MENU| Home | Facebook

Friday, 17 October 2014

Sihir Pemisah

soal jawab dgn Tuan Haji Lokman

Soalan :

Salam Tuan Haji Lokman. Nama saya Puan Tina dan saya baharu berkahwin selama dua tahun.  Kami belum lagi mempunyai cahaya mata. Sejak kebelakangan ini suami saya selalu bersikap dingin terhadap saya, perlakuan dia sangat berubah dan kami selalu bertengkar atas perkara-perkara yang remeh temeh.  Saya mengesyaki suami saya ada hubungan dengan perempuan lain dan ramai sahabat saya memberitahu kami mungkin dikenakan sihir pemisah.  Harap Tuan Haji dapat menjelaskan berkenaan sihir pemisah dan ayat-ayat yang boleh saya amalkan untuk mengatasi masalah ini.  Terima kasih.

Jawapan :

Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata, “Aku telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis, “Kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata, “Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata, “Ya, kamulah (yang betul hebat)”. - RiwayatMuslim
Hadis ini menjelaskan bahawa iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sebagai sasaran utama misi mereka untuk memecah belahkan anak cucu adam. Menjadi kebanggaan kepada mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara setiap pasangan yang berumah tangga.
Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009 sebanyak 27,116 kes perceraian telah dicatatkan  daripada sejumlah 135,136 perkahwinan didaftarkan pada tahun yang sama. Meskipun ianya bukanlah jumlah dominan jika dibandingkan dengan kadar perkahwinan, namun ia masih wajar untuk digusarkan.
Sekadar mengintai-ngintai statistik kadar penceraian mengikut negeri pada tahun 2008, Selangor mendahului dengan rekod kes sebanyak 3,558, diikuti oleh Kedah 2,407, Johor 2,329, Kelantan 2,266 dan Perak 1,951. Itu baru catatan untuk lima buah negeri, belum termasuk lagi negeri-negeri yang lain. Dan ia juga bagi kes yang berjaya didaftarkan secara rasmi namun bagaimana pula jumlah kes yang tidak dicatat dan mungkin terlepas pandang.
Banyak perkara yang menjadi pencetus kepada soal penceraian. Antara alasan wajib yang sering diberikan oleh pasangan-pasangan yang terlibat ialah sudah tidak wujud lagi persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan adanya orang ketiga yang menggoda suami atau isteri, dan tidak terkecuali terdapat unsur-unsur sihir penyebab terjadinya penceraian.

Apa Itu Sihir Pemisah?

Sihir pemisah ini merupakan sihir yang seringkali  dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.  Sihir ini juga dikenali sebagai Sihir “at-Tafriq”.  Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Namun, ia lebih memfokuskan kepada pasangan suami isteri agar hubungan kedua-duanya bermasalah dan akhirnya membawa kepada penceraian. Ibnu Kathir ada menjelaskan bahawa setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk samada dari rupa paras atau perilaku.
Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir ini adalah menggunakan barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi. Juga boleh dimasukkan ke dalam makanan yang mangsa terkadang-kala tidak menyedarinya.
Sebenarnya apa yang digunakan diatas hanya lah hiasan luar yang digunakan oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan-pelanggan mereka.  Pengamal sihir ini sebenarnya menggunakan jin-jin dalam simpanan atau belaan meraka sebagai pengantara ilmu sihir mereka. Apabila pengamal sihir tersebut mahu menghantar sihir kepada seseorang, pengamal sihir ini sebenarnya menghantar jin-jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada pengamal sihir tersebut. Maka, jin-jin yang dihantar itu memasuki tubuh badan si mangsa dan mereka inilah yang melakukan kerosakan-kerosakan dalam badan manusia. Jin-jin tersebut akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia untuk melakukan perkara-perkara yang dihendaki oleh pengamal sihir tadi.
Antara simptom-simptom yang sering saya diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
  • Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali
  • Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir
  • Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya
  • Timbul rasa cemburu yang melampau sehingga menyebabkan isteri rasa berang kerana mensyaki si suami telah menduakannya, padahal suami tidak berbuat yang sedemikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami ataupun tidur sebilik
  • Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan
  • Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena
  • Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal si suami tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri

