Untuk pengetahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia
tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari
syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang
menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta
perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi
tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.
Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila
didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat
Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian
kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul
pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan
tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian
cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada
mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.
Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak
tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam
ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak
tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul,
kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan
daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua
tapak tangannya sebanyak tiga kali.
Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq
dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang
boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang
bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan
lambungku, maka ampunilah dosaku.
Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat
al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya
sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang
membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan
mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni
dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat
pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di
langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan
lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).
Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang
diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini
berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni
dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat
pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di
langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.
Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu
Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat
tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah
tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang
dialami. Wallahualam
Sumber:
http://sapikpotrait.blogspot.com/2014/04/anda-selalu-ditindih-oleh-hantu-sewaktu.html
No comments:
Post a Comment