MENU| Home | Facebook

Wednesday, 4 March 2020

Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah

Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah
Pokok Sahabi di Jordan tiada kaitan dengan Rasulullah SAW, kata Rozaimi.



KUALA LUMPUR: Orang ramai diseru tidak mudah mempercayai kisah pokok di Jordan yang 
dikaitkan dengan tempat perteduhan Rasulullah SAW memandangkan kesahihan masih diragui dan 
tiada bukti kukuh.




Jelas Pensyarah Hadis Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle kajian yang dibuat 
pakar dari Jordan mendedahkan usia sebenar pokok itu tidak sampai 1,000 tahun.


Beliau yang pernah menuntut di Universiti Mu'tah Jordan menegaskan ini bercanggah dengan 
dakwaan orang ramai yang menyebarkan cerita mengaitkan pokok itu dengan sejarah Rasulullah SAW.




Tambahnya lagi, yang menyedihkan terdapat juga segelintir umat Islam yang pergi menziarah
 pokok berkenaan dengan melakukan perkara dilarang di sisi agama dan kononnya mengambil berkat 
dari tempat tersebut.







"Kisah yang dikatakan Rasulullah berteduh di bawah pokok itu tidak disepakati oleh ulama hadis. 
Sebahagian mereka menerimanya dan sebahagian mereka menolak kesahihan ceritanya. Antara 
yang menolaknya ialah al-Zahabi (wafat: 748hijrah) dalam kitabnya Tarikh al-Islam.




"Sebab beliau (al-Zahabi) menolak kesahihan kisah ini ialah kerana ia bercanggah dengan logik akal. 
Riwayat ini menyatakan bahawa Baginda dipayungi awan, jika begitu mengapa perlu diteduhkan 
dengan bayangan pokok lagi? Bagaimana pula boleh ada bayang dari pokok jika baginda sudah 
diteduhkan oleh awan?" katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.




Rozaimi lebih cenderung untuk menyokong dakwaan bahawa pokok berkenaan tidak ada kena 
mengena dengan kisah Rasulullah SAW.




Kajian yang dilakukan oleh Pusat Geografi Diraja Jordan menunjukkan pokok ini hanya berusia 
520 tahun sahaja.




"Jika pergi untuk melihat kebesaran Allah kerana menghidupkan pokok di kawasan kering kontang 
tidak mengapa. Tetapi jika pergi untuk melakukan amalan khusus dengan anggapan ia pokok teduhan 
Nabi atau ia adalah 'the living sahabat', ia adalah dakwaan yang tidak ada bukti konkrit," tambahnya.


READ MORE- Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah

Kisah Seram Bilik Bernombor 4

Kisah yang aku nak kongsikan kali ini berlaku kira-kira 10 tahun dulu ketika aku belajar di sebuah institut pengajian tinggi. Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke hostel setelah sekian lama tinggal dengan mak ayah sampai habis SPM.
Bila dah pertama kali, semua benda kena buat sendiri seperti membasuh baju, gosok baju dan kemas bilik. Biasanya kat rumah mak buatkan.
Blok asrama yang aku duduk ketika tu berbentuk segi empat. Ada Wing Utara, Wing Barat, Wing Timur dan Wing Selatan. Bilik aku berada di tingkat dua wing timur. Bilik numbor 6. Aku suka bilik tu sebab bila bangun pagi buka tingkap, nampak gunung berkabus tak jauh kat sana.
Gunung yang cukup popular kat Malaysia dengan kisah lagendanya. Tidak jauh dari bilik aku, adalah bilik no 4 yang sering menjadi perbualan hangat penghuni blok tu ketika itu. Sebab apa? Sebab bilik nombor 4 ini sahaja yang tak ada penghuni. Dikosongkan.
Kemudian diletakkan tanda “surau” diatasnya. Dan tak pernah langsung digunakan sebab masjid tak jauhpun dari kolej. Macam-macam spekulasi pasal bilik tersebut di bawa dari satu mulut ke mulut.
Aku jenis yang senang tidur. Lepas isyak je confirm aku tidur, lepas tu tengah malam mula lah terjaga. Hampir setiap hari macam tu dah jadi macam rutin. Bila tengah malam terjaga, aku biasanya akan study, basuh baju ataupun gosok baju.
Pada tahun aku tu, pihak kolej mengharamkan seterika sendiri di bawa ke hostel. Hanya boleh gunakan seterika yang disediakan oleh pihak kolej sahaja. Setiap blok asrama setiap tingkat memang ada bilik pantri khas untuk gosok baju dan masak air panas.
Tapi masalahnya budak-budak blok aku ni jenis malas nak ke pantri. So, adalah yang gatal tangan ambik seterika tu dengan papan alas tu bawak ke depan bilik masing-masing.
Depan bilik ada plug soket tu. So, aku pun merantau la cari dan rupa-rupanya salah satu seterika ada dekat depan bilik no 4 tu. Malas aku nak cari yang lain, aku guna je seterika tu.
Tengah aku gosok baju kemeja aku, tiba-tiba aku dengar pintu bilik no 4 tu kena ketuk dari dalam. Kuat dan jelas. Mencarut kuat aku ketika tu. Tapi aku ni jenis separuh berani. Separuh je la. Separuh lagi kalau ada benda muncul memang aku pecut terus la.
Aku pikir gosok baju tu lebih penting jadi aku teruskan la menggosok. Bam! Bam! Sekali lagi pintu tu kena ketuk dari dalam. Masa ni aku dah mula cuak. Jantung memang laju gila dub dab dub dab. Aku pandang dekat bawah pintu, aku nampak ada cahaya lampu.
Masa tu aku terpikir, maybe ada orang kot. Entah camane aku boleh pulak duk melutut nak telek apa yang ada dari bawah pintu tu. Mengucap panjang aku bila aku nampak ada mata tengah pandang aku jugak. Selepas tu jugak ada darah memercik keluar dari bawah pintu tu, mengalir keluar banyak.
Aku dah tak boleh tunggu lagi. Aku capai semua baju aku yang tak siap gosok lagi. Seterika tu pun aku tak tutup suis. Terus aku berlari masuk bilik. Humban baju aku atas kerusi. Aku lompat naik atas katil, berselubung bawah selimut.
Esoknya aku demam. Nak bangun pergi klinik ambik mc pun aku tak larat. Aku ceritakan apa yang berlaku dekat budak bilik aku je. Seminggu berlalu aku terus jadi budak popular kat blok.
Cepat betul cerita tersebar. Kemudian, mulalah keluar pelbagai cerita dan pengalaman dari budak blok tu yang terdengar macam-macam bunyi. Dari bilik nombor empat setiap tingkat yang berbeza.
Kalau pandang ke arah blok dari luar pada waktu malam, memang boleh nampak bilik no 4 di tingkat 1,2,3 dan 4 tidak berlampu dalam satu baris dari atas ke bawah. Tapi, entah kenapa pada suatu malam tu, semua bilik tu berlampu.
Aku baru balik dari bilik kawan aku di blok sebelah masa tu. Bila aku pandang ke arah blok, aku assume bilik tu digunapakai. Tapi, bila aku lalu depan bilik tu, nak ke bilik aku, aku tengok ke bawah pintu, tak ada cahaya lampu pun. Gelap je.
Baru je aku nak menapak masuk ke dalam bilik, satu jeritan yang sungguh nyaring macam pompuan menjerit tu, kedengaran dari dalam bilik no 4 tu. Sambil itu, pintu bilik tersebut diketuk-ketuk dari dalam.
Aku ingatkan aku je yang dengar, ramai penghuni bilik lain keluar tengok apa yang terjadi. Termasuklah budak bilik aku. Masing-masing pandang ke arah bilik no 4 tu. Budak bilik no 3 awal-awal lagi berlari keluar menjauhi bilik tersebut sebab mereka antara yang paling dekat.
Yang lebih memeranjatkan bilik no 4 di tingkat 1, 3 dan 4 pun berlaku benda yang sama juga. Ada jeritan dari dalam dan pintu diketuk-ketuk dengan kuat.
Tak lama selepas itu, warden asrama datang bersama-sama seorang ustaz dan beberapa anak buah dia. Warden mintak kami semua berkumpul di dataran bawah di tengah-tengah blok. Masa ni kami dapat dengar macam-macam bunyi. Bunyi menjerit di tingkat 3.
Bunyi mengerang di tingkat 2. Bunyi orang berlari di tingkat 1. Bunyi ustaz baca ayat kursi kuat-kuat kat tingkat 2. Bunyi-bunyi tu pulak sekejap arah sana, sekejap arah sini. Al-quran yang ada kat tangan masa tu dah tak termampu nak baca sebab takut sangat.
Lama juga la pertarungan tu berlaku. Kira-kira jam 3 pagi barulah semuanya berjaya dibersihkan. Setelah beberapa hari kejadian, barulah kami dapat tahu bahawa ada benda yang menghuni bilik no 4 tu. Setaip aras ada penghuninya.
Penghuninya tak suka diganggu. Pelajar pula suka buat bising, nak nak kalau waktu malam. Ada perjanjian dah dibuat antara tuan tanah kolej tersebut dengan benda asal tempat tu, sebab itu bilik tu dikosongkan. Ada student yang main spirit of the coin dalam bilik no 4 di tingkat 4. Sebab tu benda tu mengamuk.
Lepas kejadian tu, pelbagai lagi siri seram bilik no 4 berlaku dekat kolej tu. Kalau bukan blok aku tu, pasti berlaku kat blok lain. Kolej tu ada 6 blok asrama semuanya.
Semuanya ada 4 aras. Semua aras bilik no 4 nya dikosongkan. Itu perjanjian antara tuan tanah dengan puteri. Siapa puteri tu? Sampai sekarang ianya masih menjadi misteri.