Rawatan Akibat Sihir Pemisah

Di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah ini tidak menggunakan khidmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:
  • Amalan Bacaan Al-Quran
  • Berdoa memohon kepada Allah (s.w.t)
  • Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)
Selain dari 3 amalan ini, perubatan ini menggunakan air mineral. Untuk rawatan sihir pemisah, perawat-perawat sedaya upaya berusaha untuk menangkis ilmu sihir yang dikenakan kepada mangsa dengan izin Allah s.w.t. Antara prosedur rawatannya:-
  • Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui kaedah yang telah dipraktikkan oleh perawat-perawat Al-Hidayah (dengan izin Allah s.w.t) dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan perawat untuk rawatan
  • Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini

Senarai Bacaan Ayat-ayat Penawar Untuk Mangsa Sihir Pemisah

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit gangguan ilmu sihir pemisah akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.  Ayat-ayat tersebut adalah:
  • Surah Al-Baqarah ayat 165 hingga 186, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t
  • Surah Al A’raaf  ayat 146 hingga 159, baca 3 kali selapas solat Subuh atau siang hari dan mohon doa kepada Allah s.w.t

Penutup

Ancaman sihir yang berlaku saban hari ini bukanlah suatu metafora atau omongan kosong semata-mata. Ianya adalah realiti yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat kita di luar sana. Selagi ada rasa dendam, dengki dan iri hati, selagi itulah iblis serta bala tenteranya akan terus berusaha menjerumus manusia kepada perkara-perkara yang terkeluar dari landasan syariat Islam. Tiada jalan lain untuk menangani masalah sihir yang dihadapi selain dari mendekatkan diri kita kepada Allah.  Firman-Nya yang bermaksud;
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu)” - Surah At-Taghaabun Ayat 11\
Dirikanlah solat dan berdoalah kepada-Nya agar kita sentiasa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi ujian dan dugaan-Nya. Mohonlah kepada-Nya untuk membantu kita untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada-Nya, diberi kekuatan untuk bermujahadah melawan serta menangkis segala hasad dengki manusia dan tipu daya iblis laknatullah. Kerana, sesungguhnya hanya Dia yang Maha Pelindung dan Maha Mengabulkan doa-doa hamba-Nya.


sumber:http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/sihir-pemisah
READ MORE- Sihir Pemisah

50 Tanda-tanda Anda Terkena Sihir Dan CARA MENGATASI GEJALA SIHIR


DEFINISI SIHIR


Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.


Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.


Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh biarpun rajin bercinta.
  4. Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam mimpi yang takut-takut.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar ke atas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis bak kena sampuk.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia masih muda.
  20. Panas baran tak menentu biarpun perkara remeh.
  21. Sikap berubah secara mendadak. Lebih kepada watak atau moral yang rosak. Mengadu domba.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-Quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk serta gelisah bila dengar al-Quran.
  28. Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan-angan ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.
  39. Melihat jin atau lembaga hitam secara terus.
  40. Sakit mental atau gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.
  41. Temat asyik melihat babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam. Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.
  42. Demam yang berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam dan Subuh.
  43. Suka tengok cermin lama - lama.
  44. Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa-apa, normal. 
  45.  Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya. 
  46.  Barang-barang electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin basuh, komputer dll)
  47.  Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada toyol yang mencurinya.
  48. Kerap bunyi goli atau kerusi ditarik di atas siling rumah. 
  49. Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah. 
  50. Dengar orang yang dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri... dll) panggil tapi tengok tak ada orang. 

