Walaupun jin
dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh
manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya
syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa
contoh kelemahan jin, di antaranya :
1. Tidak boleh
mengalahkan orang-orang soleh. Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan
dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika
berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 - “Iblis berkata:” Ya
Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku
akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi,
dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba
Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40). Dari
ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat
menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang
itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani
mendekatinya apatah lagi menguasainya.
2. Syaitan takut
dan lari oleh sebahagian hamba Allah Apabila seseorang betul-betul
memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya
dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada
diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar:
“Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).
Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut
oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam
al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut
ini: “Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan)
syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal
untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).
Bahkan, apabila
seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya
(penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin
kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering
disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam
sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga: “Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai
oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari
malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai
Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah
menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah
menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).
3. Jin takluk dan
taat kepada Nabi Sulaiman. Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah
dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas
perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut
ini dalam surat Shad ayat 36-38: “Kemudian Kami tundukkan kepadanya
angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang
dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan
semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat
dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).
Mukjijat ini
diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang
mengatakan: “Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan
kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35). Doa Nabi Sulaiman inilah
yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang
dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim
dikatakan: “Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah
mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah
Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu”
sebanyak tiga kali.
Rasulullah lalu
menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu.
Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami
mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum
ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah
menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk
dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah
darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah
melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian
saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa
saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi
mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim).
4. Jin atau
syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah Syaitan dan jin tidak dapat
menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila
seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka
ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan: “Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi
melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat
menyerupaiku “(HR. Muslim).
5. Jin dan
syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit Sekalipun
jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan
tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah
ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana
apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur.
Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari
langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun
adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat
dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).
6. Jin tidak
dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah Dalam
sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah
pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan
tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama
Allah.
Tutup jugalah
tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air
minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk
masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil
menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya
dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).
Sumber
No comments:
Post a Comment