READ MORE- Kisah Seram Bilik Bernombor 4

Friday, 6 December 2019

Tok Syair orang yang buka kampung Pantai Dalam ghaib sehingga kini

PERNAH dengar kisah orang yang tiba-tiba hilang tak dapat dijejaki dan dikatakan sudah masuk ke alam lain? Zaman dulu, sering kita dengar kisah-kisah begini.

Kononnya orang yang hilang itu telah dibawa masuk ke alam lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.


Sama ada anda mahu percaya ataupun tidak, terserah. Tetapi menurut Jamilah Haji Bujang, dalam kalangan keluarganya juga mempunyai kisah serupa. Perkara ini berlaku pada salah seorang moyang Jamilah yang dipanggil Tok Syair.


Tok Syair ini berasal dari Minangkabau dan antara orang yang terawal sama-sama membuka penempatan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1970-an sebelum beliau hilang, ketika itu usianya sudah 80 tahun. Walaupun begitu, orangnya masih kuat dan bertenaga macam orang berusia 50-an.


Dia masih gagah ke sana ke mari mengayuh basikal dan berkebun. Jarang sangat dia sakit.




Kawasan sekitar Bukit Gasing yang dipenuhi hutan belukar dikatakan mempunyai penempatan bunian.


Kata Jamilah, dia tidak ingat tahun yang tepat, tapi penghujung tahun 1970-an, suatu hari Tok Syair tiba-tiba saja menghilang, tidak lagi pulang ke rumah seperti kebiasaannya.


Tok Syair tiba-tiba hilang, 'suara' minta jangan carinya!


Bukan hanya keluarga, bahkan satu kampung cuba mencarinya, tapi Tok Syair tidak ditemui di mana-mana. Peliknya, tiada satu pun petunjuk yang ditemui berkaitan kehilangannya. Kehilangan Tok Syair jadi misteri.


Beberapa tahun kemudian, suatu hari ayah kepada Jamilah iaitu Haji Bujang Tanda membawa salah seorang cucu saudaranya berjumpa pengamal perubatan tradisional untuk berubat.


Pengamal perubatan itu seorang perempuan. Semasa berubat tu, tiba-tiba perempuan itu berubah personaliti dan suaranya bertukar garau, bagai ada sesuatu yang memasuki tubuhnya.


“Kau beritahu yang lain, tak payah cari Tok lagi,” begitu lebih kurang tutur kata yang keluar dari mulut perempuan itu dengan suara bagaikan lelaki tua.


Suara itu memperkenalkan diri sebagai Tok Syair. Dia berpesan pada Haji Bujang supaya memberitahu ahli keluarga tak usah lagi dicari kehilangannya.


Dia memberitahu bahawa dia sudah tenang duduk di sebuah kampung berdekatan Bukit Gasing. Dia datang melalui tubuh pengamal perubatan itu bagi meleraikan misteri kehilangannya.




Bapa penulis, Haji Bujang Tanda yang menyaksikan pertuturan Tok Syair melalui peranta yang menjelaskan kehilangannya.

Kalau dengar memang aneh... Apatah lagi berdekatan Bukit Gasing itu tiada sebarang penempatan, hanya hutan semata-mata.

Tok Syair dikatakan menetap di alam bunian


Ada orang tua-tua dahulu mengatakan Tok Syair sudah menetap di alam bunian kerana di kawasan bukit itu ada perkampungan bunian.

Kata mereka lagi, zaman dulu penduduk selalu meminjam pinggan mangkuk apabila kenduri di kawasan bukit tersebut. Benar atau tidak, wallahualam, hanya Allah yang lebih mengetahuinya.


Itu tentang kisah Tok Syair. Ada lagi satu kisah pelik yang menimpa salah seorang pakcik saudara Jamilah yang digelarkan sebagai pakcik Rahmat. Berlaku dalam tahun 1980-an. Di kawasan Pantai Dalam ini juga.


Pakcik Rahmat ini seorang yang rajin mengaji al-Quran dan suka belajar agama Islam. Suatu hari, dia berkelakuan aneh apabila memohon maaf pada semua penduduk kampung yang ditemuinya.


Apabila ditanya kenapa, katanya dia mahu meninggalkan kampung untuk berhijrah jauh ke Kedah bagi belajar agama.




Tok syair.


Hulur tangan bersalam, jangan sambut


Masa itu kami ahli keluarga agak hairan dengan gelagat peliknya itu. Kemudian, ada seorang orang tua yang agak tinggi ilmunya di kampung kami berpesan pada ibu bapa pakcik Rahmat.


Pesannya, jika pakcik Rahmat hulurkan tangan hendak bersalam, jangan sambut.


“Kalau kau sambut salamnya, dia akan ghaib. Kamu takkan dapat jumpa anak kamu lagi,” begitulah pesan orang tua itu pada ibu bapa Rahmat.

Kata orang tua itu lagi, pakcik Rahmat meminta maaf pada semua orang kerana mahu pergi jauh, masuk ke alam lagi satu. Tetapi syarat terakhirnya sebelum masuk ke alam itu, dia harus meminta maaf pada orang tuanya sebagai tanda restu.


Sebab itu apabila pakcik Rahmat hulur tangan hendak bersalam, orang tuanya tak mahu sambut. Atas nasihat orang tua itu juga, pakcik Rahmat dikurung di dalam rumah, tidak dibenarkan keluar jejak tanah selama 100 hari. Jika tidak, dia mungkin akan ghaib dibawa pergi ke alam lain.


Lubang sebesar ibu jari pada dinding pun dia jadi tak keruan cuba nak melepaskan diri. Pakcik Rahmat asyik ulang bahawa ada perempuan cantik menunggunya di luar rumah. Adakalanya dia bercakap-cakap seorang diri.

JAMILAH HJ BUJANG



100 hari yang getir


Sepanjang tempoh 100 hari dikurung itu bagaikan hari yang getir. Ahli keluarga semua sentiasa waspada supaya pakcik Rahmat tidak cuba keluar dari rumah.


Pintu tingkap sentiasa ditutup dan dikunci. Sepanjang waktu itu juga, pakcik Rahmat jadi tak tentu arah. Puas dia merayu minta dilepaskan.

Lubang sebesar ibu jari pada dinding pun dia jadi tak keruan cuba nak melepaskan diri. Pakcik Rahmat asyik ulang bahawa ada perempuan cantik menunggunya di luar rumah. Adakalanya dia bercakap-cakap seorang diri.


Tapi keluarganya tegas tetap mengurungnya. Dan selepas 100 hari itu, barulah keadaan pakcik Rahmat mulai pulih dan beransur sembuh. Malah, dia tidak ingat tentang dia meminta maaf pada semua orang dan mahu pergi ke mana.


Mujurlah pakcik Rahmat berjaya dikurung. Jika tidak, mungkin pakcik Rahmat ini akan menjejaki langkah Tok Syair, yang ghaib selama-lamanya tanpa dapat dijejaki.


Sama ada anda percaya ataupun tidak, terserah. Setiap orang ada penilaian masing-masing namun, apa yang berlaku pada Tok Syair dan pakcik Rahmat  itu adalah perkara yang benar-benar terjadi dalam sejarah keluarga Jamilah.

Hendak berkata takbur, juga tidak boleh kerana sesungguhnya di dunia ini bukan hanya didiami manusia semata-mata.



Source: mstar

READ MORE- Tok Syair orang yang buka kampung Pantai Dalam ghaib sehingga kini

Thursday, 21 November 2019

kuih rahsia mempunyai 6 pintu kebal

Ada 1 kuil d India di mana ia ada 6 pintu kebal semuanya tertutup lebih drp 500 tahun dulu.
Pada 2011 kerajaan india telah mmbuka 5 drp 6 pintu kebal & telah menemui harta $ 100 billion.
Tapi pintu kebal ke 6 tidak berjaya dibuka walaupun ia tidak berkunci, mnurut penduduk ia memerlukan jampi mentera utk mmbukanya & tiada siapa yg tahu mantera itu

READ MORE- kuih rahsia mempunyai 6 pintu kebal

Saturday, 21 July 2018

produk lelaki sejati dan dan produk suami isteri termurah

READ MORE- produk lelaki sejati dan dan produk suami isteri termurah

pelbagai versi sulur bidar

Misteri Sulur Bidar

Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding  Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.

Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesuatu" yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari   dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.

Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.

Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.




Versi Pertama

Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.

Versi Kedua

Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.

Versi Ketiga

Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

Versi Keempat

Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang  dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

Versi Kelima

Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

Versi Keenam

Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.


Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?
READ MORE- pelbagai versi sulur bidar

apa itu sulur bidar

Soalan ni memang selalu saya dapat.
Ok, kita mulakan dari awal.
  • Sulur Bidar ni, gelaran yang diberikan oleh kaki pancing untuk “makhluk” atau “fenomena”.
  • Ia paling terkenal untuk Tasik Kenyir, Malaysia. Tasik lain ada juga dengar ceritanya tapi cerita ini paling sering dikaitkan dengan Tasik Kenyir.


