MENU| Home | Facebook

Tuesday, 10 January 2017

ditumpangi sesuatu

Assalamualaikum...saya ingin berkongsi sebuah kisah seram semasa study di sebuah kolej swasta di Sungai Petani 3 tahun lalu. Kejadian yg terjadi pada waktu malam (lebih kurang 11.30mlm) semasa saya berkonvoi bermotorsikal bersama seorang rakan pulang ke rumah sewa yg terletak berdekatan dgn kawasan tersebut. Kejadian yg terjadi ketika kami di kawasan Gurun. Pada masa kejadian, saya berada di hadapan manakala rakan saya mengikuti dari belakang. Setelah melepasi pekan Gurun, motorsikal yg saya tunggangi dari kelajuan 100kmj, menjadi hanya 60kmj akibat berat yg melampau, sedangkan dah pulas trottle motorsikal tu selaju yg boleh, namun gag. Saya tidak pasti sama ada rakan saya menghadapi perkara yg sama atau tidak. Saya merasakan ada sesuatu yg pelik berlaku ketika itu. Namun saya menguatkan diri saya untuk hadapi perkara tersebut sehinggalah sampai ke rumah sewa kami.

Sesampainya di rumah sewa, rakan saya ada menceritakan kepada saya bahawa ada sesuatu yg membonceng motorsikal saya. Sehinggalah keesokannya saya demam selama tiga hari. Baru saya tahu bahawa kawasan yg saya alami kejadian tersebut merupakan kawasan yg keras dan dinasihati orang ramai (terutamanya yg arif tentang kawasan tersebut) supaya jangan dilalui pada waktu malam, lebih2 lagi pada lewat malam.

No comments:

Post a Comment