Ok, kita mulakan dari awal.
- Sulur Bidar ni, gelaran yang diberikan oleh kaki pancing untuk “makhluk” atau “fenomena”.
- Ia paling terkenal untuk Tasik Kenyir, Malaysia. Tasik lain ada juga dengar ceritanya tapi cerita ini paling sering dikaitkan dengan Tasik Kenyir.
Kisah yang paling terkenal (versi yang saya tahu) semenjak kecil lagi adalah di bawah ni.
Ia diceritakan semula oleh pelukis komik (ada ilustrasi). Ia dikatakan dari kisah benar yang diceritakan semula.
Ok, kita buka cerita :
- Sekumpulan kaki pancing, sedang memancing di Tasik Kenyir (naik satu bot).
3. Ada sorang ni, mulur celupar dan kata nak pancing Sulur Bidar.”Kalau aku jumpa Sulur Bidar, aku pancing je..” Agaknya, macam tu lah dialognya kot.
4. Tak lama lepas tu, pusaran air berlaku. Mungkin macam ni agaknya air pusar tu.
5. Dari air pusar tu, timbul daun-daun kering (dari bawah air ke tengah pusaran).
6. Orang kata, daun tu kering walaupun ianya dari dalam air. Dan jika diambil, boleh dibakar.
7. Mereka datang dekat dengan pusaran air tu, ambil daun tu dan bakar untuk pastikan betul ke ianya adalah air pusar Sulur Bidar.
8. Selepas ambil daun dan bakar (daun sah terbakar). Tiba-tiba, air mula berkocak sangat kuat sehingga bot terbalik.
9. Dalam kalut-kalut tu, sorang yang mulut celupar tu berjaya berenang ke tepi dan selamat.
10. Kawan-kawan beliau yang lain tak dapat berenang ke tepi.
11. Gambaran dalam ilustrasi pelukis tentang apa berlaku, tubuh mangsa yang bercerai dari badan timbul satu persatu.
Kesimpulan :
Sulur Bidar masih tidak diketahui. Apakah ianya makhluk mahupun ianya adalah fenomena.
Untuk yang menggambarkan Sulur Bidar sebagai makhluk :
1. Berbentuk leper
2. Bersaiz besar sehingga mempunyai kekuatan membuat kocakan air sehingga boleh buat sebuat bot kecil terbalik.
3. Digambarkan seolah-olah kelihatan macam kulit ular. Sekali imbas ia kelihatan mirip kulit ular = sepadan.
Ada yang gambarkan ia sebagai :
1. Makhluk hidup (gambaran yang paling logik, saya dah letakkan sebagai video pertama).
2. Makhluk mistik (bagi yang percaya akan alam ghaib, kita sedia maklum bahawa jin bukan Islam aka syaitan boleh berada di mana-mana, dan akan lakukan apa yang mereka suka untuk mengganggu dan memesongkan akidah manusia)
3. Fenomena (pelepasan gas/udara dari dasar air boleh berlaku namun gelembung udara tidak akan menyebabkan tubuh manusia berkecai seperti gambaran cerita).
Sehingga hari ini, belum ada mana-mana pihak yang mengkaji dan membongkar cerita ini secara terperinci.
Jadi, Sulur Bidar masih lagi sebuah misteri.
Tinggalkan komen anda di bawah ye.. =)
credit
No comments:
Post a Comment