Salam..Mungkin ada yang
pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ni. Atas
permintaan beberapa pelajar RIDAM sebelum ni, RIDAM nak kongsikan
perkara ni sebagai menambah ilmu pengetahuan, teladan dan pedoman..
boleh?
Macam ni...Ummu Sibyan ni adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak. Saya ulang... KAUM...bukan jenis.. Yang pasti ia dari jenis PEREMPUAN JIN...
Kalau
kat Malaysia ni faham-faham la..Banyak sungguh gelaran yang diberi pada
puak jin... Tak kisah la ia dari jenis pelesit, jerangkung, hantu pari or what ever, tapi kalau jenis yang kacau baby atau kanak-kanak dari jantina perempuan jin, maka itu digelar Ummu Sibyan..
Apa kerja si Ummu Sibyan laknatullah ni?
Kerja dia tak lain tak bukan ialah MENGGANGGU baby yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun).
Antara tanda-tanda kenal si Ummu Sibyan ni adalah:-
1.Baby menangis melalak (mata memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil MENGATIP GIGI berulang kali.
4.Demam panas HANYA selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:-
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Kaedah rawatan
1.Masa dilahirkan, terus azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri baby.
dari Husain bin Ali r.a., ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada
bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di
azankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.”
2.Jika lihat kanak-kanak jatuh bersebab, angkat dan bacakan rukyah di ubunnya tak kisah la jenis panjang atau pendek. Paling asas adalah Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul dan selawat.
3.Kalau
kesannya pada budak nakal, leh baca Ayat Sulaiman (An-Naml:30-31) pada
antara 2 tulang belakangnya. Baca 9 kali.. Sekali baca, sekali tiup dan
tepuk. Begitulah yang perlu dbuat setiap malam selama 9 malam masanya.
4.Jika
keadaan penyakit sudah berlarutan seperti masalah otak dan sebagainya,
boleh guna kaedah rawatan Islam. Bab ni perlu di ajar secara SURI
(berguru). Ataupun bawa berubat pada yang ahli.
Itulah serba sedikit berkenaan Ummu Sibyan ni. Sebarkan perkara ni...
Moga kalian di rahmati Allah.
No comments:
Post a Comment