Nama aku Bang Man . aku berasal dari Kundang .Selangor .aku ingin
berkongsi satu pengalaman misteri semasa tinggal di suatu daerah di
Puchong
Kisah ni berlaku sekitar 9 tahun lepas .seperti biasa
sebelah malam aku keluar untuk membeli makanan . sekitar pukul 10.45
malam semasa aku menunggang motosikal dari rumah terus menuju ke jalan
utama .aku toleh ke kanan melihat jika ada kenderaan yang melintas .
selepas tu aku toleh pula ke kiri. Semasa menoleh kearah kiri tu….
sekitar
suku kilometer dari jauh aku terpandang seorang nenek . tubuhnya
sedikit kurus . mukanya bujur sireh kulit sawa matang . berpakaian baju
kurung yang lusuh tapi bersih. Bertongkat.
Alangkah terkejutnya aku .
tiba tiba nenek tu dah berada di hadapan aku. Aku berastaghfar
.Astagfirullahalazim .Dalam hati aku berkata ini ajaib ni . macamana
nenek ni boleh sampai sini dengan cepat. Tanpa membuang masa aku pun
tanya nenek tu. Nenek nak kemana. man nak ke kedai belakang kampung .
nenek nak tumpang.? Nenek tu diam jer.
Alangkah terkejutnya aku. Tiba tiba jer nenek tu dah ada di belakang membonceng motosikal ku.
dengan
rasa gementar tanpa berlengah lagi aku terus pecut motor sambil
meremang bulu roma .sampai je di kedai makan .aku pun cakap dengan
nenek tu. Nek sampai sini aje ya nek.
Aku pun toleh ke belakang . tengok tengok nenek tu dah tak ada…
Dalam hati tertanya tanya . ehh.mana nenek tadi.? sambil membaca ayat alqur’an aku terus ke kedai.
No comments:
Post a Comment