Kisah yang paling terkenal (versi yang saya tahu) semenjak kecil lagi adalah di bawah ni.
Ia diceritakan semula oleh pelukis komik (ada ilustrasi). Ia dikatakan dari kisah benar yang diceritakan semula.

Ok, kita buka cerita :
  1. Sekumpulan kaki pancing, sedang memancing di Tasik Kenyir (naik satu bot).
2. Dalam borak-borak, terkeluar cerita tentang Sulur Bidar.
3. Ada sorang ni, mulur celupar dan kata nak pancing Sulur Bidar.”Kalau aku jumpa Sulur Bidar, aku pancing je..” Agaknya, macam tu lah dialognya kot.
4. Tak lama lepas tu, pusaran air berlaku. Mungkin macam ni agaknya air pusar tu.




5. Dari air pusar tu, timbul daun-daun kering (dari bawah air ke tengah pusaran).
6. Orang kata, daun tu kering walaupun ianya dari dalam air. Dan jika diambil, boleh dibakar.
7. Mereka datang dekat dengan pusaran air tu, ambil daun tu dan bakar untuk pastikan betul ke ianya adalah air pusar Sulur Bidar.

8. Selepas ambil daun dan bakar (daun sah terbakar). Tiba-tiba, air mula berkocak sangat kuat sehingga bot terbalik.
9. Dalam kalut-kalut tu, sorang yang mulut celupar tu berjaya berenang ke tepi dan selamat.
10. Kawan-kawan beliau yang lain tak dapat berenang ke tepi.
11. Gambaran dalam ilustrasi pelukis tentang apa berlaku, tubuh mangsa yang bercerai dari badan timbul satu persatu.


Kesimpulan :
Sulur Bidar masih tidak diketahui. Apakah ianya makhluk mahupun ianya adalah fenomena.
Untuk yang menggambarkan Sulur Bidar sebagai makhluk :
1. Berbentuk leper
2. Bersaiz besar sehingga mempunyai kekuatan membuat kocakan air sehingga boleh buat sebuat bot kecil terbalik.
3. Digambarkan seolah-olah kelihatan macam kulit ular. Sekali imbas ia kelihatan mirip kulit ular = sepadan.
Ada yang gambarkan ia sebagai :
1. Makhluk hidup (gambaran yang paling logik, saya dah letakkan sebagai video pertama).
2. Makhluk mistik (bagi yang percaya akan alam ghaib, kita sedia maklum bahawa jin bukan Islam aka syaitan boleh berada di mana-mana, dan akan lakukan apa yang mereka suka untuk mengganggu dan memesongkan akidah manusia)
3. Fenomena (pelepasan gas/udara dari dasar air boleh berlaku namun gelembung udara tidak akan menyebabkan tubuh manusia berkecai seperti gambaran cerita).
Sehingga hari ini, belum ada mana-mana pihak yang mengkaji dan membongkar cerita ini secara terperinci.
Jadi, Sulur Bidar masih lagi sebuah misteri.
Tinggalkan komen anda di bawah ye.. =)


credit
READ MORE- apa itu sulur bidar

Wednesday, 23 May 2018

Kerasukan di bulan Ramadan?



SALAM Tuan Haji. Apakah gangguan syaitan boleh terjadi di bulan Ramadan? Saya melihat sendiri adik perempuan saya mengalami kerasukan, menjerit dan mengilai terutama tengah malam, sedangkan sekarang bulan Ramadan? Apa yang saya tahu, iblis dan syaitan dirantai bulan ini. Mohon pencerahan. Terima kasih dan selamat menjalani ibadah puasa.
n Azman, Segamat, Johor.

Jawapan

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadan penuh barakah. Bulan yang Allah sediakan begitu banyak pahala untuk direbut melalui ibadat, sehingga Rasulullah SAW bersabda dalam hadis bermaksud: "Tidur bagi orang yang berpuasa itu adalah ibadat, manakala diamnya adalah bertasbih." (HR al-Baihaqi).
Betapa besar kelebihan Ramadan sehingga tidur dianggap ibadat. Pada bulan ini diturunkan satu malam istimewa -Lailatulqadar. Malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ tubuh dapat berehat. Bulan ini Allah menurunkan petunjuk bagi manusia, iaitu al-Quran. Kita digalak memperbanyak serta mengganda bacaan al-Quran serta maksudnya.
Pada bulan ini pintu langit dibuka seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada umat Islam memohon ampun dan memanjatkan doa.

Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada Ramadan. Tetapi mengapa masih berlaku kerasukan? Sedangkan dalam hadis Rasulullah SAW ada bersabda: "Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai atau dibelenggu para syaitan." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Pengalaman saya di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah selama 10 tahun mendapati ketika Ramadan kejadian rasuk kerap berlaku.

Kerasukan Dalam keluaran lepas, saya ada menyentuh mengenai isu kerasukan atau histeria. Dari aspek perubatan moden, histeria atau kerasukan disebabkan gangguan mental atau mental disability yang membawa kepada halusinasi. Daripada perspektif perubatan Islam, kerasukan dikaitkan dengan gangguan jin atau iblis.

Hakikat Penciptaan JinBagi menjelaskan perkara berkaitan kerasukan. Elok kita selusuri hakikat penciptaan jin serta sejarah kejadiannya. Kewujudannya tidak boleh dinafikan kerana ia makhluk ciptaan Allah. Tujuan penciptaannya sama dengan penciptaan manusia iaitu mengabdikan diri kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku". (Surah Az-Zariyat:56)
Daripada jin tersebut, ada yang beriman dan taat kepada perintah Allah.
Firman Allah: "Dan sesungguhnya di antara kami ada yang soleh dan di antara kami ada pula yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza'. (Surah Al-Jinn:11)
Jika jin mentaati Allah, mereka diberi ganjaran di akhirat. Sebaliknya jika mereka ingkar maka balasan azab pedih menanti.