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insya-Allah sembuh
READ MORE- 50 Tanda-tanda Anda Terkena Sihir Dan CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Monday, 18 August 2014

Perjanjian ahli sihir David Copperfield dengan jin

Anda semua sudah kenal manusia ajaib dan misteri seperti ini, David Copperfield mula bermain silap mata sejak berusia 12 tahun,

dan menjadi ahli silap mata termuda diterima sebagai ahli Persatuan Ahli silap mata Amerika og, Apabila 16 tahun New York University telah dijemput untuk mengajar sihir kursus. Nama "David Copperfield" diambil dari watak fiksyen bernama David Copperfield yang terdapat dalam novel yang sama bertajuk, David Copperfield oleh Charles Dickens. Pada usia 19 tahun, Copperfield telah melakukan yang besar dalam Pagoda Hotel, Honolulu, Hawaii.
Kebanyakannya dalam bentuk penampilan Copperfield televisyen acara khas dan sebagai bintang tetamu di rancangan televisyen.

Pada skrin besar, seperti Ken Copperfield bermain silap mata dalam filem seram Keganasan Keretapi 1980 pengeluaran.
Selain itu, Copperfield telah muncul sebagai tambahan dalam filem pret-à-Porter (1984), tetapi nama beliau tidak termasuk dalam senarai pemain.
Pada tahun 1982, Copperfield diasaskan Projek Magic asas untuk membantu pemulihan pesakit dengan tangan lumpuh untuk mengajar usul sihir sebagai kaedah terapi fizikal.
Kaedah maju diiktiraf oleh Amerika Pekerjaan Terapi Persatuan, dan digunakan di lebih daripada 1,100 hospital di 30 buah negara di dunia.
Pada tahun 1996, Copperfield menulis fiksyen antologi berjudul Tales David Copperfield yang Mustahil yang mengambil latar belakang dunia sihir dan ilusi. Dalam penulisan buku ini dengan kerjasama Copperfield Dean Koontz, Joyce Carol Oates, Ray Bradbury, dan ahli-ahli pasukan yang lain. Pada tahun berikutnya menerbitkan edisi kedua, Beyond Imagination David Copperfield (1997).

Copperfield mempunyai Muzium Antarabangsa dan Perpustakaan Magic Seni di Las Vegas, Nevada. Muzium ini telah ditubuhkan dalam usaha untuk mengekalkan sejarah seni Copperfield sihir, sihir dan koleksi alat antik, buku, dan objek yang berkaitan dengan seni sihir.
Majalah Forbes melaporkan David Copperfield mempunyai hasil sebanyak 57 juta dolar Amerika pada tahun 2003. Bilangan yang menjadikan ia pangkat selebriti dibayar ke-10 yang paling mahal di dunia. Pada tahun 2004, pendapatan beliau dianggarkan bernilai $ 57000000 (kedudukan ke-35), manakala pendapatan tetap pada tahun 2005 berjumlah $ 57000000, tetapi jatuh ke No 41 dalam senarai selebriti terkemuka dunia. [4] Setiap tahun, David Copperfield melakukan lebih daripada 550 menunjukkan di seluruh dunia. [5]




PERJANJIAN AHLI SIHIR DENGAN JIN

Di atas ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin.
Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa.

Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan Greenfield" seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop 'Ifrit.



RAHSIA David Copperfield

David Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir. Sebab itulah beliau boleh melakukan apa juga dibenarkan untuk terbang. David Copperfield sebenarnya sangat terkenal di kalangan jin. Dia mempunyai perjanjian dengan salah seorang 'Ifrit. 'Tentera Ifrit mempunyai beribu-ribu daripada mereka. Ia adalah mereka yang dibangkitkan Copperfield. Supaya dia boleh naik sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya.
Dan sekali lagi satu kemahiran yang dia memotong seorang gadis di dada, adalah jin perempuan yang muncul dalam bentuk seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian menunjukkan beliau lagi tanpa kecederaan yang sedikit. Mungkin Copperfield telah membuat perjanjian yang sama seperti di atas. Dan Allah Maha Mengetahui.

(Atrikel di atas Sulit David Copperfield telah dipetik daripada salah satu daripada buku-buku rujukan daripada senarai ..... kebenaran saya tidak boleh yakin, sila ambil perhatian)


sumber: http://ooomedianetwork.blogspot.com
READ MORE- Perjanjian ahli sihir David Copperfield dengan jin