melihat sesusuk tubuh kehitaman itu , ada kawasan perkuburan islam dan jirat cina yang berdekatan.

Sehingga ke hari ini , aku masih lagi memikirkan perkara itu dan pengalaman seram itu masih menimbulkan pertanyaan.

1. Apakah makhluk yang aku jumpa ?

2. Kenapa kereta aku disuluh lampu tinggi oleh bas dan kereta

Sekian , terima kasih kerana sudi membaca pengalaman seram aku ini.

credit: fazarudin

No comments:

Post a Comment