Sebagaimana maksud firman Allah SWT: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, daripada jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongan sendiri); hinggalah apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat kali ganda daripada (azab) neraka". Allah berfirman:"Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui." (Surah al-A'raf:38)
Menurut Syeikh Jadul Haq (bekas Syeikh Al-Azhar), Iblis adalah 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Syaitan ialah golongan angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka daripada kalangan jin juga.
Sejarah IblisFirman Allah: "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…" (Surah al-Kahfi: 50)

Iblis dikenali dengan nama Azazil. Sebelum penciptaan Nabi Adam a.s. Azazil adalah imam kepada malaikat. Riwayat menceritakan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz: "Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat".
Israfil menangis kerana bimbang makhluk yang tersurat di Luh Mahfuz dirinya. kemudian diberitakan kepada para malaikat, menangis sekelian malaikat kerana takut. Lalu semua malaikat menemui Azazil, agar mendoakan mereka. Azazil mendoakan seluruh malaikat: "Ya Allah, Janganlah Engkau murka terhadap mereka (para malaikat)"

Malangnya, Azazil lupa mendoakan untuk dirinya. Ketika Allah menciptakan Nabi Adam a.s. dan memerintah malaikat sujud hormat kepada Nabi Adam. Mereka sujud kepada perintah Allah melainkan Iblis. Dia menolak, kerana merasakan dirinya lebih baik.
Bukan sahaja dia enggan, malah sombong dan menjawab:"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau ciptakan dari tanah?" (Surah al-Isra':61)
Azazil dihalau keluar dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Firman Allah: Dia (Iblis) berkata: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orang yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, pasti aku akan sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil". (Surah al-Isra':62)
Syaitan yang 'dirantai'Para ulama berbeza pendapat dalam menafsirkan maksud hadis tentang syaitan dirantai. Ibn Hajar al-'Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang dimaksudkan dengan syaitan dirantai ialah para syaitan tidak dapat menggoda umat Islam kerana ibadah puasa berperanan melemahkan syahwat.

Menurut Imam Nawawi Rahimahullah menyebut ia hanya 'majaz' atau kiasan untuk menunjukkan betapa syaitan tidak mampu melaksanakan tugasnya seperti biasa menyebabkan dirinya bagai 'dirantai'.

Menurut pandangan Imam As-Syafie, hanya jin dan syaitan bengis dibelenggu, manakala yang lain masih bebas.Kesimpulan daripada pendapat tersebut, jin dan syaitan masih dapat mengganggu manusia di bulan Ramadan.

Keteguhan iman serta amalan ibadah seseorang yang sebenarnya dapat membelenggu jin, menghindari daripada hasutan kejahatan serta tipu dayanya.Puasa adalah suatu ibadat 'tazkiyah al-nafs', iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada segala penyakit rohani. Ia dapat meningkatkan nilai takwa di sisi Allah yang dapat menghindarkan kita daripada gangguan makhluk halus.

Berikut surah amalan bagi mengelakkan diri daripada gangguan kerasukan:-
l Surah Al Baqarah ayat 165 hingga 186
l Surah Al A'raaf ayat 146 hingga 159
l Surah Al Baqarah ayat 244 hingga 255
l Surah Al Mukminun ayat 105 hingga 118
Jadikanlah Ramadan sebagai bulan meningkatkan amal ibadah dan istiqamah dilakukan di bulan-bulan lain.
Selain dapat mengamalkan sunnah, kita dapat memelihara kesihatan tubuh badan kita daripada pelbagai jenis penyakit dan terhindar dari kerasukan! Insya-Allah.
READ MORE- Kerasukan di bulan Ramadan?

Kalau Jin & Syaitan Kena Rantai, Kenapa Ada Kerasukan Di Bulan Puasa?-seram kot

Kita tahu bila masuk ja bulan Ramadan syaitan akan diikat sampailah habisnya bulan puasa. Selebihnya adalah nafsu dan diri kita semata. Tapi korang pernah tak dengar, lihat atau alami sendiri kerasukan di bulan Ramadan? Kenapa kerasukan boleh berlaku kalau semua jin dan syaitan dah diikat? Korang baca sendiri penjelasan lelaki ni.

Syaitan tak dapat hasut tapi kenapa boleh rasuk?

Iblis asalnya ketua malaikat yang taat.

Manusia hanya ada syaitan bukan iblis.

Hanya ketua jin & syaitan yang dirantai.

READ MORE- Kalau Jin & Syaitan Kena Rantai, Kenapa Ada Kerasukan Di Bulan Puasa?-seram kot

Tuesday, 22 May 2018

Kisah Benar : Lelaki belikan daging Babi dan Ular untuk ibu berbuka puasa..Allahurabbi..


Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru-baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit-jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba-tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya, “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz” jawab pemuda itu. Ustaz tergamam tidak terkata. ”Masya Allah” hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita. ”Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa” ceritanya lagi. ”Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”. ”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi bahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Kedua ibubapa kita boleh pelihara anaknya sampai sepuluh orang anak hingga ke remaja, tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.
READ MORE- Kisah Benar : Lelaki belikan daging Babi dan Ular untuk ibu berbuka puasa..Allahurabbi..

Kejadian di Bulan Puasa

jadi, akhirnya ane cerita lagi nih. pengalaman pas menjelang akhir bulan puasa tahun ini.
berhubung gak megang-megang PC akhirnya baru sempet dah nulisnya sekarang

Tahun ini gak kayak tahun sebelumnya, ane full ngelaksanain puasa sampe lebaran di rumah ortu ane. kebetulan emang adik ane, Ali (yang ane ceritakan di cerita sebelumnya) sekarang kan udah kuliah di salah satu universitas negeri tersohor di Jogja, dan pas banget doi juga udah pulang untuk liburan.

sekilas tentang adik ane, Ali. mukanya jiplakan muka ane
bocahnya lucu, agak addicted sama yang namanya baca buku, cerdas dan dengan kulit cenderung hitam dan tinggi badan yang mencapai 180cm++ diiringi bodi yang cukup gemuk, Ali sukses kelihatan bongsornya. jadi gak heran, kalo kemana-mana jalan dianter doi, doi seringkali disangka abang ane atau bahkan suami ane.
nah... walaupun badannya gede tinggi bongsor, tapi si ali ini rada klemar-klemer gan. jalannya bungkuk, dan gak se-kekar posturnya. maklum lah, namanya juga anak yang lebih nyandu baca buku dan ngeDOTA. doi kan bukan tipikal anak yang suka olahraga.

nah skip skip

biasanya, menjelang hari besar keagamaan terutama lebaran yang emang khas dengan tradisi MUDIKnya, alhasil bokap ane pun tambah sibuk di kantor. sesuai dengan bagian tugasnya, hari-hari menjelang lebaran justru beliau banyak gak pulang karena mesti terus bertugas dalam kaitannya dengan armada yang digunakan untuk keperluan mudik ini.

rumah jadi sepi karena gak ada bokap.

biasanya, bokap suka begadang. entah cuma untuk nonton TV sampai dinihari, atau bahkan ngabisin cemilan ane di kulkas

alhasil, cuma Ali lah yang selalu terjaga sendirian. Doi emang suka susah tidur, makanya doi biasanya belajar di ruang keluarga atau di depan TV di ruang tengah lantai 2 sampai menjelang sahur, kemudian ngebangunin orang sekeluarga lalu ikut sahur bareng sampe kemudian tidur setelah sholat subuh.

