MENU| Home | Facebook

Sunday, 23 February 2014

Hantu Tumpang Kereta Hingga Terbabas

Ketika melalui kawasan Hulu Salim, pengadu memotong sebuah lori pembaiki jalan namun sebaik sahaja dia cuba melihat cermin pandang belakangnya dia ternampak seperti ada manusia di tempat duduk belakang.Tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya, pengadu sekali lagi melihat ke belakang melalui cermin pandang belakang dan ternampak ada dua orang duduk di belakang.
hantu kereta+xlupa.net  Hantu Tumpang Kereta Hingga Terbabas
Terkejut dan menyedari hakikat hanya dia seorang yang berada di dalam kenderaannya, pengadu tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan Toyota Land Cruiser miliknya terbabas dan tersadai di atas pembahagi jalan itu.
SIBU: Sebuah Totoya Land Cruiser terbabas dan tersadai di pembahagi jalan di KM 31 Jalan Sibu-Durin apabila pemandunya hilang kawalan selepas mendakwa ternampak dua lembaga seperti manusia tiba-tiba berada di tempat duduk belakang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, pemandu berumur dalam lingkungan umur 40-an dikatakan sedang dalam perjalanan dari Sarikei ke Sibu.
Mangsa hanya mengalami sakit di bahagian leher kerana terhantuk pada setereng.
Bagaimanpun, kenderaannya rosak serta kemek di bahagian hadapan dan terpaksa ditunda ke bengkel untuk diperbaiki.
Menurut pengadu kawasan tersebut terlalu gelap disebabkan tidak dilengkapi dengan lampu jalan yang mampu mengundang bahaya.
Dia meminta pihak berkuasa tempatan untuk mempertimbangkan memasang lampu jalan di kawasan berkenaan yang kerap berlaku kemalangan.
Pada 28 April tahun lalu, tiga orang terbunuh selepas kereta yang mereka naiki dirempuh kenderaan lain ketika sedang menukar tayar di tepi jalan.

sumber: lupa.net

No comments:

Post a Comment