MENU| Home | Facebook

Thursday, 4 February 2016

antara hospital berhantu

Kita biasa dengar, cerita pasal hantu, pontianak atau senang kita compile cakap kisah2 seram yang berlaku di hospital la. Tak kira la hospital mana pun mesti ada kisah mistik yang di ceritakan. Samada benar2 berlaku atau sekadar di ada adakan cerita.. Yang pasti cerita seram & hospital memang sinonim sejak dulu sampai sekarang.


Tapi bukan semua hospital tersenarai sebagai hospital paling berhantu.. Kena ada kateria jugak nak di label sebagai hospital paling berhantu.. Nak tau hospital mana tercalon untuk kategori paling berhantu meh ler baca

Hospital lama Changi, Singapore
Hospital ni katanya memang terkenal dengan keseramannya di singapore. Majoriti orang singapore terutama yang duduk area changi memang tahu kisah seram hospital ni. Katanya hospital ni dulunya bekas markas tentera british yang di ambil alih tentera jepun lepas british kalah. Bila jepun kalah pulak tempat tu di jadikan hospital. Macam biasa bila ramai orang mati kat situ.. maka banyak la cerita mistik, misteri, seram, ngeri bagai.. Yelah, tempat orang mati kat antara tempat di sukai jin untuk berkumpul. Menurut cerita orang2.. ramai yang jumpa hantu tak berkepala. Sebab terlampau banyak sangat gangguan mistik, maka hospital tu di pindahkan ke lokasi lain pada tahun 1994. Lepas tu hospital tu jadi hospital terbiar & menjadi tempat untuk aktiviti paranormal.

Sai Ying Pun Psychiatry Hospital, China
Hospital ni terletak di hongkong. Dibina pada tahun 1892. Masa perang dunia ke 2, Jepun ambil alih hospital ni di jadikan tempat penyiksaan tawanan perang. Lepas tahun 1961 hospital ni di jadikan rumah sakit jiwa & di tutup pada tahun 1971. Di katakan berhantu lepas ramai orang nampak hantu tak berkepala di lorong2, kawasan hospital ni.  Ada jugak yang nampak katanya roh2 yang mati terbakar, bunyi tapak kaki & sebagainya.

Hospital Sakit Jiwa Gonjiam, Korea
Hospital ni katanya penuh barang antik & kesan runtuhan bangunan. Katanya paling seram & banyak kejadian ngeri yang berlaku kat situ. Menurut cerita penduduk tempatan, banyak pesakit kat situ mati cara luar biasa. Akhirnya hospital ni di tutup. Hospital ni menjadi hospital terbiar & barang2 didalamnya di biar macam tu je. 

Hospital Putrajaya, Malaysia
Katanya Hospital Putrajaya pernah buat upacara memagar dengan menggunakan khidmat 40 pengamal perubatan Islam dari Darussyifa. Sebab katanya banyak aduan dari kakitangan hospital yang katanya menerima gangguan mistik & makhluk halus kat situ. Hantu yang paling popular kat situ katanya nama shasha. Amboi hantu nama tak kalah. western gitu. Dia menyerupai wanita berambut panjang. Katanya dia selalu muncul kat koridor bangunan Institut kanser negara pada waktu malam dengan memakai baju putih & kuning. Sejauh mana kebenaran tak sure, tapi info ni aku dapat dari blog ni >> Seram! Kelibat Misteri Wanita Berambut Panjang Di Hospital Putrajaya<<

Cukup la tu. Penat pulak rasa aku nak google. Dah dapat wakil Malaysia hope Mummydearie puas hati. Kena ada wakil Malaysia katanya sebab hantu Malaysia tak kurang seramnya. Kalau ikutkan cerita seram kat hospital ni.. mana2 hospital pun ada kisahnya tersendiri. Mak aku sendiri dulu pernah cerita masa dia bersalin adik aku kat hospital Kulim.. Dia pun pernah alami kejadian seram & mistik.. katanya dia nampak ibu & anak2 hantu. Sebab aku orang kulim maka banyak jugak aku dengar cerita seram pasal hospital kulim tapi bila google hospital kulim takde pulak tersenarai dalam hospital berhantu. Tapi rasanya pernah masuk artikel berita penampakkan pocong kat bilik mayat

No comments:

Post a Comment