Quote:Cerita 1: terima kasih sudah jadi pengingat.

seperti yang udah ane ceritain sebelumnya, kamar ane terletak di lorong menuju dapur. nah diantara dapur dan ruang tamu, ada tangga akses untuk naik ke lantai 2 dan tepat bersebelahan dengan tembok kamar ane, cuma dipisah jalan berukuran sekitar 1.5m untuk akses lewat arah ruang tamu menuju dapur dan sebaliknya.

dengan begitu, segala akivitas yang terjadi di lantai 2 sudah pasti jelas terdengar dari kamar ane.

malam itu, ane tidur lebih awal. rutinitas cowok ane, biasanya doi nelpon ane setelah terawih sampai tengah malam/dinihari. nah malam itu karena ane kelelahan dan emang cowok ane emang lebih banyak diem dan dengerin ane saat menelepon (aneh ya? emang ) ane pun jadi ngantuk berat dan langsung ketiduran.

jam waktu itu masih menunjukkan jam 10 malam lewat dikit.

di tengah lelapnya tidur ane..


dug drugdugdugdugdrug

seperti orang berlarian di lantai 2.

ane pikir si Ali kan, masih entah ngapain.

dug drugdugdugdugdrug

suaranya terus terjadi berulang ulang sampai akhirnya ane emosi. ane beranjak keluar kamar.

"ALIIII..!!!! BERISIK BANGET SIH LO!" teriak ane sambil berjalan menuju lantai 2.

sesampainya di lantai 2.... JRENG JREEEEENGG...!!!

Ali bobo cantik dengan iler berlinangan di kasur depan TV dengan buku bacaannya masih ada di genggamannya.

pintu depan terbuka lebar sampai angin malam masuk dengan dinginnya. begitu pun dengan pintu belakang, dan semua pintu kamar. ane lihat jam dinding di salah satu sisi tembok, jam 12 malam tepat

khawatir suara tadi adalah suara maling, ane nyalakan semua lampu, ane periksa semua sudut lantai 2. nggak ada siapa-siapa. nggak ada barang hilang. pun nggak ada gelagat abis ada orang lewat.

"lha masa iya ada orang gradag grudug si Ali gak denger sih?" gitu pikir ane.

akhirnya ane matikan beberapa lampu, ane tutup semua pintu, ane kunci.

ane pun kembali turun, berlari. bukan lanjut tidur di kamar, tapi lanjut tidur di ruang keluarga bareng Ulid dan Bintang

yaaa sudahlah, ane anggap aja itu ada lah suara langkah kaki milik si 'bapak' atau mungkin 'anak-anaknya' yang jadi penunggu lantai 2 untuk mengingatkan ane mengunci pintu karena adik ane keburu ketiduran


Quote:Cerita 2: ciluuuk.... BAAAAAAA!!!!

siang hari biasanya ane sendirian, nyokap sibuk dengan kegiatannya sendiri, begitu pun adik-adik ane. bokap masih gak pulang.

siang itu, nyokap ada keperluan di sekolah untuk konfirmasi error ijazah siswa yang akan ditulisnya. Ali lagi kursus mengemudi, Ulid dan Bintang lagi main entah dimana.

Adzan Dzuhur berkumandang.

setelah ambil wudhu, ane pun menuju ke kamar untuk ambil perlengkapan sholat. tapi kok ya ane merinding banget gitu?

okelah, ane beranjak ke ruang keluarga. ane matikan TV dan sholat disitu. tepatnya pas di depan lorong menuju dapur.

ya pada taulah, jarak pandang cewek kan luas ya. dan berhubung arah kiblat di rumah ane sedikit miring ke arah kiri. alhasil dari tempat ane sholat, terlihat lah dengan cukup jelas itu view dapur dan seisinya.

skip skip

baru aja ngucapin

"aaaaaamiiiiiiin.."

karena posisi sholat kan nunduk ya,
ane lihat sosok seperti bayangan tinggi besar beringsut masuk dari arah garasi kemudiam diam di dekat kompor. (FYI semua pintu terkunci kecuali pintu ruang keluarga)

ane berusaha cuek.

ane lanjutkan sholat ane.

saat bacaan i'tidal, bayangan itu mendekat.

syuuuuut..

dia tepat di tiang dapur.

ane mulai takut, deg-degan

akhirnya sholat ane batalkan dan ane lari ke teras untuk nyari dan manggil Ulid/Bintang
READ MORE- Kejadian di Bulan Puasa

CERPEN 7 - KISAH PALING SERAM DI BULAN RAMADHAN

KISAH PALING SERAM DI BULAN RAMADHAN - seramkot




Begini kisahnya..
Petang tadi aku balik kerja redah hujan lebat. Guruh berdentum dentam. Tapi kereta tak banyak pula di jalan. Tak sangka pula semua orang dah siap balik raya agaknya. Tinggal aku sajalah kena kerja esok.

Sampai rumah pun lorong sunyi sepi. Selalu itu ada juga anak jiran ramai-ramai main mercun. Hujan agaknya. Baru keluar kereta nak buka pintu pagar, nampak Mael jiran sebelah siap baju melayu kain pelekat nak ke masjid. Berhenti depan rumah aku, dia kata, "Lekas weh, takut tak sempat!".

Aku sengih je. Apa bendalah Mael ni, tak pernah-pernah dia kejar makanan berbuka masjid. Tak kanlah ada makanan special pula.

Lepas masuk rumah, aku buka facebook kejap. Semua orang pun tulis status yang sama, "Takut tak sempat, takut tak sempat". Ini viral terbaru ke? Teringat pula dengan Mael tadi. Tersengih simpul aku. Mesti ada benda kelakar ni fikir aku.

