Thursday, 12 October 2017
Pantang larang yg wajib anda ketahui sebagai pemancing.
Pantang larang yg wajib anda ketahui sebagai pemancing.
Salam sejahtera buat semua bro2 pemancing. Apa yg saya ingin perkatakan hari ini adalah tentang petua dan pantang larang dunia memancing. Saya bukannya ingin mengajar sesiapa ataupun menyentuh perasaan sesiapa tapi apa yg saya ingin sampaikan adalah berdasarkan pengalaman saya dan teman-teman yg seangkatan dengan saya, kerana banyak perkara yg misteri berlaku akibat pantang larang ini tidak diendahkan.
Jadi baca dan renungkanlah pantang larang ini kerana kebanyakan kita mempunyai keluarga yg kita sayangi. Jadi jangan korbankan keluarga semata-mata kerana gila memancing tanpa pantang larang. Memancing akan membawa kita jauh ketempat yang yg kata orang tua tempat jin bertendang dan misteri malahan tidak kita ketahui penghuninya. Oleh itu silap langkah kita buruk padahnya kepada kita dan keluarga kita.
Untuk itu saya perturunkan pantang larang berikut untuk dikongsi bersama. Ini bukannya soal percaya atau tidak percaya tapi soal makhluk yang Allah ciptakan dalam berbagai rupa, bentuk dan keupayaan...yang tidak boleh kita aniayai dan zalimi. Jika anda suka membawa keluarga dan anak kecil keluar memancing renungkanlah pantang larang ini supaya anda dan keluarga anda tidak ditimpa sebarang perkara yg tidak baik akibat kecuaian dan kealpaan diri sendiri.
Ingatlah sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.
1) Amalkan memberi salam pabila sampai ketempat kita hendak memancing. Memberi salam petanda niat kita baik. Ikhlaskan hati anda hanya untuk memancing mencari rezeki.
2) Betulkan niat anda. Jika anda berhajat untuk mendapat tiga atau 4 ekor ikan sahaja Berhentilah setelah hajat anda dipenuhi. Jangan tamak.
3)Jika terdapat ikan2 besar yg sering menunjuk kan rupa tapi tidak mahu memakan umpan anda...biarkan saja jgn di pedulikan.
Ketiga-tiga petua diatas adalah untuk menghindarkan dari asyik dan lupa diri.
4) Jangan membuang najis merata-rata. Carilah tempat yg sesuai untuknya. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita dari mencemarkan tempat makhluk lain beribadat.
5)Jika anda keluar memancing dan pulang larut malam, jgn terus pulang kerumah..singgahlah dahulu di tempat lain saperti kedai kopi. Bila sampai dirumah jgn terus masuk kerumah. Berehatlah dahulu sebentar diluar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakan anda diikuti oleh makhluk halus dan menghalangnya dari memasuki rumah anda.
6) Jika orang rumah bertanya bila hendak balik kerumah sesudah memancing. Jangan sekali-kali memberikan jam dam masa yg tepat. Katakan padanya nanti abang balik lah. Petua ini bagi mengelakkan makhlus halus menyerupai anda dan kembali kerumah anda sebelum anda.
7) Jangan mengambil sebarang benda ditempat anda memancing. Jika anda menggunakan benda yg terdapat disitu kembalikan ia semula ketempatnya. Petua ini adalah untuk memelihara diri anda dan keluarga anda dari terambil hak makhluk lain yg akan membawa akibat yg buruk
8) Jika anda memancing dengan keluarga, jangan biarkan anak anda mengambil sebarang benda untuk dibawa balik kerumah. Pesan pada mereka agar jgn berbuat begitu. Petua ini adalah untuk mengelak anak anda ditimpa perkara yg buruk.
9) Jika memancing ditepi laut bersama keluarga, jgn biarkan anak anda bermain di gigi air laut. kalau nak mandi terus mandi kedalam air laut. Jika tidak duduk atau bermain saja dipantai. Petua ini adalah untuk keselamatan anak anda dari menjadi rebutan diantara makhluk didarat dan dilaut.
10) Jika anda memancing sebagai contoh dengan 3 joran. Tiba-tiba tiga joran anda disambar ikan serentak, berhati-hatilah. Jgn tamak. Selepas itu simpan joran anda, jgn memancing berehatlah sebentar. Betulkan niat anda kemudian sambung balik hanya dengan satu jroan saja.
11) Jaga mulut anda, jgn celupar dan suka menegur perkara yg pelik-pelik. Jika sesuatu yg aneh dan luar biasa berlaku. Bacalah ayat kursi dalam hati...jika benar-benar terdesak AZAN lah. Jangan panik, bawa bertenang.IinsyaAllah semuanya akan baik.
SEMOGA PETUA DAN PANTANG LARANG INI DAPAT DIAMALKAN BERSAMA DAN SAMPAIKANLAH KEPADA KAWAN-KAWAN DAN GENERASI MUDA KERANA GENERASI MUDA SEKARANG INI...SUKA MAIN HENTAM SAJA. YG SUSAHNYA NANTI ORANG2 TUA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment