Saya perkenalkan diri sebagai inang, saya ingin berkongsi kisah dengan semua. Kisah seram ini berlaku ketika saya sedang menuntut di sebuah pusat pengajian awam di negeri pantai timur.
Kehidupan saya pada mulanya seperti biasa, tiada apa yang aneh malah saya tidak sedikit pun menyangka akan mengalami kisah yang di klasifikasikan sebagai kisah seram benar ini.
Saya seorang pelajar yang suka berada di kampus sehingga lewat malam. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan saya sejak menuntut di peringkat ijazah. Ia turut dipraktikkan ketika belajar di peringkat Master.
Kisah Seram Benar Di Rumah Inang Sari | Gangguan Misteri
Pada suatu petang saya dan seorang kawan bercadang untuk membuat penulisan tesis kami sehingga pukul 10 malam. Petang itu saya ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. Ketika saya sedang membasuh muka, saya seperti merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan saya. Saya menyelesaikan wuduk dan apabila saya melihat cermin di hadapan saya melihat kelibat berwarna hitam laju keluar ke arah pintu tandas. Saya terkejut dan menoleh ke belakang siapakah kelibat yang berlalu pergi dan saya dapati tiada sesiapa pun.
Saya berjalan keluar dari tandas dan terus menuju masuk kebilik siswazah. Ketika dalam perjalanan ke bilik siswazah, saya seolah- olah sedang di ikuti oleh sesuatu di belakang. Tanpa menoleh saya mempercepatkan langkah. Saya menunaikan solat Asar dan terus menyambung tugasan saya sebelum ini. Saya hanya berdiam tanpa menceritakan kisah misteri yang baru saya alami tadi kepada kawan saya.
Malam semakin larut, sedar tidak sedar hampir pukul 11 malam. Kami mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke rumah. Saya menyangka kan hal itu hanya setakat itu sahaja. Sekembali saya ke rumah saya membersihkan tubuh dan terus berehat. Saya merasa trauma dan seakan ada yang sedang melihat saya pada tingkat atas rumah dalam keadaan terapung. Bilik saya di tingkat atas.
Kisah Seram Benar Di Rumah Inang Sari | Gangguan Jin
Apabila saya berada di rumah di tingkat bawah sering melihat kelibat berlari menuruni anak tangga. Dan ketika saya membuat kerja, saya dapat rasakan ada yang melihat saya di belakang. Apabila saya menoleh tiada apa pun yang kelihatan. Keadaan ni berlarutan dan menyebabkan saya nekad untuk mengetahui; apakah yang menganggu saya?
Satu malam saya tidur awal untuk bangun semula menunaikan solat Qiyam memohon agar Allah memberi petunjuk. Setelah selesai solat saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya bertemu dengan seorang budak kecil kelihatan lelaki berumur sekitar 5 tahun. Kanak² lelaki itu tidak berbaju dan tubuh nya berdaki. Rambutnya pendek dan kelihatan botak. Seluar nya diperbuat daripada kulit kayu dan di ikat dipinggang.
Kanak² lelaki ini suka mengikut saya dan sentiasa berada di sisi saya walau kemana saya pergi. Dalam mimpi itu saya turut melihat susuk 2 orang wanita. Seorang wanita muda remaja Dan seorang wanita dewasa. Mereka berdua memimpin tangan kanak² lelaki ini.
Kisah Seram Benar Di Rumah Inang Sari | Merawat Gangguan Jin
Keesokkan hari saya berjumpa seorang ustaz dan selepas saya di rawat saya berasa sedih dan sayu. Perasaan saya seperti rindu pada seseorang yang telah pergi meninggalkan saya. Namun saya tidak tahu pada siapa.
Keadaan saya tidak tamat di situ, malah semakin bertambah teruk. Saya tidak dapat tidur awal di malam hari dan sering ketakutan tanpa sebab.
Suatu hari saya tidak ke kampus dan saya mendengar suara memangil nama saya. Bila saya membuka pintu bilik tiada sesiapa.
Kemudian saya berbaring semula di katil. Ketika saya melihat ke pintu bilik saya melihat susuk tubuh berwarna putih dan berambut putih panjang ke pinggang. Rambutnya lurus dan rapi. Muka susuk itu tidak kelihatan kerana dia menundukkan wajah nya.
Saya ketika itu sudah agak itu bukan manusia dan ianya adalah Jin. Saya pun tidak menghiraukan dia. Dia menghampiri saya dan duduk di sebelah saya. Saya memejamkan mata dan menarik selimut. Tidak mahu melayan si dia yang begitu bersungguh untuk berkenalan.
Apabila saya membuka mata dan melihat ia masih di sebelah saya. Dan saya katakan jangan kacau saya lagi. Tiba² saya melihat ia pergi ke pintu bilik dan hilang bersama hilaian yang panjang…hiiiiii…hiiiii…hiiii.hihihi…hiiiiiiiiiii…
Saya terus bangun mengemaskan barang² keperluan dan terus keluar dari rumah tersebut.
Kisah Seram Benar Di Rumah Inang Sari | TAMAT
Bersambung…..banyak lagi cerita saya. Tangan dah penat menaip.
Bertemu lagi dengan cerita saya Inang Sari.
Begitulah serba sedikit perkongsian kisah seram yang penuh misteri yang telah di alami sendiri oleh Inang Sari. Tapi sayangnya, kisah seram ni hanya terhenti separuh jalan sahaja. Aku harap Inang Sari akan menghabiskan cerita ini di masa² akan datang okey. Itu sahaja untuk kisah seram sebenar kali ni. Sekian…
No comments:
Post a Comment