Siap masak megi dengan buat milo panas, aku tunggu azan maghrib. Rasanya lagi 20 minit sebelum azan. Aku rasa tadi sunyi sepi, tapi tiba-tiba dengar banyak suara orang menangis merintih. Siapalah pasang tv kuat sangat. Yang peliknya bergema rumah aku. Aku rasa suara jiran belah kanan. Dengar suara menangis rintih-rintih sebut "Allah, ampun kami, ampun kami". Jiran belah kiri pun dok merintih juga. Aku keluar rumah pula, anak jiran merintih atas motor sambil pegang kurma.

Aku datang dekat, "Ini kenapa rintih-rintih pegang kurma ni?" tanya aku. Anak jiran terus menangis. Aku tengok jam, lagi 2 minit nak azan. Aku masuk rumah balik duduk depan megi. Tertanya-tanya juga aku akan semua ni. Tiba-tiba dah mula rasa seram. Berdiri juga bulu roma.

Scroll facebook nampak tak ada orang update status sejak status akhir aku tengok tadi. Scroll lagi ke bawah, internet pula hang. Aku taip kat google "Viral tak sempat ampun kami ya Allah". Google dok loading. Internet pula slow. Aku pun dengar azan. Baca doa, terus berbuka. Tengah sedap hirup kuah megi, aku dengar azan maghrib bunyi macam lain pula. Sayu-sayu, dan suara macam bilal baru habis menangis.

Aku pun cepat-cepat nak ke masjid, tengok lorong sunyi sepi semula. Sampai masjid tu dia, parking penuh. Masjid pun melimpah ruah dengan manusia. Hampir semua orang lorong aku, lorong sebelah, semua lorong taman datang masjid. Aku masbuk kat tepi longkang. Selesai solat, aku cari Mael, tak jumpa pula. Dah macam demonstrasi aman. Bersesak-sesak orang dok baca quran, solat sunat semua.

Sementara tunggu Isyak, aku jalan dengan kereta nak pergi supermarket, bawang dah habis. Supermarket pun sunyi sepi. Aik pelik sungguh. Semua orang dah siap beli barang raya ka. Dah ambil bawang, sampai kat cashier, adik cashier tengah nangis-nangis baca quran kecik. Aku yang scan bawang sendiri dan letak duit. Aku dah mula rasa seram.

Tengah nak balik masjid, aku ubah plan. Nak pergi masjid taman perumahan sebelah. Tu dia, parking penuh juga. Aku pergi masjid taman sebelah lagi pula. Tu dia. Parking penuh. Masjid taman lagi sebelah. Tu dia. Parking penuh juga. Azan Isyak pun dah berkemandang, aku park kereta. Jalan kaki dalam 15 minit, punya penuh parking, terpaksa parking jauh. Aku masbuk tepi longkang lagi. Lepas Isyak orang semua bangkit solat sunat. Aku pula masih tak habis solat. Lepas tu tarawih. Imam baca punya sayu, aku menitis juga air mata. Setiap kali baca doa, Imam ada tambah doa bahasa Melayu,

"Ya Allah, ampunilah kami ya Allah. Hari ini semua rakyat Malaysia baru tersedar hadis riwayat bazzar, al hakim, disahihkan oleh Imam adz Dzahabi, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, ada disebut Nabi s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Jibrail a.s telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut....

Ya Allah, baru kami tersedar dan kami sangat takut ya Allah, Jibril telah doa celaka ke atas orang yang tak diampuni selepas Ramadhan, Nabi dah aminkannya! Doa kekasihmu yang mana tidak dimakbulkanMu ya Allah?!! Sungguh kami yakin Kau memakbulkan doa kekasihMu itu, maka barangsiapa yang tak diampuni di Bulan Ramadhan, maka celakalah dia. Kalau dia bernasib baik, dia berjumpa Ramadhan seterusnya, dia ada peluang bertaubat. Tapi kami tak tahu kami sempat atau tidak! Kami takut tak sempat, takut tak sempat, maka kami mati sebelum Ramadhan tahun depan, matilah kami dalam keadaan yang celaka! Sungguh, sebelum Ramadhan hari ini berakhir, ampuni kami ya Allah! Ampuni kami!"

Tersentak aku. Menitis air mata, berjurai-jurai turun lenjun pipi hingga basah janggut. Aku pun keluar suara teresak-esak... "Amin ya Allah, Amin ya Allah, aku juga takut tak sempat". Gementar aku kalau betul aku jadi orang celaka, sepanjang Ramadhan tak minta ampun, tak sungguh sungguh doa, asyik makan megi dan minum milo panas je. Solat sunat entah ke mana, tahajjud entah ke mana, tarawih, solat jemaah, zikir, quran. Astaghfirullah.

Malam itu habis satu Malaysia merintih pada Allah. Bersungguh-sungguh doa. Sampai semua non muslim pun teresak-esak menangis. Tanyalah pejabat agama, hampir semua non muslim berbondong-bondong masuk Islam. Memang semua takut. Siapa tak seram kalau dijadikan orang celaka sebab tak pernah ikhlas minta ampun pada Allah, dan tak diampuni hingga habis Ramadhan. Siapa sanggup berjoget, menari nyanyi-nyanyi lagu kuih raya duit raya semua. Siapa? Mana ada orang sanggup nak fikir tukar langsir baru, ketupat semua, mana sempat nak fikir, kalau Ramadhan kali ini tamat tanpa diampuni Allah, maka Nabi kita dah pun aminkan kita jadi celaka! Tak takut lagi?

------------

Aku pun hantar karangan ini pada Cikgu BM aku. Dia kata banyak salah eja, tapi dia menangis, dia kata dosa dia lagi banyak belum mohon Allah ampun daripada kesalahan ejaan karangan aku ini.

TAMAT



Sumber
READ MORE- CERPEN 7 - KISAH PALING SERAM DI BULAN RAMADHAN

Friday, 16 March 2018

5 video penampakan seperti hantu POCONG


5 video penampakan seperti hantu POCONG

 

 

READ MORE- 5 video penampakan seperti hantu POCONG

Seorang pemandi jenazah berkongsi tentang pengalamanya

.Seorang pemandi jenazah berkongsi tentang pengalamanya...

HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk. Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya.

Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit. Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah. Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah. "Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. "Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut. "Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang. Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya. Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur.

Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika. Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi. Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat. Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala. Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah. Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya. Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam. Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan.

