Hantu Di Bilik Air
Saya Azeem Zulkifli yang menetap di Shah Alam, Malaysia. Sekarang saya dan keluarga tinggal di Nusa Rhu, Shah Alam. Sebelum ini saya tinggal di Puncak Perdana, di mana saya ingin berkongsi sebuah cerita yang memberi kenangan yang mendalam semasa berumur 11 tahun.
Cerita ini bermula semasa cuti sekolah sempena UPSR. Abah saya telah pergi ke luar negara atas urusan pekerjaan selama seminggu. Ketika malam minggu itu juga, ibu saya terpaksa keluar ke rumah kawannya atas urusan peribadi. Sebelum ibu keluar, dia telah menelefon saudara saya untuk menemani saya dan adik lelaki saya, jadi tinggal saya, adik lelaki, adik saudara lelaki dan kakak saudara di rumah. Setelah setengah jam menonton televisyen, perasaan bosan menyelubungi saya.
Saya dengan tak semena-mena mendapat ide untuk bermain "SOROK-SOROK. Setelah mereka mendengar ide saya, kakak saudara saya memberi amaran kepada saya, "Kau ni nak kena sorok dengan hantu kopek ke? Dah malam2 gini baru nak main. Tak payah lah!"
Kami bermain menggunakan dua alat walkie-talkie. Satu untuk orang yang sedang cari dan satu lagi diberikan kepada salah seorang daripada tiga orang yang harus menyorok. Cara permainan kami ialah mereka yang menyorok haruslah memberi petunjuk suara kepada orang yang sedang mencari melalui walkie-talkie.
Dekat sejam setengah kami bermain, sampailah giliran saya untuk mencari mereka. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga mereka yang sedang menyorok di dalam bilik air ibu saya. Lepas saya jumpa mereka, keluarlah satu-persatu dari bilik air tersebut. Kakak saudara saya, Kak Nana yang keluar paling akhir. Sebab dia yang terakhir, pintu ditutup sepantas mungkin.
Nak tahu apa yang saya nampak sebelum dia tutup pintu bilik air? Apa yang saya ternampak adalah seorang budak perempuan. Budak perempuan tersebut saya dah perasan lama dah sejak saya jumpa mereka dalam bilik air tadi. Mula-mula saya sangka budak tersebut ialah adik saudara saya. Bila Kak Nana tutup pintu meninggalkan budak perempuan tadi dalam bilik air, bulu roma saya naik merinding. "Ada.......HANTU!!!!!!", teriak saya sekuat hati. Mereka apa lagi, lari lintang pukang ke ruang tamu. Orang yang kena marah teruk oleh Kak Nana, saya lah sebab dia yang terakhir keluar dari bilik ayah dan ibu saya.
Setelah terjadi perkara tadi, kami hanya duduk menonton televisyen hingga ibu saya pulang. Itu saja pengalaman saya, terima kasih kerana sudi berkongsi sama. Assalamualaikum...
Read more: http://seram-giler.blogspot.com/2013/03/hantu-di-bilik-air-kisah-seram.html#ixzz2teDDR7s2
No comments:
Post a Comment