#sumber dari kisah seram dan misteri#
READ MORE- Seorang pemandi jenazah berkongsi tentang pengalamanya

beginila caranya hantu menumpang kenderaan

video dibawah ini mrupakan cara hantu menumpang kederaan yang diingininya..
video ini dikatakan hasil dari rakaman cctv die negara jepun.

jom saksikan video dibawah ini:


READ MORE- beginila caranya hantu menumpang kenderaan

Saturday, 30 December 2017

Menempah Bilik.



Menurut majalah tersebut,pada hari kejadian..gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah markrobas ( Bas Mini ) untuk menuju ke satu destinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, "Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.
READ MORE- Menempah Bilik.

Teksi.



Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok. Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan. Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja. Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami. Sempat jugak saya bertanya, "Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat. Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya. 

Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali. Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.
READ MORE- Teksi.

Friday, 29 December 2017

Sesuatu Ikut Pulang Dari Tempat Tugas.



Saya juga ingin berkongsi sama pengalaman yang saya sendiri alami. Apa yang berlaku pada saya bukanlah dibuat-buat tapi yang sebenarnya terjadi pada saya kira2 sebulan lebih yang lalu, ketika saya bertugas hingga lewat malam untuk menyelesaikan laporan untuk keesokan harinya. Bila sudah selesai, jam di tangan saya menunjukkan kira2 jam 1.20 pagi. Saya langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika saya hendak melangkah keluar dari tandas, saya terkejut bila pintu tandas di belakang saya seperti digegarkan. Walaupun terkejut saya tidak memikirkan apa2. Saya sempat berkata dalam hati, "Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai bergegar pintu bila berjalan?" Saya terus ke pintu untuk periksa lantai dan dinding pintu kubikel kerana saya bersama teman2 sekerja dilatih agar mencari punca sekiranya sesuatu berlaku. Saya periksa semua ok tidak ada apa2 pun. 


Saya pun pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar saya terdengar pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi. Tok... Tok... Tok... Tok... Saya terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Saya perhatikan buat seketika, terdiam saya bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Saya beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis. Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah. Sampai saja saya terus bersihkan diri dan siap2 untuk tidur apabila saya terdengar salakan anjing melolong tinggi. Saya terus bangun dan pergi ke balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Saya perhatikan dalam hati ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Saya terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa2 hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah. Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan putarkan CD ayat2 suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat tidur. Itu saja yang saya ingin kongsi sama.
READ MORE- Sesuatu Ikut Pulang Dari Tempat Tugas.

Ketidakmampuan mengawal rasa takut



Jika ketakutan yang dihidapi oleh seseorang itu melampau atau keterlaluan, maka rawatan tertentu diperlukan bagi mengatasinya.


Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila. Dengan kata lain, masyarakat memandang serong terhadap orang yang menghadapi penyakit mental.

Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98 peratus lagi tidak ada kena mengenai dengan penyakit tersebut.

Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah.

Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.
Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain.

''Orang ini tahu bahawa fobianya itu tidak setanding dengan benda yang dia takut. Namun dia tidak berdaya melawan. Kerana terlalu takut, dia akan cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan objek atau situasi tersebut. Jika tidak dirawat, dengan melihat gambar atau mendengar cerita pun dia akan berasa takut.

''Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras.
"Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.

''Orang yang fobia ini seterusnya akan tertanya-tanya adakah dia diserang serangan jantung atau strok dan sebagainya. Dia mula hilang kawalan, semakin cemas dan terasa macam hendak mati,'' kata pakar psikiatri Hospital Pusrawi, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman yang ditemui baru-baru ini.
Tambahnya, jika kesemua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakkan daripada pergi ke tempat yang ditakutinya.

Beliau berkata, terdapat perbezaan antara fobia dan rasa takut biasa. Perasaan takut merupakan perkara biasa kepada manusia normal.
''Adalah perkara biasa bagi kanak-kanak mempunyai perasaan takut. Sebanyak 90 peratus kanak-kanak yang berumur dua hingga 14 tahun mesti takutkan sesuatu sementara yang berumur di antara 0 hingga dua tahun takut kepada orang yang tidak dikenali, bunyi bising, bila terpaksa berpisah dengan ibu bapa seperti apabila dihantar ke rumah pengasuh dan sebagainya.
''Kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun pula lebih suka berkhayal atau takut kepada benda yang kita tidak nampak seperti hantu, raksasa dan gelap.

''Daripada umur tujuh hingga 16 tahun pula mempunyai perasaan takut yang lebih realistik seperti apabila perlu berpidato, menghadapi peperiksaan dan takutkan kemalangan.
''Ada banyak jenis ketakutan dan jika ibu bapa tidak bijak mengawalnya maka ia akan menjadi fobia yang serius setelah anak dewasa kelak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan jangan mengugut anak dengan meletakkan benda yang ditakuti di hadapan anak. Cara respons anak semasa kecil memberi kesan kepadanya setelah dewasa,'' ujar Daniel Zainal lagi.
Menurut beliau, antara jenis fobia yang biasa ialah:

l Fobia terhadap binatang tertentu.

l Fobia terhadap alam sekeliling seperti ketinggian, menaiki lif, tangga, air dan gelap.

l Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.

l Fobia sosial iaitu takut diperhatikan dan orang ini akan cuba mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain.

l Agoraphobia - orang yang sudah ada serangan panik dan akan rasa takut di mana-mana saja dia pergi. Dia sentiasa berfikir jika sesuatu terjadi padanya siapa yang akan menolongnya. Ini akan menyebabkannya tidak mahu keluar rumah.

Daniel Zainal berkata, orang yang terlalu fobia hingga menjejaskan jadual harian boleh dirawat menggunakan kaedah tingkah laku dan kognitif (cognitive behaviour therapy) dan terapi pendedahan.
Ujarnya, orang yang fobia juga akan diajar teknik bertenang seperti pernafasan, meditasi (orang Islam boleh berzikir) dan merehatkan otot-otot. Cara ini boleh mengawal dan mendapatkan keyakinan.
Beliau memberi amaran supaya tidak mengambil ubat penenang secara sewenang-wenangnya. Ubat-ubatan sebegini hanya bertindak untuk sementara waktu. Bagaimanapun ia dibolehkan jika diambil mengikut peraturan dan nasihat doktor.
READ MORE- Ketidakmampuan mengawal rasa takut